Private Equity, Instrumen Pelaburan Yang Kurang Dikenali Yang Pernah Mengegarkan Wall Street

Gambar: Financial Times

Di Amerika Syarikat terdapat pelbagai jenis instrumen pelaburan. Kebiasaanya, kita sering mendengar instrumen pelaburan seperti hedge fund dan index fund yang sering digunakan oleh para pelabur di sana untuk menggandakan duit simpanan mereka selain melabur sendiri di Wall Street. Selain daripada instrumen pelaburan tersebut, terdapat sebuah lagi instrumen yang jarang didengar oleh pelabur tetapi mendapat tempat di Wall Street pada era 1980-an. Pada ketika itu ia merupakan puncak kejayaan yang dimiliki oleh teknik pelaburan instrumen terbabit.

Instrumen yang dimaksudkan dikenali sebagai Private Equity. Instrumen pelaburan ini juga memainkan peranan yang penting kepada ekonomi Amerika Syarikat. Private Equity adalah salah satu instrumen yang mana pengurus dana mengumpul dana para pelabur untuk melabur dalam sesebuah syarikat.

Perbezaan Dan Persamaan Antara Private Equity Dengan Instrumen Pelaburan Lain

Private Equity ini hampir sama dengan syarikat konglomerat di mana mereka membeli sesebuah syarikat pelaburan yang membuat keuntungan yang stabil kemudian menjual atau menyimpan syarikat itu dalam tempoh yang lama. Apa yang membezakan Private Equity ini adalah kesemua syarikat yang menjalankan perniagaan private equity ini adalah sebuah syarikat yang berstatus persendirian (private) manakala syarikat konglomerat adalah berstatus awam (public).

Private Equity juga berlainan daripada konsep Hedge Fund. Kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai cara yang berbeza dalam memasuki pasaran. Hedge Fund menggunakan hampir semua teknik yang mereka rasakan sesuai untuk menjana keuntungan maksimum dalam pasaran saham.

Persamaan antara Private Equity dan Hedge Fund pula adalah pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka memerlukan modal permulaan yang besar dan kebanyakannya mempuyai sumber kewangan sebanyak $200,000 dan ke atas.

Teknik Popular Digunakan Private Equity Dalam Pelaburan

Teknik yang paling popular yang sering digunakan oleh Private Equity dikenali sebagai Leverage Buyout. Teknik ini pernah menggemparkan Wall Street pada era 1980-an. Teknik ini popular dalam kalangan Private Equity. Pengasas kepada teknik ini dipelopori oleh Kohlberg Kravis Roberts & Co yang diketuai oleh Henry Kravis, George R. Robert dan Jerome Kohlberg Jr. Mereka merupakan pencetus kepada teknik ini.

Gambar: Carousell

Leverage Buyout bermaksud membeli sesebuah syarikat yang dipercayai boleh membawa keuntungan pada masa hadapan dengan menggunakan pinjaman duit para pelabur. Kelebihan teknik ini adalah pelabur akan dapat menguasai sesuatu pasaran jika syarikat yang dibeli itu berada pada landasan perniagaan yang betul .

Gambar: FinanceScp

Walaupun teknik ini sangat popular dalam kalangan Private Equity, tidak semua pelabur gemar akan teknik ini. Antara pelabur terkenal yang tidak gemar dengan kaedah ini adalah Warren Buffett. Beliau mengkritik dengan mengatakan ia akan membuatkan harga sesebuah syarikat itu meningkat dengan mendadak dan boleh menyebabkan perang harga antara mana-mana pelabur di Wall Street.

Kisah Bagaimana Private Equity Menggegarkan Wall Street

Antara peristiwa Leverage Buyout paling popular yang pernah berlaku di Wall Street adalah kisah bagaimana Kohlberg Kravis Roberts & Co membeli sebuah syarikat RJR Nabisco. Syarikat ini merupakan gabungan antara dua buah syarikat yang berlainan iaitu sebuah syarikat makanan dan juga syarikat tembakau(menghasilkan rokok). Ketika Kohlberg Kravis Roberts & Co menggunakan teknik Leverage Buyout pada tahun 1988, harga syarikat ini naik dan bernilai sebanyak $25 bilion. Pada ketika itu, nilai $25 billion merupakan satu nilai yang sangat besar.

Gambar: Financial Times

Peristiwa ini telah menyebabkan Wall Street bergegar. Satu dekad kemudian, RJR Nabisco ini terpaksa dibubarkan dan akhirnya syrikat ini terpaksa berpecah akibat perniagaan yang semakin teruk. Syarikat yang terlibat dengan tembakau pada dekad 1990-an mengalami tekanan daripada kerajaan persekutuan yang mengadakan kempen menyedarkan rakyat tentang bahayanya kesan merokok terhadap kesihatan.

Akhirnya Kohlberg Kravis Roberts & Co mengalami kerugian yang sangat besar. Kisah ini turut dikenali dengan jolokan ‘Barbarians at the gate’. Walaupun begitu, Kohlberg Kravis Roberts & Co merupakan salah satu Private Equity yang  terbesar di dunia dengan jumlah aset pelaburan sebanyak $400 bilion. Kini, Private Equity terus berkembang dengan pesat walaupun di  Amerika Syarikat walaupun ia tidak sepopular dengan instrumen yang lain.

Sumber Rujukan:  Financial Times, Investopedia

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters