AXA AFFIN Life Insurance Menyumbang Lebih 15,000 PPE Untuk Membantu Melindungi Kakitangan Kesihatan Barisan Hadapan

Negara kini sedang memasuki fasa pemulihan pandemik COVID-19, di mana bilangan kes di Malaysia telah stabil pada dua angka dan ke bawah dengan kadar pemulihan yang tinggi. Namun begitu, kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) masih menjadi antara masalah yang dihadapi oleh kakitangan kesihatan yang menangani COVID-19.

Bertekad untuk terus menyokong penentangan pandemik ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah menyumbang lebih 15,000 kelengkapan PPE kepada kakitangan kesihatan untuk memastikan mereka dilindungi daripada jangkitan virus apabila mereka mempertaruhkan nyawa mereka demi keselamatan orang awam. Kelengkapan PPE ini telah diedarkan kepada tiga hospital khas yang ditetapkan sebagai pusat rawatan utama untuk mengendalikan penularan wabak COVID iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia, berdasarkan keperluan setiap hospital.

AXA AFFIN mula menganjurkan kempen pendanaan ramai iaitu – AXA AFFIN “Smash the Curve” COVID-19 Fund Raising Campaign dari pertengahan April sehingga Mei, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat. Kempen ini telah meraih hampir RM70,000 secara terkumpul daripada orang ramai dan juga daripada AXA AFFIN, kakitangan dan ejennya.  Antara peralatan perlindungan peribadi kritikal yang disumbangkan kepada hospital daripada dana yang diraih adalah topeng muka N95, Gaun CPE, pelitup kasut pakai buang dan topi jururawat, dll.

“Sepanjang tempoh 3 bulan ini, kita telah melihat kecekalan kakitangan barisan hadapan kita bekerja keras dalam menentang penularan COVID-19 bagi memastikan negara dan rakyat kekal selamat. Berkat komitmen dan pengorbanan mereka yang tidak berbelah bagi serta sokongan dari rakyat, Malaysia dilihat telah berjaya mengawal penyebaran dan meratakan keluk pandemik. Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan bersama rakyat Malaysia untuk melindungi kakitangan kesihatan barisan hadapan dalam perjuangan menentang virus berbahaya ini,” ujar Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance.

Dalam usaha untuk menangani ancaman pandemik, AXA AFFIN juga memainkan peranan proaktif dengan meningkatkan usaha dan perlindungan untuk kumpulan-kumpulan yang terjejas. Menerusi kerjasama dengan rakan teknologi kesihatan tempatan, AXA AFFIN menawarkan bantuan COVID-19* percuma kepada pelanggan, termasuk perkhidmatan rundingan dalam talian dengan doktor pakar, jurulatih kecergasan, pakar pemakanan dan juga khidmat pakar psikologi untuk memberikan sokongan kesihatan mental bagi memastikan pelanggan kekal sejahtera sepanjang tempoh pandemik ini dalam keselesaan di rumah sendiri.  Inisiatif sokongan kesihatan mental ini juga diberikan kepada kakitangan AXA AFFIN. Perkhidmatan ujian pengesahan COVID-19 di rumah juga disediakan kepada pelanggan pada yuran yang berpatutan.

“Kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami tetap menjadi keutamaan. Meskipun hasil usaha meratakan keluk pandemik di Malaysia menunjukkan pencapaian yang optimis, perjuangan kita  masih belum berakhir. Jangan leka dan terus menjaga kebersihan dengan rapi dan mengamalkan penjarakan sosial,” tambah Rohit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau www.facebook.com/MYAXAAffin.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

MENGENAI AXA GROUP

AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat kepada 108 juta pelanggan di 57 negara. Pada 2019, pendapatan IFRS berjumlah 103.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.5 bilion. AXA memiliki aset bernilai Euro 974 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember 2019.

Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles for Responsible Investment.

Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité des marchés financiers’ General Regulation boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).

MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD

Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Bank Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Bank, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.

Iklan

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!