6 Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam Kepada Pekerja Kerajaan Dan Swasta

Untuk artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam yang sangat sesuai untuk semua penjawat awam dan pekerja swasta di luar sana. 

Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita semak satu persatu pelan yang ditawarkan oleh Bank Islam dan manfaat yang boleh anda nikmati.

Apa itu Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam?

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam atau juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i merupakan pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam Malaysia Berhad.

Dengan had pembiayaan maksimum RM300,000 pada kadar keuntungan yang sangat menarik, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan kehidupan.

Contohnya, membuat penyatuan hutang, perniagaan sampingan, perbelanjaan peribadi, bil perubatan, kos pendidikan dan banyak lagi.

Anda tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin untuk permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap.

Jenis-jenis Pakej Pembiayaan Yang Ditawarkan

Terdapat beberapa jenis pakej Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) yang ditawarkan oleh Bank Islam. 

1. Pakej PF-i 

Pakej PF-i ditawarkan untuk individu yang bekerja di sektor awam atau syarikat yang disenaraikan sebagai Syarikat Pakej oleh Bank Islam.

Ia terdiri dari Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung.

Bank Islam juga turut menawarkan pelan PF-i yang lain kepada individu tertentu menerusi pakej PF-i untuk program Profesional dan PF-i untuk Bukan Pakej.

2. PF-i untuk Profesional

PF-i untuk Profesional adalah pakej yang ditawarkan untuk individu yang bekerja dalam bidang profesional mengikut takrifan Bank Islam.

Untuk kelayakan permohonan, anda perlu berstatus warganegara Malaysia dan menjawat jawatan sebagai Doktor, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer), Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Optometris, Juruoptik, atau Juruukur Bahan.

Kadar keuntungan yang akan dikenakan adalah pada kadar tetap 3.15% untuk jangka masa pembiayaan 3 tahun dengan jumlah pembiayaan RM10,000 hingga RM300,000.

3. PF-i untuk Bukan Pakej

PF-i untuk Bukan Pakej pula adalah kategori yang terbuka kepada individu yang bekerja di syarikat tersenarai awam atau terkemuka.

Ia ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor swasta seperti kakitangan syarikat berkaitan kerajaan dan kakitangan badan berkanun.

Kadar keuntungan yang akan dikenakan adalah 4.5% p.a hingga 6.5% p.a dengan jumlah pembiayaan RM10,000 hingga RM300,000. 

Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam

Bank Islam sebagai perintis kepada institusi kewangan Islam di Malaysia menawarkan Pembiayaan Peribadi-i yang mempunyai pelbagai kelebihan menarik. Berikut adalah kelebihan-kelebihannya:

1. Kadar keuntungan tetap yang rendah

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam menawarkan kadar keuntungan tetap (fixed profit rate) yang rendah dan kompetitif.

2. Tanpa cagaran atau penjamin

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin.

3. Diyakini 100% patuh syariah

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam merupakan pembiayaan yang patuh syariah menggunakan konsep tawarruq. 

4. Tempoh pembiayaan yang fleksibel 

Bank Islam menawarkan tempoh pembiayaan yang fleksibel bermula dari 1 tahun hingga 10 tahun.

Jadi, anda boleh memilih tempoh bayaran yang sesuai bergantung kepada bajet bulanan anda. Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit juga ditawarkan untuk kemudahan anda.

5. Tiada caj penamatan awal

Dengan Bank Islam, anda tidak perlu risau kerana tiada caj penamatan awal yang akan dikenakan malah anda layak menerima rebat (ibra’) pula. 

6. Tiada caj pemprosesan

Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan bagi permohonan Pembiayaan Peribadi-i.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda berminat dengan pakej pembiayaan ini, anda boleh membuat permohonan Pembiayaan Peribadi-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pembiayaan ini, anda boleh melayari laman rasmi Bank Islam Malaysia.

