Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia

Jika dilihat kepada senarai terkini orang terkaya dunia, ramai juga yang lahir daripada industri berkaitan teknologi dan IT.

Siapa yang tak kenal Jeff Bezos dengan Amazon, Bill Gates dan Steve Ballmer dengan Microsoft, Larry Ellison dengan Oracle, Mark Zuckerberg dengan Facebook, Larry Page dan Sergey Brin dengan Google, Ma Huateng dengan Tencent (WeChat). Daripada e-commerce ke perisian, ke media sosial, ke carian Internet dan sebagainya, orang IT yang hebat-hebat pastinya dapat mengaut keuntungan yang besar.

Ini baru senarai Top 20 terkaya dunia pun dah ramai, kalau diikutkan ramai lagi. Bagaimana pula dengan Apple, Samsung, Intel, IBM, Cisco, SAP dan banyak lagi? Begitu juga dengan nama-nama besar lain seperti Uber, Grab, Gojek, Alibaba dan banyak lagi.

Nak senaraikan pun terlalu banyak, jadi apakah persamaan di antara syarikat-syarikat gergasi dunia?

Guna Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) dan Big Data (Data Raya)

Kecerdasan Buatan (AI) mengikut Wikipedia bermaksud:

“Kecerdasan buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, lebih dikenali sebagai AI) atau merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia.”

Data Raya (Big Data) menerusi MAMPU pula bermaksud:

“Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan pentabyte data.”

Ya, sudah tiba masanya untuk kita gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Dengan teknologi AI dan Big Data yang semakin meluas, kita dah boleh tahu macam-macam maklumat. Syarikat dah boleh tahu minat pelanggan, corak pembelian pelanggan dan sebagainya. Maka iklan yang sesuai boleh ditunjukkan kepada pelanggan untuk mempengaruhi.

Pembelajaran Mesin (Machine Learning)

Untuk itu berlaku, kita akan programkan komputer atau mesin untuk membolehkan mereka belajar sama seperti manusia. Dapat menyelesaikan sama seperti manusia. Malah bukan sama saja seperti manusia, tetapi lebih lagi.

Lebih banyak input yang diperolehi, lebih baik output yang dihasilkan.

Di Malaysia Kita Ada JOS (dulu dikenali sebagai Jardine OneSolution)

JOS Malaysia merupakan penyepadu sistem (system integrator), penyedia penyelesaian (solutions provider) dan perundingan teknologi (consultancy technology) dengan lebih daripada 60 tahun pengalaman di Asia dan 20 tahun pengalaman di Malaysia. Mereka telah bekerjasama dengan lebih 10,000 pelanggan daripada pelbagai industri seperti Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Hospitaliti, Pembuatan, Sektor Awam, Peruncitan, Pusat Membeli-Belah dan Perusahaan Kecil Sederhana.

Dengan pejabat di China, Hong Kong, Macau, Malaysia dan Singapura, JOS berazam untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan kerajaan di rantau Asia. Kalau nak tahu, JOS merupakan sebahagian daripada Kumpulan JTH (Jardine Matheson Group) yang merupakan syarikat Fortune 500, iaitu 500 syarikat terbesar dunia.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kaitan-Teknologi-Dengan-Orang-Terkaya-Dunia2-700x525.jpeg

Baru-baru ini pihak Majalah Labur berpeluang untuk menemuramah Encik Steven Soo, Pengarah Urusan JOS Malaysia bagi mendapatkan perkembangan AI dan Big Data di Malaysia. Beliau turut berkongsi bagaimana industri kewangan dan pelaburan sepatutnya sudah menggunakan teknologi bagi mengembangkan lagi industri kewangan, daripada tradisional kepada masa depan.

Sepatutnya sudah ada aplikasi yang boleh mengumpul data seperti umur, pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya; dan seterusnya mencadangkan pelaburan yang sesuai, pecahan perbelanjaan yang dicadangkan, tips-tips yang bersesuaian dan banyak lagi.

Menurut beliau, Malaysia ketinggalan 10 tahun ke belakang berbanding negara-negara maju yang lain dalam menggunakan teknologi untuk kemudahan semua pihak. Ini kerana tahap kesedaran kita masih lemah dan mungkin kita tidak nampak kepentingannya buat masa sekarang.

Steven berkata cabaran yang dihadapi Malaysia adalah seperti berikut:

  • Tiada objektif jelas dan ilmu untuk mengendali data, ditambah dengan kekurangan bakat adalah punca sesetengah syarikat tidak dapat berinovasi
  • Seringkali terjadi konflik di antara data yang disimpan rapi berbanding data yang diurus rapi. Data dianggap penting dalam membuat keputusan yang lebih baik, menyelesaikan masalah, menilai prestasi, memperbaiki proses dan memahami pelanggan, namun data disimpan dengan sendirinya tanpa titik sentuh berpusat.

Menurut Steven, “Syarikat perlu mempunyai objektif jangka pendek dan jangka panjang bagi mencapai hasil yang ketara. Kuncinya adalah untuk menempuh cabaran semasa, merancang untuk keperluan akan datang dan menuju ke objektif yang telah ditetapkan.”

Kalau nak tahu, JOS Malaysia bertuah kerana berjaya menggunakan ilmu pengetahuan di peringkat tempatan dan global bagi menyokong pelanggan dalam mengintegrasi sistem mereka, dengan menawarkan penyelesaian terkini bagi mengatasi cabaran perniagaan hari ini.

Silalah berhubung dengan pasukan Steven dengan menghantar emel ke [email protected], sekiranya syarikat anda sedang mencari jalan untuk mengintegrasi serta menggunapakai Automasi, Big Data, IoT, AI, Pengkomputeran Awam dan Sekuriti Perusahaan bagi memacu tren terkini di dalam Tempat Kerja Mudah Alih dan Aplikasi Mudah Alih.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.