6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Harta Menjadi Beku

Rumah, tanah, wang simpanan yang banyak dan aset-aset lain adalah harta yang perlu kita uruskan supaya ia tidak berkubur apabila kita meninggal dunia nanti. Menurut statistik, sebanyak RM60 bilion harta yang dibekukan oleh pihak berkuasa.

Ini menunjukkan ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana cara menguruskan harta dengan betul. Apabila harta beku dan tiada penuntut, sudah pasti akan menjadi masalah dalam keluarga anda kelak.

Dengan harta juga, kita pasti mendapat manfaat di dunia dan akhirat selagi mana harta itu digunakan untuk jalan yang baik.

This image has an empty alt attribute; its file name is RM60-bilion.jpg

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya harta beku di Malaysia. Di antaranya adalah ramai yang tidak tahu urus pusaka, tiada masa menguruskan harta pusaka, tiada persepakatan waris, tiada duit untuk menguruskan harta dan menganggap harta pusaka tak perlu diuruskan dengan segera. Malah ada yang menganggap jika urus harta pusaka segera, individu tersebut adalah tamak.

Bagi mengelakkan berlakunya harta beku, pemikiran seperti itu haruslah dibuang jauh-jauh. Uruskan harta dengan cara yang betul dan pilihan yang tepat.

Jom lihat 6 cara uruskan harta supaya ianya tidak beku. 

1. Ambil Tahu Pasal Faraid

This image has an empty alt attribute; its file name is 6-Perkara-Yang-Perlu-Dilakukan-Untuk-Elak-Harta-Menjadi-Beku1-700x438.jpg

Cara urus harta dengan betul adalah mengetahui siapa faraid anda memandangkan faraid adalah hukum Islam dalam menguruskan harta jika anda tidak melakukan sebarang hibah.

Banyak kes berlaku di mana waris tidak tahu dia tidak layak jadi waris faraid tetapi menganggap harta si mati adalah miliknya.

2. Lantikan Wasi

Pelantikan wasi yang boleh anda lantik dibahagikan kepada syarikat amanah dan individu. Untuk pengetahuan anda, wasi adalah pentadbir yang akan membuat tuntutan pusaka bagi pihak anda.

Sekiranya harta tidak lebih daripada RM2 juta, kita boleh gunakan wasi individu. Sekiranya lebih daripada RM2 juta, gunakan wasi syarikat seperti As-Salihin Trustee, Amanah Raya Berhad atau lain-lain lagi.

Iklan

Pelantikan wasi penting kerana mereka adalah golongan pakar yang akan membantu menguruskan harta anda. Berbanding dengan tindakan anda sendiri, mereka lebih cepat, pantas dan senang.

3. Wasiat Sedekah

Dengan adanya wasiat sedekah, ia bakal menjadi saham akhirat anda kelak. Semua orang Islam amat disarankan berwasiat sedeah atau wakaf.

Sekurang-kurangnya dapatlah pahala berterusan sehingga hari kebangkitan nanti. Buatlah wasiat ⅓ dari harta anda!

4. Pastikan Ada Hitam Putih

Wajib anda dokumenkan wasiat anda dengan mana-mana syarikat pengurusan pusaka. Wasiat dengan mulut akna menjadi masalah kelak kerana tiada bukti.

Carilah mereka yang berpengalaman untuk membuat dokumen tersebut. Ianya tak semestinya mahal, kita boleh shopping untuk dapatkan harga yang menarik.

5. Dana Pantas Untuk Waris

Tahukah anda, aset akaun bank dan lain-lain akan terus beku setelah kematian. Namun, KWSP, penama Tabung Haji dan penama Polisi Takaful tidak akan beku serta-merta.

Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam akaun penama.

6. Dokumen Hibah

Dokumen hibah boleh dibuat sekiranya anda ingin menentukan sendiri sebanyak mana harta yang ingin anda serahkan kepada orang tersayang, ibu bapa dan keluarga. Ia tidak akan melalui proses faraid lagi tetapi akan terus ke penama anda.

