Forex Online – Fatwa Kata Haram, Tapi Masih Ramai Yang Selamba Join

Forex trading online

Nampaknya Forex trading online kembali menambat minat ramai.

Ramai anak muda yang memperjuangkan kehebatan Forex trading online yang boleh untung besar setiap hari. Ada juga hanya memerlukan bantuan robot yang menjalankan urusniaga secara automatik; atau boleh bayar lebih untuk teknik copy; iaitu anda cuma perlu tiru sahaja daripada pemain Forex online yang lain.


Tahukah anda di Malaysia, hanya syarikat yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan kewangan (jual beli matawang)?

Hanya institusi kewangan iaitu banksyarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang diregulasi oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Senarai penyedia perkhidmatan kewangan boleh didapati di laman sesawang BNM, http://www.bnm.gov.my melalui pautan yang berikut:

(i) Senarai Institusi Kewangan Berlesen

(ii) Senarai Pengurup Wang, Penyedia Perkhidmatan Pengiriman Wang dan Pemborong Mata Wang Berlesen

Apa Status Forex Online Trading di Malaysia?

Sudah terang lagi bersuluh, tiada satu pun broker-broker online tempatan atau luar negara (terutamanya di Facebook) menawarkan Forex Trading Online yang halal.

Boleh baca sedikit keterangan di:

(i) The Star Online – Bank Negara Explains Forex Trading Status

(ii) Utusan Online – Forex Online Haram

(iii) Online Forex Trading is Haram, Decrees Perlis Mufti

(iv) Forex Halal & Haram & Beza Dengan Saham – Dr Zaharuddin

Chop! Tak kenal Dr Zaharuddin? Baca profile beliau dekat sini

Ada pula yang kata Forex trading online ni harus?

Dalam banyak-banyak kajian dan fatwa, hanya Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani seorang yang berani mengatakan Forex trading online itu harus. Video ini sudah lama ada di Youtube dan kami tidak pasti sama ada beliau mungkin sudah menarik balik pendapat beliau berkenaan dengan pendapat beliau dalam Forex trading online.

Boleh baca lagi perkongsian di Ringkasan Kajian dan Fatwa FOREX Online.

Majlis Fatwa Kata Haram Pada Februari 2012

Walaupun Fatwa Kebangsaan (takde khilaf-khilaf macam rokok) dan keputusan sudah dikeluarkan sejak 2012, didapati masih ramai tidak mengendahkan fatwa tersebut. Ramai akan pusing cerita kata main Forex online ni halal kalau ada ilmu.

“Ala..Mufti-mufti tu mana pernah main forex ni…dorang bukan faham pun”

“Ulamak bukan maksum..dorang manusia biasa yang boleh silap…”

“Fatwa tu hanya pendapat, bukan hukum!”

Astaghfirullah…

Menerusi Portal Rasmi Fatwa Malaysia, telah pun menerbitkan artikel Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.

Kami screenshot untuk anda isi kandungan artikel tersebut:

Kalau anda tidak boleh akses, sila ke laman arkib https://web.archive.org

Dan kalau anda tak mahu baca panjang-panjang, bacalah kesimpulannya seperti berikut:

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

Terima Kasih JAIS Ingatkan Kami

Syabas diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengingatkan kami yang solat Jumaat di Negeri Selangor pada 17 Mac 2017 yang lalu mengenai isu Forex online ini.

Hukum forex trading

Forex trading online adalah merupakan salah satu contoh urusniaga riba yang sepatutnya ditentang habis-habisan oleh umat Islam.

Boleh rujuk laman web http://e-masjid.jais.gov.my dan muat turun dokumen khutbah bertajuk “RIBA: KESEDARAN HUKUM DAN PEMBERSIHAN” bertarikh 17 Mac 2017.

Masih Belum Terlambat

Bagi mereka yang telah pun melibatkan diri dengan Forex online, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Ingat anak isteri di rumah. Kami hanya menyampaikan, selebihnya terserah kepada diri sendiri.

Sesiapa yang telah terlibat dengan riba & muamalat tidak patuh syariah hendaklah:

  1. Bertaubat dan meninggalkan urusniaga riba
  2. Membersihkan harta dengan disalurkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan lain-lain
  3. Memberikan kepada Baitul Mal untuk maslahah umum seperti membaiki jalan dan lain-lain

Banyak lagi pelaburan halal serta patuh syariah yang ada. Jangan berbangga diri seolah-olah kita lebih cerdik ilmu muamalat syariah dari mereka yang sememangnya pakar. Wallahualam.

Baca juga artikel susulan isu ini Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex.

Previous ArticleNext Article

6 Comments

  1. pada aku, kalau rasa was-was better tak yah teruskan . carik side hustle lain. ada byk je lagik cara nak buat duit online ni. lagipun forex ni hype je lebih – tak senang sebenarnya nak buat duit melalui forex ni.

  2. Tuan..

    Adakah binary option yg di pakai oleh platform broker di atas talian spt olymp trade, telah di garis oleh fatwa sebagai haram @ halal?

    1. Instrumen OPTION masih tidak halal

      Islamic Fiqh Council No. 63 (1/7) : ‘’Option contracts – as they are known today in the global financial markets – are a new kind of contract that does not come under the heading of any kind of Shar‘i contracts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apa Hukum Trade Gold?

https://www.facebook.com/arhammerican

Perkara utama bagi anak muda biasanya memang pasal duit. Itu normal.

Bila tahu ada peluang buat duit dalam mata wang antrabangsa, lebih-lebih lagi US Dolar; maka dalam kepala dah set keuntungan pun pasti berganda-ganda. Bila untung nanti convert ke Ringgit, kan dah empat kali ganda jadinya.

Sebagai orang Islam, memilih instrumen pelaburan yang patuh syariah adalah wajib. Tahniah kerana sampai ke sini. Dengan mengikuti cara yang benar, bukan sahaja kita dapat bebas dari riba tetapi juga harta kita akan membawa berkat.

Trade gold menggunakan platform online yang berasaskan CFD ini ulamak sepakat kata HARAM. Kami pasti anda pernah dengar tentang Contract For Difference atau lebih dikenali sebagai CFD? Paling popular ada CFD untuk komoditi (crude oil, gold) dan forex.

Antara broker CFD yang iklan mereka selalu lalu lalang adalah MetaTrader MT4, eToro, FXTM, XM, PLUS500, ICM dan banyak lagi.

Dengarkan penjelasan daripada cendekiawan tersohor, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tentang hukum CFD ini.

Kupasan lanjut tentang kenapa trading gold ini haram, boleh dengar panjang lebar di video ini.

Haram Ke Trade Gold/ Futures?

Ini adalah ujian untuk mereka yang masih terlibat. Semoga kita semua memperoleh rezeki yang halal dan berkat serta diselamatkan Allah dari seksaan api neraka.