Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Masih Kekal 3.00%

Hari ini (6 Julai 2023) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa kadar OPR kekal pada paras 3.00%. OPR dikekalkan buat kali kedua tahun ini.

Ada yang baru pertama kali dengar ke OPR ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya.

Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00 peratus.

Ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh. Walau bagaimanapun, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi. Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada bulan-bulan kebelakangan ini. Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun, namun inflasi teras masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini. Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat. Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi utama yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

Susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini. Keadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka. Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. Perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri. Ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan. Aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan. Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan. Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan. Risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi pula berpunca terutamanya daripada faktor-faktor dalam negeri seperti aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta pelaksanaan projek yang lebih pantas.

Inflasi

Inflasi keseluruhan terus menurun berikutan faktor kos yang lebih rendah. Meskipun inflasi teras juga menjadi sederhana, inflasi tersebut kekal tinggi berbanding dengan purata jangka panjang berikutan faktor permintaan dan kos yang berlarutan. Inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi separuh kedua tahun 2023 diunjurkan lebih rendah namun pada amnya adalah mengikut jangkaan. Risiko terhadap prospek inflasi terus sangat dipengaruhi oleh inflasi teras yang berlarutan, perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi. MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad. MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Lihat Juga:

  1. Ringkasan Pernyataan Dasar Monetari (MPS): Julai 2023
  2. Soalan Lazim

Sumber: Bank Negara Malaysia

Paras OPR Tertinggi Ialah 3.50% Pada Bulan April 2006

Pada masa itu, ekonomi sedang berkembang dengan stabil, inflasi IHP adalah pada 4.6% dan OPR yang lebih tinggi diperlukan bagi menguruskan risiko harga yang lebih tinggi.

Paras OPR Terendah Ialah 1.75% (Julai 2020 – Mei 2022)

Paras OPR terendah ialah 1.75% pada bulan Julai 2020 hingga Mei 2022 bagi menyokong ekonomi semasa pandemik COVID-19. Pada tempoh sukar, kadar faedah yang rendah menyebabkan kos pinjaman lebih rendah dan mengurangkan pulangan atas simpanan. Hal ini akan merangsang perbelanjaan, meningkatkan pelaburan serta melindungi pekerjaan dan pendapatan semasa krisis.

Apakah Perkembangan Ekonomi Terkini?

Ekonomi Malaysia terus berkembang

  • Tahap pendapatan dan pekerjaan terus menggalakkan dan terus menyokong perbelanjaan isi rumah
  • Bilangan pelancongan semakin banyak, lantas menyokong perniagaan tempatan
  • Proek berskala besar terus berjalan dengan lancar
  • Namun, eksport akan menjadi lebih rendah disebabkan oleh pertumbbuhan global yang lebih perlahan

Matlamat BNM adalah untuk memastikan inflasi menjadi sederhana, namun kekal tinggi disebakan oleh faktor permintaan dan kos.

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

Previous ArticleNext Article

TalentCorp Perluas Rangkaian Industri Wanita Bagi Melahirkan Generasi Baharu Pemimpin Wanita Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah melancarkan Kohort Mentor Rangkaian Industri Wanita (Women-Industry Network, WIN) 2025 di bawah inisiatif utama Wanita MyWira, sebagai usaha memperkukuh penyertaan, kepimpinan dan kesaksamaan wanita dalam tenaga kerja negara.

Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Girls4Girls Malaysia (G4G) serta Paragon Group sebagai penaja strategik. Kohort ke-11 ini menghimpunkan lebih 300 wanita muda daripada 25 universiti dan institusi TVET di seluruh negara untuk mengikuti program bimbingan selama lima minggu yang dikendalikan oleh 41 pemimpin wanita daripada pelbagai sektor termasuk teknologi, kejuruteraan, kesihatan dan tenaga boleh baharu.

Membina Rangkaian Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Wong Shu Qi, berkata bahawa WIN merupakan satu pelaburan penting dalam membina barisan kepimpinan masa hadapan negara.

“Melalui Rangkaian Industri Wanita, kita bukan sekadar melabur dalam potensi individu, tetapi dalam transformasi struktur yang diperlukan bagi mencapai sasaran penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 60% menjelang 2030,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa peningkatan perwakilan dalam kalangan wanita di peringkat lembaga pengarah — kini sebanyak 33.1% bagi 100 syarikat tersenarai awam utama di Bursa Malaysia, berbanding 14% pada tahun 2015 — adalah satu perkembangan positif, namun kemajuan ini perlu diteruskan dengan usaha pembangunan kepimpinan yang berterusan.

“Untuk mencapai dan mengekalkan sasaran nasional sebanyak 30% wanita sebagai pembuat keputusan, kita perlu membina keyakinan, kemahiran dan rangkaian yang dapat memperkasa wanita untuk memimpin dan membentuk masa depan tenaga kerja Malaysia,” jelas beliau.

Menghubungkan Kemahiran dan Kepimpinan Program WIN Wanita MyWira memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan, keyakinan diri dan kebolehpasaran melalui modul seperti kepercayaan, komunikasi, rundingan, etika serta khidmat awam. Para peserta dipadankan dengan mentor untuk sesi bimbingan secara individu dan pendedahan kepada cabaran sebenar dunia industri.

Inisiatif ini memperkukuh kemajuan Malaysia dalam menutup jurang gender. Jurang gaji antara jantina telah menurun daripada RM211 pada tahun 2023 kepada RM18 pada Mac 2025, manakala penyertaan tenaga buruh wanita meningkat kepada 56.2%, melebihi purata ASEAN.

Kerjasama Demi Impak Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girls International (G4G) berkata, kerjasama dengan TalentCorp membuktikan bahawa kolaborasi berasaskan matlamat bersama mampu mempercepat kemajuan wanita.

“Kerjasama kami bersama TalentCorp melalui Rangkaian Industri Wanita membuktikan bahawa matlamat bersama — mempertingkat peranan wanita dalam kepimpinan dan penyertaan tenaga kerja — boleh diterjemahkan kepada kesan yang nyata dan berkekalan,” katanya.

Sementara itu, Kruthiga Permar, Pengarah Kanan Bahagian Jalinan Korporat dan Perkongsian di Asia School of Business, turut berkongsi pandangan beliau dengan berkata bahawa “Visi TalentCorp dalam menerajui inisiatif transformasi seperti ini amat wajar dipuji. Rangkaian Industri Wanita memberi ruang kepada wanita muda untuk berkembang, membina jaringan perhubungan dan berjaya — ia benar-benar menjadi pemangkin perubahan dalam landskap bakat Malaysia.”

Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Rangkaian Industri Wanita (WIN) di bawah Wanita MyWira telah membimbing lebih 1,000 wanita di seluruh negara, dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti PETRONAS, Telekom Malaysia, Microsoft, CTOS, dan Asia School of Business. Program ini kini diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Pantai Timur, membuka laluan baharu bagi wanita dalam bidang STEM, TVET dan sektor teknikal.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada mandat TalentCorp untuk memperkukuh tenaga kerja negara serta membina ekonomi berasaskan kemahiran dan inklusif di bawah kerangka dasar Malaysia MADANI.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.talentcorp.com.my/women