Untuk menguruskan harta dengan baik melalui mana-mana cara di atas, pilihlah syarikat atau perunding harta yang dipercayai bagi menguruskan harta kita. Buatlah perbandingan bagi syarikat-syarikat yang menawarkan servis ini terlebih dahulu.

Sumber Rujukan: Fatihin Abshar

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta

Sesiapa pun yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana, pasti akan menghadapi kekangan ekonomi atau tidak mampu untuk membeli kereta secara tunai. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan membeli kereta secara pinjaman.

Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?

Ketahui Proses E-Batal

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.

Habis Bayar Ansuran Kenderaan

Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?

Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.

Iklan

Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Prosedur Selesaikan E-Batal Di JPJ

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.

Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?

Kesimpulannya,

Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik. Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.

Sumber RujukanBelangTarung

Iklan

Syarikat Perkhidmatan Penstriman Dijangka Untung Besar Disebabkan Wabak Yang Melanda

Kesan koronavirus semakin dirasai hari demi hari. Jika sebelum ini syarikat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan seperti topeng muka dan sarung tangan menjadi perhatian kepada pelabur, kini syarikat yang menyediakan hiburan secara digital turut menerima tempias yang positif daripada peristiwa ini.

Penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan ke seluruh dunia, banyak kerajaan telah menyeru rakyat mereka supaya tinggal di rumah masing-masing dan kuarantin sehingga keadaan reda.

Dengan perintah berkurung berkuatkuasa di negara yang mengalami musibah ni, orang ramai akan menghabiskan masa di rumah dan dijangka akan menggunakan produk penstriman atau streaming services untuk mengisi masa lapang.

Para penganalisis menjangkakan saham bagi syarikat yang menyediakan streaming services akan meningkat naik selagi tiada penawar yang khusus dijumpai. Dua syarikat yang akan menjadi tumpuan para pelabur kerana Netflix dan juga Disney yang merupakan gergasi berbanding dengan syarikat yang lain.

Dengan penularan wabak ini ke Eropah pada minggu ini terutamanya di Itali, pertembungan di antara syarikat Disney dan Netflix akan menjadi lebih menarik di sana.

Ini kerana  sebelum ini, Netflix merupakan syarikat yang pertama memasuki pasaran di Eropah  pada tahun 2012 dan telah mempunyai pasaran tetap. Kini Disney menjadi pesaing utama bagi syarikat tersebut kerana Disney akan memperkenalkan streaming services yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan.

Apa yang menarik mengenai perkhidmatan ini adalah Disney menggabungkan syarikat streaming services seperti Hulu, ESPN, Hotstar mereka di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Disney Plus. Disney juga turut menurunkan harga langganan produk streaming services  dan menawarkan lebih banyak saluran hiburan dengan harga yang rendah berbanding pesaing mereka.

Iklan

Penganalisis pasaran percaya tindakan yang dilakukan oleh Disney adalah untuk merampas kedudukan pesaing mereka terutamanya Netflix, dan ingin menonjolkan kedudukan mereka selaku syarikat gergasi hiburan dunia.

Persaingan di antara syarikat gergasi kini semakin sengit. Kebanyakan syarikat yang menyediakan streaming services yang lain seperti Prime Video (dimiliki oleh Amazon), HBO Now, serta Netflix telah lama berada di pasaran berbanding dengan Syarikat Disney yang dilihat baru sahaja beralih arah ke dunia streaming services.

Berbeza  pula nasib yang menimpa kepada keseluruhan pasaran didunia pada minggu ini.Pada hari isnin minggu ini, hampir keseluruhan 500 billionaire menerima nasib yang kurang baik apabila jumlah kekayaan mereka berkurangan sebanyak $139 bilion dalam tempoh satu hari akibat dari kejatuhan pasaran saham dunia kesan daripada penularan wabak ini.

Jeff Bezos secara peribadi telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $5 bilion akibat daripada penularan wabak ini.

Selain itu juga, Jeff Bezos turut memberi amaran kepada pengeluar barangan topeng muka dan supaya tidak mengambil kesempatan dengan manaikkan harga barangan mereka ketika seluruh dunia menghadapi masalah ini. Beliau yang memberi amaran itu kerana produk tersebut kelihatan semakin berkurangan di pasaran akibat permintaan yang terlalu tinggi.

