Fiat Dan Peugeot Bakal Bergabung Membentuk Stellantis

Industri automotif merupakan industri yang mencabar dan hanya beberapa buah syarikat sahaja yang mampu bertahan. Banyak syarikat yang terlibat di dalam industri automotif telah lesap sepanjang satu abad yang lalu samada mereka bergabung dengan syarikat lain atau syarikat tersebut diisytiharkan bankrap.

Faktor utama industri ini sukar untuk bertahan adalah kerana industri ini memerlukan modal yang besar di dalam penyelidikan untuk menghasilkan kenderaan tetapi sukar untuk memasarkan produk mereka kepada orang ramai.

Ini disebabkan persaingan yang sangat sengit di dalam industri dan kebanyakan orang yang membeli kenderaan mengambil tempoh yang lama untuk membelinya semula. Bermula pada abad ke-21, banyak syarikat automotif mula bergabung atau membeli pesaing mereka bagi mengusai pasaran.

Di antara syarikat yang paling berjaya di dalam penggabungan ini adalah perikatan yang terdiri daripada Renault–Nissan–Mitsubishi Alliance.

Mereka telah berjaya menjadi di antara top three pengeluar kenderaan dunia yang mana dahulunya Syarikat Nissan hampir diisytiharkan muflis. Semuanya berakhir setelah CEO Carlos Ghosn dituduh di atas kesalahan pecah amanah.

Kini dua lagi syarikat kenderaan dari Eropah telah bersetuju untuk melakukan penggabungan. Syarikat tersebut adalah Fiat Chrysler yang akan bergabung dengan Peugeot dan akan menggunakan nama baru iaitu Stellantis.

Stellantis merupakan perkataan Latin yang bermaksud terang bersama bintang. Nama baru ini bakal digunakan pada akhir tahun ini.

Penggabungan di antara dua syarikat automotif Eropah ini telah dirancang pada akhir tahun lepas dan akhirnya diluluskan pada pertengahan tahun ini ketika keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu.

Fiat merupakan sebuah syarikat kenderaan dari Itali dengan pemegang saham terbesarnya adalah milik keluarga Agnelli. Keluarga ini merupakan salah seorang pengasas utama Fiat.

Pada tahun 2014, Fiat telah bergabung dengan syarikat automotif terkenal di Amerika Syarikat iaitu Chrysler yang telah diisytiharkan muflis akibat krisis kewangan tahun 2008. Mereka telah menggunakan nama baru iatu Fiat Chrysler selepas penggabungan tersebut.

Peugeot pula merupakan sebuah syarikat dari Perancis yang merupakan syarikat terawal menghasilkan kenderaan di Eropah. Peugeot merupakan salah sebuah syarikat yang berada di bawah PSA Group.

Di bawah PSA Group ini mempunyai pelbagai jenama lain seperti Citroën, Opel dan Vauxhall. Gabungan ini menjadikan syarikat PSA Group sebagai sebuah syarikat kenderaan yang kompetitif di Perancis.

Dengan penggabungan Fiat dan Peugeot, ia telah menjadikannya syarikat automotif keempat terbesar di dunia dengan pengeluaran kenderaan bernilai sebanyak $46 bilion. Penggabungan ini juga bakal memberi saingan sengit kepada gergasi automotif dunia yang lain iaitu iaitu Volkswagen, Toyota dan General Motors.

Risiko Penggabungan Fiat Chrysler

Penggabungan ini dilihat bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu akibat dari Covid-19 yang mengakibatkan industri automotif terjejas teruk.

Dalam rundingan kedua-dua syarikat, Fiat Chrysler dilihat lebih tertekan kerana baru sahaja melaporkan kerugian pada tempoh kewangan suku kedua. Situasi ini memerlukan mereka untuk meningkatkan prestasi atau menghadapi risiko dalam terma-terma rundingan semula dengan Peugeot atau PSA Group.

Seperti juga pengeluar kereta yang lain, pendapatan Fiat Chrysler menjunam pada suku kedua disebabkan arahan perintah berkurung di pasaran utamanya yang memaksa operasi pengeluaran terpaksa dihentikan dan juga mengurangkan permintaan daripada pengguna.

Ditambah dengan kenderaan elektrik bakal menjadi kenderaan yang diminati pada masa hadapan, penggabungan di antara syarikat automotif sangatlah relevan pada hari ini begitu juga dengan Fiat dan Peugeot.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) – — Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem itu merupakan langkah besar ke arah pendigitalan menyeluruh yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memperkukuh ketelusan dan integriti sistem percukaian negara.

“Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. Ia bukan sekadar memodenkan proses percukaian, tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan serta ketelusan pentadbiran hasil negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.

Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.

Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.

Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.

“Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab,” katanya.
— BERNAMA