Peluang Terbesar Dalam Kerjaya Sebagai Trader Profesional Menanti Anda! Mohon Sekarang

Kini makin ramai yang dah mula berjinak-jinak dalam pelaburan dan perdagangan saham dan derivatif. Pasti ada juga yang berminat untuk jadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa. Jika sebelum ini anda kurang yakin dan tidak tahu bagaimana nak mula, kami ada jawapannya. Jika anda berminat dengan pasaran derivatif dan produk niaga hadapan (futures), program ini sesuai untuk anda!

Bursa Malaysia Derivatives kini telah melancarkan program latihan yang dikenali sebagai Futures Trading Apprenticeship Programme (FTAP). Yang lagi menarik, program ini disokong sebahagian oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal yang dikenali sebagai Capital Market Development Fund (CMDF). Confirm boleh dipercayai!

FTAP adalah program pembelajaran yang mendalam bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dan pengalaman praktikal dalam dagangan produk derivatif Malaysia sepenuh masa. Keseluruhan kursus akan dikendalikan oleh pedagang profesional berpengalaman dari Synergy Link Capital Sdn Bhd, yang juga merupakan Peserta Bersekutu berdaftar (Associate Participant) di Bursa Malaysia Derivatives. Program ini juga berhasrat membentuk generasi baru dalam pasaran derivatif profesional.

Jangan risau, tidak perlu ada pengalaman. First time nak cuba juga tiada masalah. 

Permohonan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang sekurang-kurangnya ada diploma dan minat untuk belajar. Asalkan ada minat dan kesungguhan untuk belajar!

Graduan yang baru habis belajar (fresh graduates) atau sedang mencari peluang pekerjaan pun digalakkan untuk memohon!

Apa Yang Anda Akan Belajar Daripada Program FTAP?

Program selama dua minggu nanti akan dijalankan oleh pedagang profesional berpengalaman. Program ini dirancang dengan teliti untuk memberikan pengetahuan asas kepada perantis FTAP tentang cara berdagang sepenuh masa dalam pasaran derivatif Malaysia yang dinamik.

1. Classroom Training

Tarikh: 4 dan 5 November 2023

Perantis FTAP akan mempelajari konsep perdagangan derivatif dalam dua hari sesi latihan kelas ini.

2. Bursa Trading Arcade

Tarikh: 6 hingga 17 November 2023

Bursa Trading Arcade dilengkapi dengan teknologi perdagangan yang canggih dan kemudahan yang membolehkan perantis FTAP berlatih dan berdagang di platform simulasi selama 10 hari.

Cara Mohon dan Yuran Penyertaan

Untuk memohon pun mudah sahaja, cuma perlu ikut langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Anda perlu mengikuti dan menyelesaikan siri SIDC Derivatives E-Learning Series (DEL) 

  • Setelah berjaya menyelesaikan DEL, sila e-melkan screenshot penyelesaian DEL kepada penganjur di [email protected], nyatakan nama penuh seperti pada kad pengenalan (NRIC) sebagai bukti penyelesaian DEL. 

Langkah 2: Klik untuk memohon FTAP disini 

Langkah 3: Isi borang permohonan dan jawab penilaian

Langkah 4: Hantar permohonan selewat-lewatnya pada 6 Oktober

Tempat terhad kepada 30 individu sahaja.

Yuran Kursus: RM610 sahaja.

Yuran yang dikenakan adalah yuran yang telah disubsidi. Bayaran biasa untuk program latihan dengan struktur yang serupa yang dijalankan oleh penyedia latihan yang diiktiraf biasanya bermula dari RM20,000. Memang jimat dan berbaloi untuk anda yang nak mulakan perjalanan sebagai pedagang profesional.

Sekiranya permohonan anda untuk FTAP berjaya, penganjur akan menghantar emel pengesahan kepada anda untuk melengkapkan pembayaran yuran.

Setelah menyelesaikan FTAP dengan jayanya, perantis akan diberi pilihan untuk menjadi pedagang profesional secara bebas atau boleh memohon untuk menyertai firma perdagangan propietari.

Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila mohon melalui laman web rasmi FTAP sebelum 6 Oktober 2023:

Klik sini: Nak Sertai FTAP

Semoga berjaya!

Program ini disokong sebahagian oleh Capital Market Development Fund (CMDF) dari tahun 2023 hingga 2026.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2025

Banyak perkara yang telah terjadi pada bulan Mei 2025. Salah satu yang paling mendapat perhatian adalah ketika terdapat laporan beberapa akaun trading pengguna telah digodam.

Beberapa broker telah melaporkan kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa mereka telah mengesan akses dan aktiviti dagangan yang tidak dibenarkan untuk beberapa akaun dagangan dalam talian.

Kesannya? 

Ia telah memberi banyak impak, antaranya:

  1. Saham yang dikaitkan iaitu Bina Puri dan waran Bina Puri masing-masing telah jatuh hampir 30% dan lebih 61%.
  2. Banyak broker terpaksa mengetatkan akses ke platform dagangan bagi pengguna dengan alamat IP dari luar negara
  1. Mencetuskan situasi panik di kalangan pelabur

Baca: Bursa Malaysia: Dagangan Tidak Sah Dapat Dikawal, Insiden Hanya Melibatkan Saham Bina Puri

Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang terkena, malah Jepun juga mengalami masalah yang sama. 

