Memperkasakan PMKS di Dunia Online pada Kos SIFAR

Sempena negara masih berada di fasa satu Pelan Pemulihan Negara, e-dompet tempatan Boost menawarkan solusi pedagang pada kos SIFAR untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) beralih dari luar-ke-dalam talian demi kelangsungan perniagaan mereka, melalui Kempen Go-eCommerce Onboarding.

Inisiatif kerajaan bawah program Belanjawan 2021 oleh Kementerian Kewangan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Kempen Go-eCommerce Onboarding bertujuan membantu PMKS meluaskan perniagaan dari operasi luar talian yang sedia ada, serta mendigitalisasikan perniagaan. Selain itu, Boost juga akan membantu PMKS mengakses pelanggan baharu di dunia dalam talian dan menjana semula perniagaan serta merangsang ekonomi tempatan.  

“MDEC berpegang teguh kepada tekad memperkasakan dan membolehkan perniagaan-perniagaan Malaysia kekal sejahtera ketika menelusuri fasa perniagaan luar biasa masa kini. Dengan bantuan kukuh daripada Kerajaan dan kolaborasi awam-swasta yang berkesan, kami berhasrat memangkinkan pertumbuhan e-dagang di Malaysia dan tidak lupa juga, mengekalkan kelangsungan hidup dan peluang pekerjaan. Bersama-sama, kami dapat mencapai matlamat MyDIGITAL dan melangkah yakin ke Malaysia 5.0; negara digital yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan bertunjangkan keterangkuman, kelestarian dan kesejahteraan bersama yang meletakkan Malaysia sebagai Pusat Digital ASEAN,” kata Surina Shukri, CEO, MDEC.

Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost berkongsi bahawa ketika ikhtiar tanpa henti untuk melandaikan lekuk jangkitan COVID-19, peniaga mikro dan kecil bertarung untuk mengekalkan operasi perniagaan mereka. 

“Peluang bekerjasama dengan Kerajaan sekali lagi untuk memberi PMKS tempatan solusi perdagangan dan pembayaran digital sangat menepati masa, memandangkan negara kini masih berada di fasa satu Pelan Pemulihan Negara. Solusi ini ternyata sangat penting, lebih-lebih lagi apabila pola pembelian dan perbelanjaan pengguna telah beralih secara dalam talian dengan ketara sejak tahun 2020.”

Boost melaporkan yang Nilai Transaksi Kasar (GTV) pada tahun 2020 meningkat lebih daripada dua kali ganda GTV tahun 2019. GTV untuk pembayaran kepada peniaga dalam talian sahaja meningkat 40% pada tahun 2020. 

Tambah Khairil, “Namun begitu, hakikatnya tetap bahawa ramai peniaga tiada sumber yang mencukupi untuk membayar fi komisyen yang tinggi kepada platform e-dagang, ataupun tidak memiliki kepakaran teknologi untuk memulakan perniagaan mereka secara dalam talian. Ini menjadi sebab utama kami di Boost menyediakan solusi pedagang yang mereka kenali dan berasa mudah untuk digunakan,  tanpa fi yang tinggi. Pasukan Pedagang kami juga akan memberi bantuan onboarding sepenuhnya, membantu PKS mikro di setiap langkah untuk memudahkan perjalanan mereka ketika beralih ke perniagaan online di era baharu perdagangan hari ini.”

Melalui Kempen Go-eCommerce Onboarding dari 1 Julai hingga 31 Disember 2021, Boost akan menawarkan senarai manfaat berikut:

  • Kadar diskaun pedagang (MDR) SIFAR sehingga 31hb Disember. MDR ialah fi kecil yang dikenakan kepada peniaga pada kadar ditetapkan untuk setiap transaksi. 
  • Fi SIFAR untuk pendaftaran dan ‘onboarding’
  • Tiada fi pelantar yang mahal
  • Insentif untuk peniaga bernilai sehingga RM500
  • RM10,000 ganjaran tunai x 10 pemenang peniaga Grand Lucky Draw
  • Pembayaran mudah dengan Boost Business Payment Link, ciri pembayaran tanpa kontak yang membolehkan peniaga menghantar pautan URL pembayaran kepada pelanggan menggunakan mana-mana aplikasi penghantaran mesej
  • Bantuan untuk memulakan perniagaan secara online
  • Bantuan pemasaran digital

Untuk menggalakkan penggunaan e-dompet di PKS mikro tempatan, bermula 12 Julai, pengguna Boost boleh menikmati Cashback bernilai sehingga RM30 di Go-eCommerce Partner Wallet apabila bertraksaksi dengan pedagang tempatan. Cashback yang ditawarkan bertujuan menggalakkan transaksi berulang antara peniaga dan pelanggan. Setiap transaksi dengan perbelanjaan minimum RM20 membolehkan pengguna menerima RM3 cashback sebanyak maksimum 10 kali sepanjang tempoh kempen. Pengguna boleh menerima cashback ini dengan hanya membayar menggunakan Boost melalui Boost DuitNow QR atau Boost Business Payment Link di mana-mana pedagang tempatan.

“Kami percaya kempen ini tidak sahaja akan memberi akses yang adil kepada perkhidmatan digital, tetapi juga akan membantu negara mendirikan ekonomi digital yang inklusif, berkesan dan berciri kolaboratif. Untuk Kempen Go-eCommerce Onboarding, kami berhasrat meneruskan momentum Kempen E-Dagang PKS dan Mikro tahun lalu, dengan matlamat untuk membantu onboarding dan digitalisasi sebanyak tiga kali ganda bilangan PMKS tahun lalu,” kata Khairil sebagai penutup kata.

Selain itu, Boost juga sedang mengusahakan solusi e-dagang end-to-end in-app pada tahun ini, untuk meningkatkan fungsi pelantar e-dompet omnisaluran. 

PMKS yang berminat untuk onboarding dengan Boost bawah Kempen Go-eCommerce Onboarding boleh mendaftar dengan melayari http://myboost.com.my/business/campaign/go-ecommerce. Selepas mendaftar, wakil pasukan Pedagang Boost akan menghubungi dalam tempoh 5 hari bekerja.  Pengguna boleh mendapat maklumat terkini dengan mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp). Sebagai alternatif, sila layari www.myboost.com.my.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.