Previous ArticleNext Article

5 Asas Analisis Teknikal Dalam FCPO Yang Anda Perlu Tahu

Dalam sebarang instrumen pelaburan, kita perlu ada ilmu mengenai analisis teknikal. Dengan adanya ilmu ini, kita dapat tahu bila masa terbaik untuk membeli dan bila masa terbaik untuk menjual.

Secara ringkasnya, analisis teknikal adalah metodologi analisis untuk meramalkan arah harga melalui kajian data pasaran masa lalu, terutamanya harga dan jumlah dagangan (volume). Analisis teknikal adalah disiplin perdagangan yang digunakan untuk menilai pelaburan dan mengenal pasti peluang perdagangan dalam trend harga dan corak yang dilihat pada carta.

Tapi sebelum itu, mungkin ada yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan FCPO ini. Jom kita kenali FCPO dengan lebih dekat lagi.

Apa Itu Crude Palm Oil Futures (FCPO)?

FCPO atau Pasaran Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit adalah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang diperdagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.

Ianya merupakan penanda aras harga global untuk pasaran minyak sawit mentah sejak Oktober 1980 di ruang Pertukaran Niaga Hadapan Komoditi. Senang cerita, satu dunia akan merujuk kepada Malaysia bagi menentukan harga FCPO di peringkat global.

Sekarang kita dah tahu serba sedikit mengenai FCPO, jom kita tengok asas analisis teknikal yang perlu kita tahu sebelum nak trade FCPO ini.

1. Candlestick

Carta ‘Candlestick’ telah dibangunkan pada abad ke-18 oleh Munehisa Homma, seorang peniaga beras Jepun. Kemudian Steve Nison telah membawa corak candlestick ke dunia Barat.

Candlestick adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam analisis teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, terbuka, dan penutupan untuk jangka masa tertentu.

Dengan menganalisis candlestick ini, kita boleh buat ramalan sama ada harga akan naik atau turun pada masa akan datang.

2. Support and Resistance (Sokongan dan Rintangan)

Bila dah ada asas mengenai candlestick, kita kena tahu pula mengenai Support and Resistance ini.

Support (tahap sokongan) berlaku di mana aliran menurun dijangka berhenti kerana tumpuan permintaan. Dalam erti kata lain, tahap sokongan adalah tahap di mana pembeli cenderung membeli atau memasuki saham.

Manakala Resistance (tahap rintangan) pula adalah harga di mana berlakunya tekanan yang menghalang harga daripada terus naik. Ini terjadi apabila semakin banyak penjual yang ingin menjual pada harga tersebut.

3. Trendline

Terdapat 3 trend utama yang kita perlu tahu iaitu:

  1. Menaik / Uptrend
  1. Menurun / Downtrend
  1. Mendatar / Sideways

4. Fibonacci

Mungkin ada di kalangan kita yang pertama kali dengar nama Fibonacci ini. Ianya merupakan nombor kunci yang dikenalpasti oleh ahli matematik Leonardo Fibonacci pada abad ke-13.

Permulaan urutan adalah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181

Nisbah Emas = 1.618 dipanggil Phi, Inverse ialah 0.618

0.382 berasal dari membahagi nombor dalam siri Fibonnaci dengan nombor 2 tempat di sebelah kanan 89/233 = 0.382

Dalam analisis teknikal, ‘Fibonacci Retracement’ dibuat dengan mengambil dua titik ekstrem (biasanya puncak dan palung) pada carta saham dan membahagi jarak menegak dengan nisbah Fibonacci utama 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 78.6 % dan 100%.

Kredit: https://www.investopedia.com

5. Teori Gelombang Elliott / Elliot Wave Theory

Teori Gelombang Elliot telah diperkenalkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930-an. Teori ini membentuk corak Prinsip Elliott Wave yang terdiri daripada gelombang impulsif (impulsive) dan pembetulan (corrective).

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Belajar selama 6 hari berturut-turut dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Dapatkan diskaun early bird untuk yang 20 orang terawal.

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out👇