AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Dalam Talian Pertama Malaysia Kini Dilanjutkan Kepada Kanak-kanak

  • AXA AFFIN melancarkan fasa kedua eMedic dengan lanjutan untuk kanak-kanak.
  • Kad Perubatan dalam talian pertama di pasaran kini disediakan untuk mereka yang berusia antara 15 hari hingga 39 tahun.

AXA AFFIN Life Insurance secara rasminya telah melancarkan fasa kedua AXA eMedic dengan lanjutan untuk kanak-kanak. Kad Perubatan dalam talian pertama di pasaran kini disediakan kepada mereka yang berusia seawal 15 hari sehingga 39 tahun. Dengan lanjutan ini, generasi milenial Malaysia, terutamanya keluarga muda, boleh membuat persiapan dengan lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak mereka bagi menampung kos yuran perubatan yang semakin meningkat dengan mendapatkan pelan perubatan yang mampu milik dan mudah dilanggan.

Acara pelancaran tersebut dirasmikan dengan persembahan flashmob dan upacara flag-off dua puluh kereta yang dibaluti dengan jenama AXA eMedic oleh En. Benoit Claveranne (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AXA International & New Markets), En. Jean Drouffe (Pegawai Pembangunan Strategik – India, Malaysia & Vietnam), En. Emmanuel Nivet (Pengurus Negara AXA AFFIN Malaysia) dan En. Rohit Nambiar (CEO AXA AFFIN Life Insurance). Upacara pelancaran tersebut menandakan bermulanya kempen pengaktifan, di mana kereta-kereta AXA eMedic akan mengelilingi bandar raya untuk menggalakkan interaksi jenama dan mendekatkan AXA eMedic kepada rakyat Malaysia.

Ahli-ahli ExCo AXA AFFIN Life Insurance di pelancaran AXA eMedic untuk kanak-kanak

“Kami telah melancarkan AXA eMedic 2 bulan lepas, yang bukan sahaja menawarkan perlindungan kesihatan dalam talian, tetapi juga program kesejahteraan menerusi pelbagai rakan kerjasama. Untuk menjamin kemampanan eMedic, kami kini mahu memberi tumpuan kepada segmen lebih baharu. Memandangkan tumpuan sebelum ini diberikan terhadap generasi milenial yang terdiri daripada keluarga muda, memang amat wajar bagi kami mengumumkan lanjutan eMedic untuk kanak-kanak sebagai sasaran kami.  Kami juga akan menawarkan produk kepada golongan ekspatriat tidak lama lagi,” kata En. Rohit Nambiar, CEO AXA AFFIN Life Insurance.

1- Insurans perubatan dengan manfaat kad perubatan dirujuk sebagai kad perubatan untuk tujuan pemasaran

“AXA Malaysia kini menggegar pasaran dengan menawarkan pengalaman digital serba lengkap dengan sentuhan insan. Pelanggan eMedic yang mahu mendapatkan tahap perlindungan lebih tinggi atau produk terkhusus dan memerlukan nasihat akan dilayan oleh ejen Profesional.  Kami menawarkan perkhidmatan digital dan interaksi insan terbaik, semuanya bersama AXA, sambil kami berusaha menjadi rakan setia pelanggan dalam perjalanan mereka bersama kami. Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan kami untuk terus mempelopori perkhidmatan dan tawaran produk baharu bagi pelanggan kami di Malaysia,” kata En. Benoit Claveranne, CEO AXA International & New Markets.

Geng cilik di acara pelancaran AXA eMedic untuk kanak-kanak

Pelanggan boleh membeli pelan eMedic dalam 5 minit tanpa pemeriksaan perubatan menerusi www.AXAeMedic.com. Tawaran produk untuk kanak-kanak juga disediakan di laman Ringgit Plus, iMoney dan untuk pelanggan Digi menerusi MyDigi App. Produk juga akan ditawarkan tidak lama lagi di laman PolicyStreet dan iBanding.