Baca: Hacked & Hijacked: Japan’s $710M Brokerage Scandal Sends Shockwaves Through Global Markets

Tidak pasti sekiranya kes di Jepun dan Malaysia didalangi oleh penggodam yang sama.

Mari lihat 10 saham patuh syariah paling rugi bulan April 2025.

1. Ho Hup Construction Company

Sumber: Bursa Marketplace

Ho Hup Construction Company merupakan saham patuh syariah paling rugi April 2025. 

Saham ini jatuh di bawah paras 10 sen setelah kejatuhan besar 53.85%. Saham ini merupakan satu satunya saham syarikat yang susut melebihi 50%.

Ho Hup mengalami kerugian bersih RM113.8 juta pada laporan kewangan yang dilaporkan sebelum ini pada bulan Februari 2025.

Sumber: KLSE Screener

2. Thriven Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Thriven Global, syarikat pembinaan hartanah juga mengalami nasib yang sama setelah mengalami kejatuhan sehingga ke bawah 10 sen. Thriven bermula dengan harga RM0.150 pada awal bulan dan ditutup pada RM0.095 pada 30 April 2025.

Dari sudut peratusan, Thriven telah susut 36.67% atau RM0.055.

3. Symphony Life Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Symphony Life Berhad menjadi saham ketiga paling rugi April 2025. Syarikat-syarikat pembangunan hartanah mendominasi kedudukan saham paling rugi. 

Symphony Life rugi 30.30% atau RM0.100.

4. Sinaran Advance Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sinaran Advance, sebuah syarikat produk & perkhidmatan konsumer.  Syarikat ini mengeluarkan kasut sukannya melalui K Star Sports Limited. 

Sinaran Advance juga tidak menunjukkan prestasi suku tahunan yang baik setelah rugi 11 suku berturut-turut. Syarikat rugi sebanyak RM0.035 atau 36.67% pada April 2025.

Sumber: KLSE Screener

5. SFP Tech Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

SFP Tech meneruskan kejatuhannya daripada bulan-bulan sebelum ini. Year-to-date, SFP Tech telah jatuh 70.27%. 

Sumber: KLSE Screener

Meskipun berjaya menjana pendapatan sebanyak RM43.6 juta, namun SFP Tech rugi RM21.3 juta bagi suku keempat 2024. Ini menjadi titik permulaan kepada kejatuhan harga saham SFP.

Syarikat ini turun sebanyak RM0.065 atau 23.64% pada April 2025.

6. Arka Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Nama syarikat ini mungkin tidak dikenali ramai dan jarang didengar. Syarikat ini dikenali sebagai Transocean Holdings sebelum ini. Syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama ini merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan pengangkutan & logistik. 

Nasib Arka Berhad berbeza dengan sebuah lagi syarikat logistik dalam senarai ini kerana Arka Berhad merekodkan kerugian untuk lima suku berturut-turut.

Sumber: KLSE Screener

Harga saham Arka Berhad susut dari RM1.69 kepada RM1.30, atau turun sebanyak RM0.390 atau 23.08% pada April 2025.

7. Bina Puri Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Bina Puri masuk dalam senarai ini setelah harga sahamnya naik mendadak ekoran berlakunya penggodaman akaun-akaun trading di Malaysia. Berdasarkan berita, saham Bina Puri dikaitkan dengan kenaikan mendadak dan juga kejatuhan besar selepas godaman tersebut.

Bina Puri susut sebanyak RM0.070 atau 21.54%.

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

8. Lianson Fleet Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Lianson Fleet Group Berhad dibuka pada harga RM0.910 pada awal bulan April dan kemudian ditutup pada RM0.720 pada penghujung April 2025.

Lianson susut sebanyak RM0.190 atau 20.88% dalam tempoh sebulan. 

Sumber: KLSE Screener

Untuk empat suku tahunan terkini, Lianson telah menunjukkan peningkatan yang baik. Daripada merekodkan kerugian sebanyak RM23.6 juta, suku terkini Lianson menunjukkan mereka telah berjaya merekodkan keuntungan bersih RM42.4 juta.

9. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

XOX Berhad, sebuah syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia mengalami kejatuhan harga saham sebanyak RM0.100 atau 20.20%. 

Sumber: KLSE Screener

Untuk rekod, XOX Berhad belum lagi mencatatkan keuntungan tahunan sejak 2019. Tahun 2022 menyaksikan XOX mengalami kerugian bersih sebanyak RM91 juta.

Kelab bola speak Perak FC juga dikhabarkan bakal terkubur musim depan setelah pemiliknya XOX Berhad dilihat tidak mampu lagi meneruskan penajaan kerana isu kewangan.

10. Infomina Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Infomina Berhad melengkapkan senarai ini dengan kejatuhan sebanyak RM0.160 atau 15.53%. Jika dilihat pada kewangan syarikat, Infomina sebenarnya telah konsisten mencatatkan keuntungan bersih sekitar RM8 juta untuk lapan suku terakhir.

Sumber: KLSE Screener

Kesimpulan

Mengetahui saham mana yang merosot boleh memberi pelabur perspektif penting dalam mengatur strategi. Ia bukan hanya tentang mengelakkan kerugian, tetapi juga untuk mengenal pasti peluang beli pada harga diskaun, dengan syarat asas syarikat masih kukuh.

Jangan lupa, pelaburan bukan sekadar ikut trend. Ianya tentang kefahaman, strategi dan kesabaran.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya,
Jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR

 ✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan

 ✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

Pastikan tahu teknik betul untuk buat duit ketika musim QR!