Begitulah naik dan turunnya pasaran dunia. Setiap musibah yang berlaku, pasti akan ada syarikat yang mendapat keuntungan.

Sumber Rujukan: https://www.foxbusiness.com/money/netflix-disney-boost-coronavirus

Iklan

5 Kelebihan Kad Kredit (Bagi Mereka Yang Berdisiplin)

Kebaikan Kad Kredit

Menurut statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 70 orang diisytiharkan muflis di negara kita pada setiap hari; dan jumlah ini semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Tentunya ini adalah satu fenomena yang membimbangkan, dan daripada jumlah tersebut dianggarkan 5% ke 8% seseorang itu jatuh muflis adalah kerana tidak dapat membayar hutang kad kredit mereka.

Kami tak setuju. Kad kredit bukan penyebab mereka bangkrap.
TIADA DISIPLIN ketika membayar adalah punca sebenar.

(Nak tahu 3 punca utama rakyat Malaysia bankrap, klik sini)

Namun bagi mereka yang berdisiplin tinggi dan boleh mengawal perbelanjaan, disertai dengan penggunaan yang berhemah; kad kredit tentunya dapat memberikan beberapa kelebihan seperti berikut:

#1. Dapat menjejak dan menyelia perbelanjaan

Setiap transaksi direkodkan secara automatik dan kita akan mendapat penyata lengkap mengenai tabiat perbelanjaan kita. Sebagai contoh, kita tahu berapa yang telah dibelanjakan setiap bulan untuk mengisi minyak, membeli keperluan dapur, membeli-belah dan lain-lain.

Jika menggunakan wang tunai perlu menulis secara manual satu-satu.

Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang halatuju perbelanjaan, kita boleh mengelakkan daripada terlebih belanja dan ianya dapat menggalakkan tabiat perbelanjaan yang baik.

#2. Kemudahan dan keselesaan

Kad kredit membolehkan kita berurusan dengan lebih mudah; baik dalam menempah tiket kapalterbang, hotel, sewa kereta dan sebagainya. Dalam kes-kes kecemasan juga, ia sangat berguna sebagai pendahuluan apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dijangka.

Perbelanjaan yang dicaj pada kad kredit biasanya tidak dikenakan sebarang faedah selama 20 hari, jadi kita dapat melengahkan pembayaran dan menggunakan wang tersebut ke instrumen pelaburan lain buat sementara waktu yang boleh mendapat pulangan (walaupun sedikit, apabila dijumlahkan dalam setahun pasti akan mengumpul nilai).

Iklan

#3. Perlindungan pengguna

Perbelanjaan dengan kad kredit adalah dilindungi, dan sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan kita secara terus. Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian (dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut.

Kebanyakan bank juga menyediakan insurans perjalanan secara percuma dengan penggunaan kad kredit mereka.

#4. Ganjaran

Setiap ringgit yang dibelanjakan dengan kad kredit akan melayakkan kita mengumpul mata ganjaran. Untuk tempoh yang lama, mata ganjaran ini akan terkumpul dengan banyak dan boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak bank; biasanya baucer membeli belah/petrol, barangan elektrik ataupun ganjaran perjalanan (miles) daripada syarikat penerbangan.

Saya pula suka tebus ganjaran Maybank TreatsPoints yang berkepuk-kepuk tu di Baskin Robbins. Satu sen tak perlu keluar duit.

#5. Mata Kredit (Credit Rating)

Setiap individu akan mempunyai mata kredit (credit rating) mereka yang tersendiri.

Jika kita mempunyai rekod pembayaran yang baik, kita akan memperolehi mata kredit yang tinggi dan akan memudahkan urusan permohonan pinjaman untuk masa akan datang. Ini adalah penting jika kita mahu mendapatkan pinjaman perumahan buat pertama kali. Mungkin juga dengan mata kredit yang baik akan membolehkan kita mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Kad Kredit Umpama Pisau, Ia Boleh Membantu Tetapi Boleh Juga Membunuh

5 kelebihan di atas adalah sebab-sebab yang baik untuk menggunakan kad kredit, tetapi perlulah digunakan dengan disiplin diri yang tinggi! Ingat, kami siap boldkan –> Bil kad kredit perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, secara bayaran penuh, pada setiap bulan.