Semua pelanggan akan diberi akses kepada BookDoc – iaitu platform ganjaran kesihatan yang menggalakkan kehidupan sihat dan Naluri – sokongan bimbingan profesional dan psikologi pemulihan untuk membantu pelanggan mencapai gaya hidup sihat yang layak dinikmati mereka.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Maybank Investment Bank & UOB Malaysia Menaja Jamin Bersama Kemudahan Islam Berjumlah RM2 Bilion Bagi Pengambilalihan Malayan Cement Berhad

Maybank Investment Bank dan UOB Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan mereka sebagai penaja jamin dan bookrunner,  secara bersama, untuk kemudahan Islam bernilai RM2.0 bilion yang disediakan kepada Malayan Cement Berhad (MCB).

Kemudahan ini akan digunakan untuk membiayai pengambilalihan 10 syarikat dalam sektor simen dan konkrit siap campur di Malaysia oleh MCB dari syarikat induk, YTL Cement Berhad (YTL Cement). Kemudahan pembiayaan  berjangka bersindiket Islam ini adalah berdasarkan prinsip Syariah Komoditi Murabahah

MCB akan menggunakan kemudahan Islam ini untuk membiayai pertimbangan tunai bagi pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti 10 syarikat dan anak syarikat masing-masing  (syarikat yang diambilalih) dari YTL Cement untuk jumlah pertimbangan yang dianggarkan pada RM5.2 bilion. 

Encik Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Investment Bank, berkata, “Kami  ingin mengucapkan terima kasih kepada MCB atas kepercayaan yang diberikan kepada  Maybank untuk mengambil bahagian dalam transaksi mercu tanda ini sebagai Pengatur Utama Dimandatkan, ‘Bookrunner’ dan Penaja Jamin untuk penyelesaian pembiayaan Islam serta Penasihat Utama Tunggal untuk pelaksanaan pengambilalihan dan juga Penasihat  Syariah untuk kemudahan Islam. Kami berharap untuk bekerjasama lebih lanjut dengan MCB  apabila syarikat meneruskan perjalanan transformatif sebagai salah satu daripada perintis industri dalam bahan binaan tempatan. 

Puan Ng Wei Wei, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Kami berbesar hati menyokong keperluan pembiayaan MCB bagi transaksi yang amat penting ini. Sebagai Pengatur Utama Dimandatkan, ‘Bookrunner’ dan Penaja Jamin untuk transaksi ini, kami menggunakan keupayaan pembiayaan Islam kami dalam membantu MCB memenuhi aspirasi  perkembangannya. Perjanjian ini juga dimeterai berikutan penerimaan anugerah Sukuk  Baharu Terbaik (Korporat) dan Sekuritisasi Terbaik di Malaysia di Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A pada Ogos 2021, satu lagi bukti komitmen kami dalam memenuhi  keperluan kewangan pelanggan kami.”

Dato’ Sri Michael Yeoh Sock Siong, Pengarah Urusan YTL Cement and MCB berkata, “Usaha  pengambilalihan oleh MCB ini akan membolehkan kami memperkemas dan meningkatkan kecekapan operasi dalam memanfaatkan sumber, kepakaran dan pengalaman masing masing. Penggabungan ini akan membantu kami mencapai skala ekonomi, meningkatkan  kehadiran pasaran, mengurangkan fungsi pendua, dan akhirnya memberikan penyelesaian  yang lancar kepada pelanggan kami. Kami merasa sukacita atas suatu pencapaian utama  yang akan membawa kami maju selangkah kehadapan dalam merealisasikan rancangan  pertumbuhan bagi MCB. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Maybank Investment  Bank dan UOB Malaysia atas kerjasama mereka ketika kami menempuhi fasa baru dalam  perjalanan korporat kami.” 

MCB (dahulu dikenali sebagai Lafarge Malaysia Berhad) disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Kegiatan utama MCB adalah sebagai syarikat pegangan pelaburan. Melalui  anak syarikatnya, MCB terlibat dalam pengeluaran, pembuatan dan perdagangan simen, klinker, konkrit siap campur dan bahan binaan lain serta produk berkaitan.