AXA AFFIN Life Insurance Menganjurkan Kempen Pendanaan Ramai COVID-19 Untuk Membantu Kakitangan Barisan Hadapan

Berikutan penularan wabak COVID-19, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang digunakan oleh kakitangan barisan hadapan dilaporkan meningkat dua hingga sepuluh kali ganda, menyebabkan kekurangan bekalan PPE yang ketara 1.


Dalam usaha untuk menangani krisis kekurangan PPE di Malaysia, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporatnya, menganjurkan kempen pendanaan ramai iaitu – AXA AFFIN “Smash the Curve” COVID-19 Fund Raising Campaign. Bermula dari sekarang hingga 15 Mei 2020 melalui platform pendanaan ramai – PitchIN, kempen ini bertujuan untuk mengumpul RM150,000 secara kolektif. Dana ini akan digunakan untuk membeli PPE penting seperti gaun perubatan, topeng muka, pelindung muka pakai buang, sarung tangan pemeriksaan dan peralatan perubatan bagi kakitangan barisan hadapan. Dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan secara telus, dengan sumbangan dan perbelanjaan diperjelaskan sepenuhnya. Senarai penerima akan diumumkan pada akhir kempen.

“Dalam suasana sukar seperti ini, kami harus mengambil langkah proaktif sebagai warga korporat yang menghulurkan bantuan dan perlindungan bukan sahaja kepada para pelanggan dan kakitangan tetapi juga meluaskan perlindungan kepada insan penting kepada masyarakat. Kakitangan barisan hadapan yang cekal hati – kakitangan penjagaan kesihatan, anggota polis, tentera dan sukarelawan,kini menyabung nyawa untuk terus berkhidmat. Mereka bekerja keras sepanjang masa menentang virus berbahaya ini sambil memastikan kita selamat di rumah. Teladan yang ditunjukkan oleh wira-wira kita patut dipuji dan sudah tiba masanya kita memastikan mereka selamat menghadapi ancaman ini, dengan membekalkan PPE yang secukupnya,” kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance.

Beliau menambah lagi, “Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua kakitangan barisan hadapan atas komitmen dan pengorbanan mereka selama ini.  Kita juga patut memainkan peranan kita, sama ada dengan menyumbang kepada kempen Mengutip Dana COVID-19 AXA AFFIN atau mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak menambah beban yang tidak wajar kepada sistem penjagaan kesihatan kita.”

Orang ramai kini boleh menyumbang mengikut kemampuan mereka di www.myaxa.co/smashthecurve. Sumbangan minimum sebanyak RM5. Inilah masanya rakyat Malaysia bersatu hati, memutuskan rantaian penyebaran dan meruntuhkan keluk jangkitan.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau www.facebook.com/MYAXAAffin.

Sumber:
1- The Star – Covid-19: Need more PPE, current supply can only last for two weeks, says Health DG https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/13/covid-19-need-ppe-donations-current-supply-can-only-last-two-weeks-says-health-dg

MENGENAI AXA GROUP

AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat kepada 105 juta pelanggan di 64 negara. Pada 2017, pendapatan IFRS berjumlah 98.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.0 bilion. AXA memiliki aset bernilai Euro 1,439 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember 2017.

Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles for Responsible Investment.

Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité des marchés financiers’ General Regulation boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).

MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD

Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Holdings, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.Mulai Oktober 2017, AFFIN Bank kini adalah Syarikat Induk Bank untuk AXA AFFIN Life.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!