Pilihlah kad kredit dari bank yang mengecualikan caj tahunan dan produk yang patuh syariah.

Elakkan membeli secara impulsif dan melebihi daripada apa yang kita perlukan. Nampak sukar untuk dilakukan, tetapi akan menjadi mudah dengan keazaman yang tinggi.

Apa hukum menggunakan kad kredit? Boleh rujuk kepada mereka yang lebih pakar di sini.

Ditulis Oleh: Kamil Adlee

Iklan

5 Bantuan Untuk Ibu Tunggal Bagi Mengukuhkan Kewangan Mereka

Ibu tunggal mempunyai cabaran utama di dunia ini iaitu mencari duit untuk membesarkan anak-anak. Ramai ibu tunggal mengalami masalah yang sama iaitu hilang tempat bergantung di mana tiada lagi suami yang memberi nafkah untuk diri sendiri dan anak-anak.

Justeru, terdapat banyak bantuan yang diberikan khas kepada ibu tunggal malah peluang perniagaan juga telah diperkenalkan. Menyedari hal itu, pastinya terdapat banyak bantuan untuk ibu tunggal bagi mengukuhkan kewangan dan mencukupkan kewangan harian mereka dalam menampung anak-anak.

1. Inisiatif Ibu Tunggal

Tahukah anda, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi wanita dan ibu tunggal menyediakan inisiatif kemahiran dalam bidang teknikal untuk mereka. Ini adalah peluang keemasan bagi para ibu tunggal mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik lagi.

Bagi anda yang berniaga, jom ketahui inisiatif untuk ibu tunggal yang diberikan.

2. Latihan Dan Bengkel Perniagaan

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Bantuan-Untuk-Ibu-Tunggal-Bagi-Mengukuhkan-Kewangan-Mereka2-700x394.jpg

Latihan dan bengkel perniagaan untuk ibu tunggal memulakan perniagaan juga telah lama diwujudkan. Sokongan yang padu dan pertolongan yang rapi dari Persatuan Witus akan memberi impak yang positif kepada para ibu tunggal.

Perniagaan berdasarkan minat seperti memasak, buat kek dan lain-lain lagi boleh dilakukan. Jom lihat maklumat yang berkaitan Ibu Tunggal Witus di sini.

3. Skim Bantuan Ibu Tunggal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah menyediakan Skim Bantuan Kanak-kanak kepada ibu tunggal untuk membantu meringankan beban mereka dalam menampung kos sara hidup anak-anak. 

Iklan

Skim Bantuan Kanak-kanak ini termasuk RM 100 sebulan sekiranya mempunyai seorang anak manakala RM 450 sebulan jika keluarga melebihi 4 orang kanak-kanak. Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan negeri.

4. Zakat Ibu Tunggal

Sekiranya anda adalah ibu tunggal yang termasuk dalam mana-mana kategori golongan asnaf, maka anda layak menerima zakat. Pastinya ia dapat membantu meringankan beban si ibu tunggal dalam menempuh hidup bersama anak-anak.

Segera memohon bantuan zakat sekiranya anda ibu tunggal yang merupakan kategori asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

5. Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Bantuan-Untuk-Ibu-Tunggal-Bagi-Mengukuhkan-Kewangan-Mereka3.jpg

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bukan sahaja khas untuk ibu tunggal, tetapi juga terbuka kepada semua kaum ibu asalkan menetap di Selangor. Kaum ibu akan menerima sebanyak RM 2,400 untuk setahun atau RM 200 untuk sebulan.

Ia lebih kurang seperti BRIM tetapi lebih baik dan berbaloi untuk setiap ibu. Jom lihat lebih lanjut berkaitan KISS di sini.

Itulah dia 5 bantuan untuk ibu tunggal bagi mengukuhkan kewangan dan meringankan bebanan mereka dalam menyara anak-anak. Semoga bantuan yang diberikan bermanfaat bagi mereka.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!