Digi Jalin Kerjasama Dengan AXA Affin, Tawar Pelan Prabayar Terbaharu Yang Melindungi Anda

Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) bersama AXA Affin Life Insurance menawarkan Digi Abadi, pelan internet prabayar pertama di Malaysia yang didatangkan bersama perlindungan insurans hayat percuma. Pelan prabayar edisi terhad ini adalah usaha kedua-dua syarikat untuk memastikan rakyat Malaysia terus terhubung dan dilindungi dengan baik terutamanya ketika kesihatan menjadi perkara utama masyarakat pada masa ini.

1 pelan Internet dengan 2 nilai hebat

Digi Abadi menggabungkan penyambungan internet dan perlindungan insurans dalam satu pelan. Boleh didapati secara eksklusif di Digi Online Store buat 100,000 pelanggan, pelan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang layak, berumur 30 hingga 55 tahun.

Untuk melanggan Digi Abadi, pelanggan perlu membeli pek permulaan yang berharga RM28 yang telah dimuatkan dengan perlindungan insurans hayat sehingga RM40,000 untuk kematian, kematian akibat kemalangan dan perbelanjaan pengebumian tanpa sebarang kos tambahan.

Pelan ini juga menawarkan kuota internet berkelajuan 3GB dengan tempoh sah selama 30 hari, 10 sen/minit untuk panggilan dan SMS ke semua rangkaian serta tempoh sah kad SIM selama 365 hari. Semakin lama mereka menggunakan pelan ini, mereka juga akan menikmati bonus kesetiaan sehingga RM55,000 insurans hayat dan 6GB kuota internet.

Digi Abadi hanya terbuka untuk pendaftaran baharu dan pelanggan Digi sedia ada perlu mendaftar talian baharu sekiranya mereka berminat. Setiap pelanggan hanya boleh melanggan satu talian bersama satu polisi Insurans Hayat sahaja.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, “Sasaran kami adalah untuk menyediakan satu inisiatif yang mudah dan berpatutan kepada pelanggan dalam menjaga keluarga mereka di saat rakyat Malaysia mengharungi masa yang mencabar ini. Kami memahami desakan untuk memiliki perlindungan insurans tetapi pada masa yang sama perlu mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti penyambungan telefon. Justeru itu, kami memperkenalkan pelan ini agar pelanggan berasa lebih selesa dengan mengetahui bahawa mereka dilindungi tanpa sebarang tambahan ke atas komitmen kewangan mereka.  Pelan ini sememangnya satu pelan dengan dua nilai hebat; kekalkan talian anda dan terus nikmati sambungan serta perlindungan insurans secara percuma.”

Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif, AXA AFFIN Life Insurance, menambah, “Tahniah kepada Digi kerana menghasilkan produk yang inovatif bagi pelanggan mereka dengan menyediakan perlindungan insurans yang dimuatkan bersama penyambungan internet, sementara mereka selamat berada di rumah. Kami merasa bangga untuk bekerjasama dengan Digi sekali lagi dengan memperkenalkan satu lagi tawaran pertama dalam pasaran yang berpotensi merapatkan jurang perlindungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai syarikat insurans, adalah tanggungjawab kami untuk mendekati seberapa ramai orang yang mungkin bagi memastikan mereka memahami kepentingan untuk mempunyai insurans terutamanya pada masa ini. Saya yakin bahawa pendekatan kolaboratif ini membolehkan kami menawarkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan setiap individu, mengukuhkan lagi matlamat kami untuk memperkasakan masyarakat dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.”

Pelan internet prabayar yang berkembang bersama anda

Pelanggan akan menikmati bonus kesetiaan menerusi pembaharuan yang konsisten. Mereka akan menerima tambahan RM5,000 bagi faedah kematian dan peningkatan 1GB untuk kuota Internet asas pada setiap pembaharuan yang ke-13, dengan maksimum tiga peningkatan yang akan menaikkan kuota Internet mereka ke 6GB dan faedah kematian kepada RM45,000. Faedah kematian dan Perbelanjaan Pengebumian akan kekal pada RM8,000 dan RM2,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Digi Abadi, layari http://digi.my/abadi.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!