Honda Bakal Bergabung Dengan Nissan Dan Membentuk Pakatan Baru?

Pada artikel yang lepas, kita telah melihat bagaimana syarikat automotif dari Eropah telah bergabung membentuk pakatan baru bagi menghadapi cabaran di dalam industri automotif yang dilihat semakin mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Klik di sini untuk kisah penggabungan Fiat dan PSA.

Seperti yang sedia maklum, penggabungan di antara syarikat automotif kini semakin relevan kerana syarikat gergasi automotif dilihat saling bekerjasama di antara satu sama lain, terutamanya dalam penghasilan kenderaan elektrik.

Ini terbukti dengan kerjasama syarikat gergasi automotif dari Amerika Syarikat dan Jerman iaitu Ford dan Volkswagen dalam penghasilan kenderaan elektrik.

Kini dua lagi syarikat gergasi dari Jepun dilihat bakal bergabung bagi membentuk pakatan baru. Syarikat tersebut adalah Honda dan Nissan yang mana jika penggabungan di antara kedua syarikat ini berjaya, ia sedikit sebanyak akan menyelamatkan industri automotif dan juga ekonomi Jepun.

Cadangan penggabungan itu telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Jepun sendiri, Shinzō Abe yang melihat industri automotif Jepun yang semakin teruk akibat krisis pandemik yang melanda di dunia ini.

Nissan yang sebelum ini menghadapi tempoh yang sukar sebelum krisis pandemik berlaku yang mana nilai saham syarikat berada dalam keadaan tidak stabil. Ianya berikutan skandal yang melibatkan CEO, Carlos Ghosn mereka yang pernah menyelamatkan syarikat Nissan dari muflis dua dekad yang lalu.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Carlos Ghosn menyelamatkan Nissan.

Penggabungan ini kelihatan sepert langkah yang terbaik bagi industri automotif Jepun. Kerajaan Jepun melihat Honda adalah syarikat yang paling sesuai untuk bergabung dengan Nissan memandangkan syarikat tersebut masih mempunyai kedudukan kewangan stabil. Honda berjaya menjual kenderaan mereka secara konsisten setiap tahun.

Selain itu juga, Honda merupakan salah sebuah syarikat yang automotif yang bergerak secara independent yang tidak bergantung kepada mana-mana syarikat automotif Jepun yang lain untuk beroperasi.

Sebagai contoh, hampir semua syarikat automotif di Jepun mempunyai kerjasama di antara satu sama lain seperti syarikat Mazda, Subaru, Daihatsu, Suzuki yang bekerjasama dengan Toyota di dalam penghasilan kenderaan.

Ketika ini, Kerajaan Jepun masih berusaha bagi menjayakan agenda penggabungan syarikat ini memandangkan kedua-dua syarikat ini belum bersedia untuk bergabung buat waktu ini. Alasan yang kukuh diberi oleh Honda adalah kedua syarikat ini mempunyai model perniagaan yang berbeza walaupun di dalam industri yang sama.

Honda mempunyai pelbagai cabang perniagaan dan tidak hanya memfokuskan kepada menghasilkan kenderaan sahaja. Sebagai contoh, Honda mempunyai cabang perniagaan d idalam industri kapal terbang, motosikal dan marin, yang berbeza dengan Nissan yang hanya fokus kepada penghasilan kenderaan empat roda sahaja.

Selain itu juga, pihak Honda turut menyatakan keadaan kewangan Nissan yang kompleks menyukarkan lagi  urusan penggabungan di antara mereka.

Nissan yang masih lagi berada di dalam kumpulan ‘Renault–Nissan–Mitsubishi Alliance’ dan mempunyai kerjasama yang rapat dengan Renault. Sebarang penggabungan kedua-dua syarikat Jepun ini dilihat sukar kerana Renault dan Nissan masih lagi berada di dalam satu bumbung dan kedudukan kewangan Nissan yang tidak stabil.

Kerajaan Jepun berharap kedua-dua Honda dan Nissan dapat bergabung memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan pasaran kenderaan elektrik yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia.

Sekiranya penggabungan kedua syarikat gergasi kenderaan Jepun ini menjadi realiti, ia akan lebih mudah untuk menghasilkan kenderaan elekrtik bersama.

Jika mereka berjaya bergabung, kita akan melihat pasaran kenderaan di Malaysia akan menjadi lebih kompetetif dan bakal bersaing sengit dengan kenderaan keluaran Toyota.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Suri Rumah Pun Boleh Jana Pendapatan. Ini 6 Cara Yang Masih Relevan Pada Tahun 2026

Kos sara hidup semakin meningkat, tetapi peluang menjana pendapatan juga semakin banyak.

