Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas?

Semalam berpusu-pusu orang pergi ke Pajak Gadai setelah hari pertama ia dibuka selepas beberapa bulan kerana PKP.

Kepada yang muslim, saya sarankan janganlah anda menggunakan kemudahan pajak gadai ini kerana ianya ada unsur riba. Sebaliknya, gunakanlah kemudahan Ar-Rahnu.

Baca: Ketahui Apa Itu Ar-Rahnu, Dan Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pembiayaan Peribadi

Ada pelbagai bank & koperasi yang menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu, jadi tiada alasan untuk tidak menggunakan kemudahan yang shariah-compliance walaupun masih ada beberapa isu yang masih didebatkan.

Baca: Produk Ar-Rahnu Berasaskan Gabungan Kontrak Qard, Rahn, Wadi`Ah Dan Ujrah Adalah Tidak Patuh Syariah

Emas.

Tiba-tiba teringat isu tahun 2014. Hahahaha.

Geng tersontot mesti masih ingat Tok Belagak, Khazanah Bangsa, Pisang Emas. Kenangan yang pasti takkan dilupakan seumur hidup kerana tragedi sontotan beramai-ramai.

Okay, get back to the real story.

EMAS.

Adakah untuk disimpan, dipakai atau merupakan aset pelaburan?

Pelaburan Emas yang biasa diketahui:

  1. Jongkong Emas
  2. Barang Kemas
  3. Akaun Emas (tidak semua shariah-compliant. Sila check dengan bank anda)

Sebelum anda memulakan sesuatu pelaburan berkaitan emas, faktor Yang perlu diambil kira adalah:

  1. Tahap kecairan
  2. Emas mempunyai tahap kecairan yang tinggi selepas akaun simpanan kerana mudah dijual @ dipajak.
  • Risiko
  • Emas fizikal seperti barang kemas & jongkong mudah hilang & dicuri
  • Susut nilai yang tinggi ( 10- 35% ) jika ingin dijual semula
  • Pulangan Pelaburan
  • Emas mempunyai “ intrinsic value” yang sangat tinggi dan merupakan “ hedging against inflation “
  • Dalam jangkamasa panjang, ya ia ada pulangan pelaburan yang terbukti mampu melangkaui inflasi.
  • Kadar Zakat
  • Zakat emas simpanan & zakat emas yang dipakai kiraannya adalah berbeza ya.

(Boleh refer kepada pusat zakat negeri anda)

Jika anda mahukan alternatif , and boleh memilih:

  1. Gold – ETF
  2. Unit Trust – Gold

Sebagai salah satu pelaburan emas  yang ‘shariah-compliant’

Alternatif pelaburan ini bersifat sangat cair dan mempunyai potensi pulangan yang agak baik terutamanya ketika situasi ketidaktentuan ekonomi.

GOLD ETF : Pendek cerita, ia merupakan unit trust yang didagangkan di Bursa-i. Anda perlu membuka CDS akaun untuk membeli ETF ini.

Boleh refer di sini jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang GOLD-ETF di Bursa-i

https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/islamic_market/bursa_malaysia_i/shariah_compliant_exchange_traded_funds

Unit Trust berasakan emas seperti (Am precious metal) boleh dibeli melalui platform online dan agen unit trust.

NOTA :

Tetapi, anda sekali lagi tidak perlu “melebur” duit yang banyak ke dalam instrumen ini, hanya gunakan untuk “Diversify” sikit ke dalam portfolio pelburan anda sekiranya anda sudah memahami risiko & pulangannya.

Dalam investment planning client saya,  secara personal saya tidak akan letak lebih 5% dalam asset allocation.

Tapi kalau tidak ada pun tak mengapa, CUMA JANGAN TERLALU BANYAK PEMBERATNYA.

Saya secara peribadi tidak beranggapan emas sebagai satu alat pelaburan.

Kerana emas lebih berfungsi sebagai ‘hedging tools’ yang amat baik teruatama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi & politik ketika ini. Jadi, kena ada juga untuk ‘diversify’ dan mungkin boleh tambahkan sedikit buat masa ini.

Sebab itu pentingnya buat asset allocation & investment planning.

P/S : Saya bukan penjual / agen emas, tapi ya saya suka pakai emas. Terima kasih kepada ibu & suami yang memanjakan saya dengan barang kemas =)

Inaz Hashim
MBBCH BAO,  FAR, FPR,  CMSRL, ShRFP
Security comission & BNM licensed Financial Planner
An ordinary member of Malaysia Financial Planning Council
www.inazhashim.com

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda sekarang.

Previous ArticleNext Article

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 dan 4.75 Sen Bagi ASM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024. 

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pembayaran pengagihan sebanyak RM670 juta itu bakal memanfaatkan 552,297 pemegang unit.

Pengurus dana itu juga mengumumkan pengagihan pendapatan 4.75 sen bernilai RM1.33 bilion untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024, yang bakal memanfaatkan 699,807 pemegang unit.

Menurut PNB, sehingga 25 Mac, 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta manakala ASM sebanyak RM1.42 bilion.

“Kedua-dua dana memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta kebimbangan terhadap peningkatan kemelesetan ekonomi.

“Kedua-dua dana juga menjana hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil,” katanya. 

PNB berkata pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras deposit tetap 12-Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas bagi ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024,” katanya.

Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh meneruskan semula urus niaga di portal myASNB atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara pada 1 April 2024.

— BERNAMA