5 Asas Analisis Teknikal Dalam FCPO Yang Anda Perlu Tahu

Dalam sebarang instrumen pelaburan, kita perlu ada ilmu mengenai analisis teknikal. Dengan adanya ilmu ini, kita dapat tahu bila masa terbaik untuk membeli dan bila masa terbaik untuk menjual.

Secara ringkasnya, analisis teknikal adalah metodologi analisis untuk meramalkan arah harga melalui kajian data pasaran masa lalu, terutamanya harga dan jumlah dagangan (volume). Analisis teknikal adalah disiplin perdagangan yang digunakan untuk menilai pelaburan dan mengenal pasti peluang perdagangan dalam trend harga dan corak yang dilihat pada carta.

Tapi sebelum itu, mungkin ada yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan FCPO ini. Jom kita kenali FCPO dengan lebih dekat lagi.

Apa Itu Crude Palm Oil Futures (FCPO)?

FCPO atau Pasaran Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit adalah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang diperdagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.

Ianya merupakan penanda aras harga global untuk pasaran minyak sawit mentah sejak Oktober 1980 di ruang Pertukaran Niaga Hadapan Komoditi. Senang cerita, satu dunia akan merujuk kepada Malaysia bagi menentukan harga FCPO di peringkat global.

Sekarang kita dah tahu serba sedikit mengenai FCPO, jom kita tengok asas analisis teknikal yang perlu kita tahu sebelum nak trade FCPO ini.

1. Candlestick

Carta ‘candlestick’ telah dibangunkan pada abad ke-18 oleh Munehisa Homma, seorang peniaga beras Jepun. Kemudian Steve Nison telah membawa corak candlestick ke dunia Barat.

Candlestick adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam analisis teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, terbuka, dan penutupan untuk jangka masa tertentu.

Dengan menganalisa candlestick ini, kita boleh buat ramalan sama ada harga akan naik atau turun pada masa akan datang.

2. Support and Resistance (Sokongan dan Rintangan)

Bila dah ada asas mengenai candlestick, kita kena tahu pula mengenai support and resistance ini.

Support berlaku di mana aliran menurun dijangka berhenti kerana tumpuan permintaan. Dalam erti kata lain, tahap sokongan adalah tahap di mana pembeli cenderung membeli atau memasuki saham.

Manakala resistance pula adalah harga di mana berlakunya tekanan yang menghalang harga daripada terus naik. Ini terjadi apabila semakin banyak penjual yang ingin menjual pada harga tersebut.

3. Trendline

Terdapat 3 trend utama yang kita perlu tahu iaitu:

Menaik / Uptrend

Menurun / Downtrend

Mendatar / Sideways

4. Fibonacci

Mungkin ada di kalangan kita yang pertama kali dengar nama Fibonacci ini. Ianya merupakan nombor kunci yang dikenalpasti oleh ahli matematik Leonardo Fibonacci pada abad ke-13.

Permulaan urutan adalah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181

Nisbah Emas = 1.618 dipanggil Phi, Inverse ialah 0.618

0.382 berasal dari membahagi nombor dalam siri Fibonnaci dengan nombor 2 tempat di sebelah kanan 89/233 = 0.382

Dalam analisis teknikal, ‘Fibonacci Retracement’ dibuat dengan mengambil dua titik ekstrem (biasanya puncak dan palung) pada carta saham dan membahagi jarak menegak dengan nisbah Fibonacci utama 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 78.6 % dan 100%.

Kredit: https://www.investopedia.com

5. Teori Gelombang Elliott / Elliot Wave Theory

Teori Gelombang Elliot telah diperkenalkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930-an. Teori ini membentuk corak Prinsip Elliott Wave yang terdiri daripada gelombang impulsif (impulsive) dan pembetulan (corrective).

Kredit: https://www.investopedia.com

Nak Tahu Lebih Lanjut, Jom Sertai FB Live Percuma

Anda semua dijemput untuk hadir ke sesi percuma ini yang dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia Derivatives, CGS-CIMB Futures dan Majalah Labur.

Topik: Pelajari Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Dan Teknik Asas Untuk Berdagang
Tarikh: 16 Jun 2021 (Rabu)
Masa: 1230 tengah hari
Tempat: FB Live Majalah Labur

Di musim PKP 3.0 ini, rebut peluang keemasan untuk belajar lebih lanjut mengenai FCPO. Jumpa anda nanti.

Previous ArticleNext Article

Ini Pelaburan Mata Wang Patuh Syariah Untuk Pelabur Runcit

Lupakan Forex Trading Online. Sejak tahun 2012 lagi instrumen ini telah difatwakan tidak patuh syariah (bukan kami yang kata, sila rujuk sini). Nampak para Ustaz terlibat dalam Forex Trading Online tidak menjadikan ia patuh syariah.

Ini kerana urusniaga forex trading (baca Broker Forex) tersebut tidak mematuhi beberapa rukun / syarat yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Majoriti Broker Forex Trading Online di luar sana menggunakan CFD. Tiada produk yang didagangkan, hanya bermain dengan pergerakan harga. Nak tahu apa itu CFD, boleh rujuk video ini.

Tetapi kenapa Islamic bank boleh trade forex? Nak tahu jawapannya, jemput baca artikel Betul Ke Perbankan Islam Trade Forex?

Pelaburan Mata Wang Islamik?

Kredit Gambar: Maybank

Bagi pelabur runcit, kini ada peluang untuk melabur ke dalam pelaburan mata wang Islamik dengan modal minima RM50,000, secara spesifiknya Islamic Dual Currency Investment oleh Maybank Islamik.

Ianya merupakan pelaburan jangka masa pendek yang patuh syariah ke dalam mata wang pilihan dan mata wang alternatif. Ianya patuh syariah kerana mematuhi prinsip:

  • Murabahah (kos tambah / cost plus) menerusi persetujuan Tawarruq
  • Wa’d (usaha / undertaking)
  • Bai’ al-Sarf (kontrak tukaran mata wang / currency exchange contract)

Di antara ciri-ciri dan kelebihan produk Islamic Dual Currency Investment ini:

  • Tempoh pelaburan patuh syariah jangka masa pendek (1 minggu ke 2 bulan)
  • Kadar keuntungan yang dipertingkatkan (sehingga dua digit)
  • Pelbagai pilihan pasangan mata wang
  • Apabila matang, jumlah pelaburan dan keuntungan boleh dibayar ke dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif
  • Boleh disesuaikan – pilih pasangan mata wang, tempoh dan kadar keuntungan berdasarkan keperluan pelaburan dan risiko
  • Pulangan tinggi, tempoh pelaburan jangka pendek
  • Tiada yuran dan caj tersembunyi
  • Kepelbagaian portfolio pelaburan

Nampaknya sekarang kita sudah ada pilihan untuk melabur dalam mata wang (currency) yang patuh syariah.

Semoga usaha memperhebatkan lagi produk-produk patuh Syariah sebegini diperluas supaya dapat mengelakkan umat Islam terlibat dalam sistem kewangan yang berasaskan riba.

Majalah Labur