Hari ini, seorang suri rumah tidak lagi bergantung kepada membuka kedai fizikal semata-mata. Dengan telefon pintar dan internet, ramai berjaya menjana pendapatan sampingan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Yang penting bukan mencari jalan cepat kaya, tetapi membina pendapatan tambahan yang konsisten mengikut masa dan kemahiran sendiri. Trend ini juga semakin berkembang apabila lebih banyak perniagaan mencari individu untuk membantu pemasaran digital, penghasilan kandungan dan jualan secara dalam talian.

1. Jadi Affiliate Marketer

Tak perlu keluarkan modal.

Tak perlu simpan stok.

Tak perlu urus penghantaran.

Anda hanya berkongsi pautan produk atau servis. Jika ada pembelian melalui pautan tersebut, anda menerima komisen.

Program affiliate kini ditawarkan oleh pelbagai platform e-dagang dan syarikat tempatan.

Sesuai untuk:

  • Aktif di Thread
  • Aktif di Facebook
  • Aktif di TikTok
  • Aktif di Instagram
  • Ada WhatsApp Circle

2. Menjadi Penulis Dari Rumah

Semakin kerap melihat para ibu berkongsi segala jenis menu masakan mereka di laman sosial. Tidak ketinggalan, mereka juga turut berkogsi tentang tips masakan juga tips kehidupan yang menjadi inspirasi kepada pembaca.

Ternyata para ibu mempunyai bakat menulis yang tidak dicungkil. Apa kata, anda gunakan bakat ini untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk pendapatan. Boleh sahaja anda menawarkan khidmat menulis kepada mereka yang memerlukan penulis untuk blog mereka. Tidak salah untuk mencuba.

3. Ambil Upah Belian Barangan Dapur

Kebiasaannya, menjadi suri rumah ini pastinya para ibu akan keluar ke kedai untuk membeli barangan basah pada setiap hari. Alang-alang anda keluar ke kedai mahupun pasar membeli barang, tidak salah jika anda turut mengambil upah kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk ke pasar.

Anda boleh kenakan upah 10% daripada jumlah belian barang atau upah yang berpatutan. Bukan berkira, tetapi untuk masa sekarang ini segalanya buka percuma. Minyak kereta lagi, masa lagi, segalanya perlu diambil kira.

4. Ambil Upah Membasuh/Melipat Baju

Tak semua orang ada masa untuk menguruskan timbunan pakaian, terutama keluarga yang kedua-dua suami isteri bekerja.

Jika anda teliti dan suka mengemas, anda boleh menawarkan servis seperti:

  • Lipat pakaian yang telah dibasuh
  • Susun pakaian mengikut kategori atau ahli keluarga
  • Menggosok pakaian
  • Mengemas almari pakaian

Ada yang mengenakan caj mengikut:

  • Bilangan bakul pakaian
  • Berat (kg)
  • Bilangan helai pakaian

Servis ini boleh dipromosikan melalui kumpulan Facebook, WhatsApp kawasan perumahan atau aplikasi kejiranan. Dengan pelanggan tetap setiap minggu, ia berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan yang konsisten.

5. Berkebun, Tanam dan Jual

Kebanyakan suri rumah memang suka berkebun. Pantang sahaja melihat tanah yang terbiar walaupun hanya sepetak. Penuh halaman rumah dengan bermacam jenis bunga.

Jika mempunyai sedikit ruang di halaman rumah atau balkoni, berkebun juga boleh menjadi sumber pendapatan sampingan.

Antara tanaman yang mendapat permintaan ialah:

  • Cili
  • Daun pandan
  • Serai
  • Limau kasturi
  • Daun kari
  • Pudina
  • Sayur-sayuran seperti sawi dan kangkung

Selain menjual hasil tuaian, anda juga boleh menjual anak pokok, benih atau set tanaman kepada mereka yang baru ingin berkebun. Trend berkebun di rumah masih mendapat sambutan kerana ramai pengguna lebih gemar mendapatkan sayur dan herba yang segar serta ditanam secara tempatan.

Dengan modal yang tidak terlalu besar dan penjagaan yang konsisten, aktiviti berkebun bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan untuk keluarga.

6. Jangan Lupa Melabur Sebahagian Pendapatan

Walaupun pendapatan masih kecil, biasakan mengasingkan sebahagian daripadanya untuk simpanan dan pelaburan.

Amalkan konsep:

Pendapatan → Simpan → Melabur → Baru Berbelanja

Sedikit tetapi konsisten lebih baik daripada menunggu jumlah yang besar.

Jadi, banyak lagi peluang yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan. Yang penting adalah usaha dan kesungguhan anda untuk menggunakan masa dan tenaga bagi meningkatkan pendapatan.


Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee