Luno Memperluas Tawaran Mata Wang Kripto, Perkenal Cardano Dan Solana Di Platformnya

Petaling Jaya, 14 September, 2022: Luno, bursa aset digital yang dikawal selia dan terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan penambahan dua lagi mata wang kripto di platformnya iaitu Cardano (ADA) dan Solana (SOL), sekaligus mengembangkan lagi rangkaian aset digital boleh labur mereka.

Mulai 21 September, pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan ADA di aplikasi dan laman web Luno, di samping tawaran mata wang kripto yang sedia ada. Luno juga akan menambah SOL ke platformnya mulai 6 Oktober. Memandangkan terdapat minat berterusan dalam penggunaan Bitcoin yang semakin meluas, ADA dan SOL merupakan tambahan mata wang kripto terbaharu dalam portfolio Luno, selepas penambahan Chainlink (LINK) dan Uniswap (UNI) pada awal tahun ini. Langkah ini menjadikan jumlah tawaran mata wang untuk rakyat Malaysia kepada sembilan, dan Luno akan terus memastikan pelabur Malaysia mendapat akses yang lebih luas kepada peluang pelaburan.

“Memegang pada kepercayaan membina pelaburan untuk jangka masa panjang, kami percaya akan kepentingan menyediakan akses kepada pelanggan terhadap aplikasi kripto yang lebih baharu yang mempunyai potensi menyakinkan pada masa hadapan. Selain itu, melihat akan landskap kripto yang semakin berkembang, kami berhasrat untuk memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai aset digital dan pelaburan. Lebih penting lagi, kami mahu pelabur sentiasa berkembang maju dalam perjalanan kripto mereka bersama Luno tanpa perlu risau akan keselamatan yang dikawal rapi oleh Luno”, kata Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang.

“Kami ingin mengatasi kerumitan berkaitan mata wang kripto, serta menyediakan platform yang mudah untuk orang ramai melabur dan belajar. Pelabur tidak perlu membuat pelaburan yang besar untuk bermula tetapi mereka boleh membina dan mengembangkan pelaburan mereka dari masa ke masa dengan jumlah yang lebih kecil yang mana jumlah minimum untuk mula melabur di Luno hanyalah RM1”, tambah Tang.

Cardano sering digambarkan sebagai ‘evolusi generasi akan datang’ Ethereum. Mata wang kripto ini dijangka bakal menjadi platform yang paling berskala dan mampan untuk menjalankan aplikasi yang tidak berpusat (dApps) dengan mengambil pendekatan berkaedah, berasaskan penyelidikan dalam pembangunannya. Solana pula adalah rantaian blok terpantas di dunia dan ekosistem yang paling pesat berkembang dalam kripto, dengan beribu-ribu projek merangkumi kewangan tidak berpusat (DeFi), token tidak sepiawai (NFT), Web3 dan pelbagai lagi. Menurut Tang, meskipun ADA dan SOL memenuhi piawaian ciri keselamatan Luno, tersenarai di Luno bukan jaminan mata wang kripto tersebut mempunyai potensi pelaburan untuk masa hadapan. “Luno menilai aset prospektif berdasarkan faktor seperti keselamatan, pematuhan dan utiliti, namun kami sentiasa menggalakkan mereka yang ingin melabur dalam kripto untuk melakukan penyelidikan yang sewajarnya dan membuat pertimbangan yang baik sebelum melabur. Luno hanya menawarkan pilihan pelaburan yang paling menarik, untuk jangka masa panjang. Dalam beberapa bulan akan datang, pelanggan dapat meneroka dan melabur dalam lebih banyak peluang untuk memanfaatkan dan menjadi sebahagian daripada sistem kewangan global baharu.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran mata wang kripto baharu, pelabur dapat menikmati diskaun 50 peratus untuk Beli dan Jual Segera, di samping pengurangan yuran Luno Exchange untuk Cardano dari 21 September hingga 20 Oktober 2022 dan Solana dari 6 Oktober hingga 7 November 2022. Untuk butiran lanjut mengenai promosi, sila rujuk halaman yuran dan kemudahan Luno.

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.