4 Tugas Dan Tanggungjawab Pentadbir Harta Pusaka Orang Mati

Apabila kita meninggal dunia, semua aset atau harta bergeran yang kita miliki akan terbeku sebelum boleh diagihkan kepada waris-waris yang berhak. Proses pengagihan juga tidak semudah terus membahagikan pusaka, tetapi perlu melalui beberapa prosedur dan perlu ada pentadbir yang dilantik menguruskannya.

Pentadbir harta adalah seseorang yang memegang amanah untuk menguruskan permohonan harta pusaka sehinggalah ke tahap pembahagian. Sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi pentadbir harta selagi mana semua waris bersetuju dengan perlantikan tersebut. Beliau boleh jadi antara penerima pusaka (benefisiari) ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, wujud salah faham dalam masyarakat yang menyangka pentadbir ini yang akan menerima kesemua harta pusaka kerana beliau yang bersusah-payah membuat urusan permohonan tuntutan pusaka.

Hal ini tidak benar kerana pentadbir hanyalah orang yang dilantik menguruskan, bukan penerima mutlak semua harta pusaka si mati.

Oleh itu, kita perlu sedar bahawa tugas dan tanggungjawab pentadbir harta adalah berat. Bagi menjelaskan lagi apa sebenarnya seorang pentadbir harta perlu lakukan, berikut adalah 4 senarai tugasan pentadbir.

1. Mendapatkan Sijil Kematian

Sijil perakuan kematian adalah perkara yang pertama sekali perlu pentadbir dapatkan kerana ianya perlu dilampirkan sebagai bukti kematian arwah.

Sijil tersebut boleh didapatkan di mana-mana premis Jabatan Pendaftaran Negara sebagai bukti kematian arwah telah didaftarkan. 

2. Penentuan Aset Dan Liabiliti Arwah

Seterusnya pentadbir perlu mengumpulkan semua dokumen-dokumen berkaitan dengan harta si mati semasa hidup. Sebagai contoh, untuk rumah, perlu dapatkan geran tanah atau surat perjanjian jual beli rumah (S&P), geran kereta, geran tanah, penyata bank dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Ini penting kerana pentadbir harus memastikan semua dokumen harta dan asset arwah lengkap sebelum membuat apa-apa proses tuntutan.

Kemudian, pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti liability atau hutang arwah semasa hayatnya. Sama ada hutang dengan bank, dengan manusia atau hutang dengan Allah seperti mengerjakan haji.

Hutang-hutang ini perlu diselesaikan dulu sebelum harta pusaka si mati diagihkan kepada waris-waris yang lain.

3. Perbincangan Dengan Semua Waris

Pentadbir perlu mengumpulkan semua waris yang berhak menerima harta pusaka si mati. Untuk perkara ini, pentadbir mesti mahir struktur asas faraid bagi mengetahui siapa dalam kalangan waris yang layak menerima harta pusaka si mati dan siapa yang tidak layak.

Ya bukan semua waris si mati layak menerima harta pusaka si mati.

Seterusnya, waris yang berhak menerima harta pusaka perlu berbincang dan mencapai kata sepakat bagaimana hendak diagihkan harta pusaka tersebut. Pentadbir seharusnya menjadi orang tengah yang berusaha menjadi neutral dalam perbincangan tersebut.

Ini kerana banyak terjadi kes di mana waris sukar mendapatkan kata sepakat kerana tiada orang tengah yang cuba mendamaikan keadaan.

4. Proses Tuntutan

Proses tuntutan harta pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi perlu difailkan oleh pentadbir harta.

Ini kerana hanya seorang pemohon sahaja yang dibenarkan membuat tuntutan. Tak perlu semua waris menyerbu ke pejabat pusaka.

Kesimpulannya, pentadbir yang dilantik oleh waris mestilah amanah dan mahir selok belok pengurusan pusaka. Proses urus pusaka walaupun tidak sukar tapi boleh jadi rumit jika kita tidak tahu caranya.

Pentadbir yang dilantik juga harus menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA