HappyFresh Mengubah Keupayaan Gudang Secara Digital Dengan Blue Yonder

Syarikat peruncitan dalam talian terkemuka di Asia Tenggara kini dikuasakan oleh WMS Blue Yonder

JAKARTA, Indonesia & SCOTTSDALE, Ariz., 17 Mei (Bernama) — Tabiat membeli-belah barangan runcit oleh pengguna berubah akibat daripada pandemik COVID-19 dengan ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan mereka, HappyFresh, sebuah syarikat permulaan runcit dalam talian, mengubah operasi gudang mereka secara digital dengan sistem pengurusan gudang (WMS) Blue Yonder.

HappyFresh menyasarkan untuk menjadikan proses membeli-belah lebih mudah dengan penghantaran barangan runcit ambien dan segar di sekitar bandar raya dalam tempoh masa satu jam. Syarikat itu mengendalikan kumpulan penghantaran mereka sendiri dan kakitangan mereka memilih barangan runcit dari pusat-pusat pemenuhan mikro yang berdekatan dengan alamat penghantaran pelanggan mereka. HappyFresh mempunyai 544 orang pekerja merentasi Indonesia, Malaysia dan Thailand.

HappyFresh sedang mencari cara untuk mempercepatkan transformasi digital dan inovasi mereka; menyesuaikan diri secara proaktif dengan keutamaan pelanggan, termasuk masa penghantaran yang fleksibel, pengendalian pesanan tersuai dan tindak balas masa nyata; dan meningkatkan tumpuan kepada kelestarian sosial. Rakan pelaksanaan bagi projek itu ialah Super Globalindo Viktoria (SGV), sebuah pakar industri eRuncit yang membawa kekuatan industri, teknikal, operasi, inovatif dan penyepaduan kepada pelaksanaan dengan sumber berasaskan pasukan dan perkhidmatan kepakaran industri tempatan.

HappyFresh mula beroperasi di WMS Blue Yonder di pusat kemudahan runcit mereka yang pertama pada tahun 2021 dan sejak itu telah mula beroperasi di pusat-pusat mereka di Indonesia, Malaysia dan Thailand. HappyFresh akan melancarkan pusat-pusat kemudahan runcit tambahan pada tahun 2022, serta sebuah pusat pengedaran untuk menyokong pusat-pusat kemudahan runcit di Indonesia.

Dengan Blue Yonder, HappyFresh telah dapat:

• Mengukur dan mengoptimumkan barisan pesanan pemilihan mereka secara berterusan sehingga ke saat akhir, mengurangkan masa keseluruhan pesanan dan proses pemenuhan bagi memastikan ia memenuhi serahan penghantaran dalam masa satu jam.

• Meningkatkan produktiviti memilih pesanan bagi pengendali mereka dengan mengoptimumkan aliran kerja mereka untuk menghapuskan masa yang terbuang dan langkah-langkah yang tidak produktif untuk produk yang bergerak pantas.

• Mengurangkan masa perjalanan di antara tugasan dengan membenarkan pengendali pemilihan mereka untuk memulakan tugasan mereka yang seterusnya di mana tugasan mereka yang sebelum ini berakhir, dan bukannya berjalan kembali ke tempat permulaan.

“Mewujudkan satu strategi pemenuhan pesanan yang lebih produktif dan cekap telah menjadi satu tumpuan yang semakin penting bagi kami, terutamanya dengan permintaan penghantaran ditetapkan dalam masa satu jam sahaja. Di samping itu, kekurangan tenaga buruh dan cabaran pengambilan pekerja pada masa ini telah meningkatkan keperluan untuk meningkatkan produktiviti memilih di barisan pesanan. WMS Blue Yonder membolehkan kami untuk menjalankan pelbagai kaedah pemilihan seperti Pemilihan Pesanan Tunggal dan Pemilihan Mengikut Zon, yang membantu kami untuk memaksimumkan kelajuan pemenuhan dan produktiviti untuk terus memenuhi keperluan pengguna kami yang berubah-ubah pada masa yang mencabar ini,” kata Mesut Keleş, naib presiden kanan Rantaian Bekalan, HappyFresh.

WMS Blue Yonder telah membolehkan HappyFresh untuk menguruskan operasi pengurusan gudang mereka dengan lebih berkesan. Ini termasuk penjadualan dan pelaporan tenaga pekerja yang lebih baik bagi memaksimumkan prestasi pekerja dan operasi kemudahan, serta keupayaan untuk merancang dan melaksanakan proses pengurusan gudang runcit, memberikan kakitangan gudang lebih kebolehlihatan ke dalam inventori.

“WMS kami telah meletakkan HappyFresh pada satu kelebihan daya saing yang penting untuk mengembangkan bahagian pasaran dengan berjaya memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah. Ini seterusnya memberikan mereka kuasa membeli yang lebih baik dengan pembekal mereka, kerana jumlah pesanan mereka yang lebih besar membawa kepada harga yang lebih baik. Selain itu, menambah baik proses pemilihan bagi pekerja mereka telah membantu mengekalkan dan menarik bakat yang mereka perlukan untuk berkembang,” kata Antonio Boccalandro, presiden APAC, Blue Yonder.

Sumber Tambahan: 

• Ketahui lebih lanjut mengenai sistem pengurusan gudang (WMS) Blue Yonder

Maklumat mengenai Blue Yonder

Blue Yonder adalah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan digital dan pemenuhan perdagangan saluran pelbagai arah. Platform pintar dari hujung ke hujung kami membolehkan peruncit, pengeluar dan penyedia logistik untuk meramal, memangsi dan memenuhi permintaan pelanggan dengan lancar. Dengan Blue Yonder, anda dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih automatik dan menguntungkan yang menyampaikan pertumbuhan yang lebih besar dan pengalaman pelanggan yang boleh dibayangkan semula. Blue Yonder – Penuhi Potensi™ anda blueyonder.com 

“Blue Yonder” adalah sebuah tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi Kumpulan Blue Yonder, Inc. Sebarang nama perdagangan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk di dalam dokumen ini yang menggunakan nama “Blue Yonder” adalah satu tanda perdagangan dan/atau hak milik Kumpulan Blue Yonder, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain adalah merupakan tanda perdagangan, tanda perdagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan bagi syarikat-syarikat yang bersekutu dengan mereka.

Hubungi 

Marina Renneke, APR, Pengurus Komunikasi Korporat Tel: +1 480-308-3037, [email protected] 

Sumber : Kumpulan Blue Yonder, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. –BERNAMA

Rujukan asal: https://thekapital.my/happyfresh-mengubah-keupayaan-gudang-secara-digital-dengan-blue-yonder/

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.