
AXA AFFIN Life Insurance Berhad memperkenalkan AXA eCombo – insurans atas talian yang pertama yang menggabungkan Insurans Medikal (AXA eMedic), Penyakit Kritikal (AXA eCritical Early Care) dan Insurans Hayat (AXA eLife Protector+) didalam satu pakej lengkap. Pakej 3-dalam-1 ini menawarkan penyelesaian terhadap keperluan semasa pelanggan yang tidak dipenuhi dengan satu pakej yang komprehensif dan satu pembayaran bulanan yang berpatutan.
Emmanuel Nivet, Pengurus Negara AXA Affin Malaysia berkata, dengan krisis Covid-19 ini, keutamaan setiap pihak telah pun beralih. Penekanan kini adalah kepada liputan yang lebih komprehensif tanpa perlu menguruskan pelbagai polisi insurans dari syarikat berbeza serta pembayaran premium bulanan yang berlainan.
“Pelanggan mementingkan kemudahan, kemampuan dan perlindungan produk insurans yang lengkap terutamanya risiko lebih tinggi yang sedang kita hadapi kini. AXA eCombo merupakan komitmen kami untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dan memenuhi keperluan mereka dengan produk yang berpatutan dan mudah dikendalikan terutamanya sekarang apabila mereka amat memerlukannya” ujarnya lagi.
Dengan AXA eCombo, pelanggan akan mendapat satu pakej lengkap yang memenuhi semua keperluan insurans perubatan mereka.
- Dengan AXA eMedic, pemegang polisi akan memperoleh kemudahan ke lebih 150 panel hospital di seluruh Malaysia dengan kemasukan bayaran tanpa tunai** ke hospital akibat penyakit dan kemalangan. AXA eMedic akan membiayai kos rawatan di hospital dengan had tahunan sehingga RM 100,000 tanpa had, seumur hidup.
- AXA eCritical Early Care memberikan sejumlah wang yang diinsuranskan kepada pemegang polisi sehingga RM 250,000 yang merangkumi 50 penyakit kritikal. Pada Peringkat Awal, pesakit akan menerima pembayaran sebanyak 50% dari jumlah yang diinsuranskan dan 100% pembayaran di Peringkat yang lebih tinggi.
- AXA eLife Protector+ memberikan pemegang polisi sejumlah wang yang diinsuranskan sehingga RM 250,000 untuk kematian secara semula jadi, kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal (TPD). Bayaran 100% akan dibayar untuk kematian secara semula jadi dan hilang upaya kekal manakala 200% bagi kematian akibat kemalangan.
AXA eCombo boleh didapati secara ekslusif dalam talian di www.axaecombo.com. Warganegara Malaysia yang berumur dari 15 hari hingga 49 tahun layak untuk mendapatkan liputan insurans sehingga berumur 80 tahun. Pelanggan boleh menyesuaikan jumlah liputan dan faedah serta mendapatkan sebut harga dengan segera berdasarkan faktor-faktor seperti keperluan dan anggaran bajet mereka. Hanya dengan beberapa langkah mudah yang hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan, kelulusan* dan liputan adalah segera.
Premium bermula serendah RM 71/sebulan untuk membolehkan mereka yang baru bekerja atau mempunyai keluarga yang masih muda untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif dan bukannya berkompromi dengan jenis pelan perlindungan yang mereka mampu. Pelanggan juga akan mempunyai pilihan untuk menambah atau mengurangkan liputan untuk setiap pelan dalam pakej AXA eCombo bersesuaian dengan keperluan dan bajet. Pakej kombo ini fleksibel di mana pelanggan boleh memilih satu, dua atau ketiga-tiga pelan insurans.
“Kami memahami bahawa pelanggan kini memerlukan lebih dari satu penyelesaian yang sesuai untuk semua. Keperluan dan bajet setiap pelanggan akan berbeza dan ini menunjukkan kelebihan teknologi insurans moden. Di AXA AFFIN, produk inovasi kami adalah berasaskan 4 strategi – kepantasan, kesenangan, fleksibel, berpatutan dan ini merupakan intipati AXA eCombo!” kata Emmanuel.
AXA eCombo sudah tersedia di atas talian. Michelle, yang juga merupakan Pembantu Dalam Talian AXA, telah bersedia untuk memberikan khidmat bantuannya melalui Whatsapp.
Bersempena dengan pelancaran AXA eCombo, AXA AFFIN Life Insurance akan menganjurkan siri kesihatan dan kesejahteraan secara maya (virtual) selama dua-bulan bermula dari Disember 2020 hingga Januari 2021. AXA AFFIN berganding bahu bersama selebriti tempatan, personaliti media sosial dan penggiat seni, dalam siri yang menyeronokkan untuk berbincang topik berkaitan kesihatan, kecergasan, pemakanan, kecantikan dan juga hiburan.
Pelanggan yang membeli pakej penuh 3-dalam-1 AXA eCombo sebelum 31 Disember 2020 akan menerima baucar GrabFood bernilai RM 50!
Maklumat lebih lanjut di www.axaecombo.com.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Pengecualian bayaran tunai kemasukkan ke hospital mungkin berlaku jika individu tersebut mempunyai keadaan kesihantan prawujud.
MENGENAI AXA GROUP
AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat kepada 108 juta pelanggan di 57 negara. Pada 2019, pendapatan IFRS berjumlah 103.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.5 bilion. AXA memiliki aset bernilai Euro 969 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember 2019.
Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles for Responsible Investment.
Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité des marchés financiers’ General Regulation boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).
MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD
Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Bank Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Bank, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.