Pengguna Luno Kini Boleh Membuat Deposit Segera Dengan FPX

Luno, penyedia perkhidmatan pertukaran aset digital pertama yang diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), telah mengumumkan secara rasmi pelancaran deposit segera dalam talian melalui Pertukaran Proses Kewangan atau Financial Process Exchange (FPX) menerusi Ambank, rakan perbankan pilihan syarikat berkenaan. Menerusi ciri pemindahan baru ini, pengguna Luno mempunyai pilihan untuk mendeposit wang segera ke dalam akaun Luno mereka dan membeli mata wang kripto pilihan masing-masing.

Mula ditawarkan sejak 6hb Oktober 2020, Luno adalah penyedia perkhidmatan pertukaran aset digital pertama yang membenarkan deposit FPX secara lancar di Malaysia dan kini telah memproses lebih daripada RM10 juta menerusi FPX, yang terbukti sebagai pilihan deposit popular di kalangan penggunanya. Melalui deposit segera FPX, pengguna kini boleh membeli Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC) di dalam Luno secara lancar.

Proses yang dilaksanakan secara serta-merta ini menandakan kemajuan besar dari segi kemudahan proses perdagangan mata wang kripto menggunakan Luno. Pengguna boleh mendeposit dan membeli aset digital tanpa sebarang kerumitan menerusi pemindahan bank dan lain-lain transaksi.

Luno adalah penyedia perkhidmatan pertukaran mata wang kripto nombor satu di Malaysia dan antara yang terkemuka di Asia Tenggara dengan platform yang lengkap memenuhi keperluan semua jenis pelanggan. Aplikasi mudah alih Luno mempunyai pilihan pembelian segera yang membolehkan pelanggan membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti BTC, ETH, XRP dan LTC dengan cara yang mudah. Menerusi aplikasi sama, pedagang-pedagang yang lebih berpengalaman boleh menggunakan ciri buku tempahan pertukaran untuk berdagang mata wang kripto. Selain daripada itu, kandungan pendidikan umum mengenai mata wang kripto juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih berkenaan dan portal pembelajaran dalam talian.

Mengulas mengenai pelancaran berkenaan, Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang berkata, “Terdapat peningkatan minat di Malaysia untuk menerokai mata wang kripto sebagai salah satu bentuk pelaburan. Jika dulu ia hanya menarik minat golongan belia yang celik teknologi, kini semakin mendapat perhatian di kalangan mereka yang mencari pelaburan alternatif. Kami sentiasa mencari jalan untuk memudahkan pengalaman pelanggan dengan memenuhi minat rakyat Malaysia yang semakin mendalam terhadap aset digital dan membolehkan mereka melakukan pelaburan dan dagangan dengan cara yang mudah dan cekap.”

Tambah beliau, “Kerjasama dengan AmBank adalah amat penting bagi Luno kerana menerusi FPX, pelanggan kami boleh membeli aset digital dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Kami berharap ia dapat membuka peluang kepada lebih ramai orang di mana mereka hanya perlu mendaftarkan akaun di dalam aplikasi Luno yang didatangkan dengan kaedah mudah untuk mendepositkan wang dan membeli mata wang kripto.”

Mengenai Luno

Luno adalah syarikat mata wang kripto global yang terkemuka dengan lebih 5 juta pelanggan di 40 negara dan mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 300 kakitangan. Beribu pejabat di London, Luno beroperasi di seluruh Afrika, Asia Tenggara dan Eropah. Produk dan perkhidmatannya menjadikan ia selamat dan mudah untuk membeli, menyimpan dan mempelajari tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Wawasan Luno ialah untuk melakukan penambahbaikan bagi mewujudkan sistem kewangan yang lebih baik di dunia.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma masukkan kod 63B72W. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod 63B72W.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.