NXSAO Menjalankan Ujian Pengangkutan Dengan Menggunakan Kereta Api Khusus Di Landasan Keretapi Malaysia

TOKYO, 18 Okt (Bernama) — – Matlamat Adalah untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengangkutan Kargo Rel Rentas Sempadan yang Menghubungkan Titik-titik di dalam Wilayah ASEAN –

Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd. (kemudian daripada ini “NXSAO”), sebuah syarikat kumpulan milik NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah menjalankan ujian pengangkutan barangan rel di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Malaysia dengan menggunakan kereta api khusus yang beroperasi di landasan kereta api Malaysia dari Rabu, 20 September, sehingga Jumaat, 22 September, dengan matlamat utama adalah untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan kargo rel rentas sempadan yang menghubungkan titik-titik di dalam rantau ASEAN.

Peta bagi ujian laluan pengangkutan

Latar belakang kepada pembangunan perkhidmatan

Permintaan yang semakin meningkat untuk logistik antarabangsa hasil daripada kerjasama ekonomi di kalangan negara di rantau ASEAN dan peningkatan permintaan untuk barangan pengguna yang disebabkan oleh kuasa membeli yang lebih baik telah mendorong syarikat-syarikat untuk mempertimbangkan bagi menstruktur semula rantaian bekalan mereka. Pada masa yang sama, isu sosial seperti perubahan iklim, kekurangan pemandu trak, dan kos bahan api yang melambung tinggi telah muncul, dan rantau ASEAN juga menghadapi cabaran besar ketika ia menjalankan inisiatif khusus untuk mencapai masyarakat neutral karbon dan bagi mengukuhkan kapasiti pengangkutan mereka.

Kumpulan NX telah membangunkan sebuah perkhidmatan pengangkutan darat “SS7000” yang menghubungkan Shanghai ke Singapura dalam jarak kira-kira 7,000 km, dengan menawarkan perkhidmatan trak yang disatukan secara tetap. Dengan langkah ke arah masyarakat neutral karbon yang mendapat momentum di seluruh dunia, Kumpulan itu telah melancarkan sebuah perkhidmatan pengangkutan antara mod baharu pada April 2022 yang menghubungkan ASEAN dan negara-negara jiran melalui landasan kereta api antarabangsa di antara China dan Laos.

Untuk membangunkan perkhidmatan logistik yang membantu mengurangkan lagi pelepasan CO2, Kumpulan itu telah menjalankan ujian pengangkutan dengan menggunakan kereta api khusus di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Malaysia.

Butiran mengenai ujian pengangkutan di Malaysia: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202310060727-O1-18vdi7j0.pdf

Rancangan masa hadapan

Melangkah ke hadapan, Kumpulan NX menyasarkan untuk mewujudkan sebuah rangkaian pengangkutan rel antarabangsa di rantau ASEAN, dengan menggunakan landasan kereta api di Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, dll.

Kumpulan itu juga akan terus menyokong pengurusan kelestarian pelanggan mereka dengan membangun dan menyediakan perkhidmatan logistik yang menggabungkan kesemua mod pengangkutan serta membantu mengurangkan pelepasan CO2 demi mewujudkan keneutralan karbon dan masyarakat nyahkarbon.
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

–BERNAMA

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.