
Sub Topik
Malaysia sememangnya ada banyak syarikat teknologi dan ramai ikon, namun kebanyakannya lebih suka low-profile. Kita sebenarnya banyak startup yang kecil-kecilan yang dimulakan oleh anak tempatan, tetapi jarang mendapat liputan media yang meluas.
Baru-baru ini, terbaca pula berita mengenai syarikat milik anak tempatan iaitu Yezza dan Durioo yang berjaya masuk ke YCombinator (YC), sebuah sekolah startup nombor 1 di Silicon Valley.
Apa Itu Yezza?
Diasaskan oleh Tuan Ammar Roslizar, beliau sebelum ini dikenali dengan syarikat ARBA Travel. Namun kita semua tahu akibat penangan pandemik di mana orang ramai tidak dapat melancong, perniagaan yang dibina selama 6 tahun jatuh dalam masa 6 minggu sahaja.
Beliau kemudiannya telah membangunkan Yezza, sebuah startup teknologi untuk bantu orang ramai berniaga menggunakan WhatsApp. Ideanya mudah dan niat pun sekadar mahu pastikan duit ada untuk makan di kala pandemik melanda.
Apa Pula YCombinator?

Seperti yang dimaklumkan tadi, YCombinator adalah sebuah sekolah startup nombor 1 di Silicon Valley. Daripada 17,500 startup dari seluruh dunia yang apply, yang layak masuk hanyalah 2.3% sahaja. Maknanya, sesiapa sahaja yang mahu masuk ke YC, pastilah yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Memang sengit, perlu bersaing dengan startup dari seluruh dunia, termasuk geng-geng yang memang daripada Silicon Valley & bekas-bekas pekerja daripada Facebook, Google dan sebagainya. Mereka ini telah pun terdedah dengan teknologi-teknologi terkini.
Melalui YCombinator ini telah lahir beberapa startup terbaik dunia seperti Airbnb, Stripe, Dropbox, Twitch, Zapier, Coinbase, Reddit, DoorDash, Scribd, Gitlab, Webflow, Substack, dan ramai lagi. Nilai keseluruhan startup-startup yang lahir daripada YCombinator adalah sebanyak USD 600 billion.
Yezza adalah sebahagian daripada ‘early admits’, iaitu startup yang diterima masuk sedikit awal berbanding batchmates yang lain. Yezza berjaya mendapat tiket masuk pada awal Oktober 2021 sedangkan ianya officially bermula pada 10 Januari 2022.
Dapat Bimbingan Mentor

Yezza bertuah kerana dapat belajar dengan mentor mereka iaitu Gustaf, Diana, Aaron dan Richard. Gustaf adalah ex-Head of Product & Growth daripada Airbnb. Salah satu sebab mengapa Airbnb boleh berkembang pada awal dahulu ialah referral system (siapa ingat kalau kita refer kawan guna Airbnb, both kita & kawan tersebut akan dapat duit. Gustaf lah individu yang lead idea tersebut).
Diana pula adalah bekas CTO kepada sebuah syarikat AR/VR. Teknologi beliau telah dibeli oleh syarikat yang membuat Pokemon Go.
Katanya ada bermacam-macam lagi kelebihan dapat masuk YCombinator ini.
Selain daripad Yezza, sebuah lagi syarikat dari Malaysia iaitu Durioo berjaya masuk.
Durioo, Syarikat Startup Animasi

Sinan Ismail merupakan pengasas dan CEO bagi syarikat Durioo ini. Misi mereka ingin menjadi Disney dan Netflix untuk kanak-kanak beragama Islam. Pernah tengok cerita Didi & Friends dan Omar & Hana? Beliau turut merupakan pengasas dan CEO untuk Digital Durian yang menghasilkan rancangan popular ini.
Durioo ditubuhkan dengan misi untuk menawarkan kartun berkualiti tinggi dengan rancangan menarik yang memaparkan nilai-nilai Islam. Anda boleh tonton Durioo di semua peranti popular: Smart TV, Android dan IOS.
Bagus juga dapat beri alternatif kepada anak-anak kita yang sedang membesar, selain daripada menghabiskan masa di YouTube atau bermain game.
Kredit: FB Ammar Roslizar
Buat Bisnes & Payment Hanya Melalui Whatsapp!
Pasti ramai yang buat bisnes di luar sana yang menggunakan Whatsapp. Ramai juga yang buat bisnes tapi…
- Tak ada sistem untuk urus order.
- Perlu COD dan beratur panjang di kaunter Poslaju.
- Data jualan bersepah
- Kena forward secara manual maklumat produk & akaun bank pada pelanggan
- Perlu semak akaun bank setiap kali ada payment masuk
Mujurlah ada Yezza.
Web e-commerce dalam WhatsApp Business anda.
Dengan Yezza, anda boleh :-
- Urus stok secara online. (Inventory Management)
- Terima pembayaran online dari customer (Yezza Pay)
- Semak prestasi jualan, ejen & produk. (Report & Analytics)
- Leads diagihkan sama rata ke semua staf jualan (Smart Link)
- Urus data pelanggan untuk follow up. (Customer Management)
- Integrasi dengan rider & kurier (Easyparcel, Lalamove & Zepto)
- Web e-commerce ringkas & mudah dalam WhatsApp (Yezza Store)
BONUS : Integrasi FB Pixel & Google Analytics untuk marketing.
Anda hanya perlu 9 minit untuk dapat sebuah web e-commerce. Ringkas & mudah guna smartphone sahaja.
Tak perlu bayar web developer dan kosnya yang murah.
Sudah lah murah, dapat banyak kelebihan Yezza seperti:-
- Tiada had untuk upload produk.
- Hanya perlu guna smartphone sahaja.
- Boleh semak prestasi jualan & ejen.
- Fungsi payment gateway menerusi Yezza Pay.
- Mudah digunakan pelanggan baru bisnes anda.
- Sesuai untuk penjual yang ada banyak produk kategori.
Cubalah Yezza SEKARANG! Confirm manthop!