Kertas Putih FELDA: Di Antara Hutang Meningkat 1100% dan Bantuan RM6 Bilion

Heboh suasana di Parlimen semalam apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan jumlah hutang FELDA meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada 2007 kepada RM14.4 bilion pada 2017. Turut didedahkan bagaimana keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh sama.

Padahal dalam tempoh 2007 sehingga 2011, FEDLA mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta sehingga RM1.1 bilion setahun. “Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan Felda mulai merosot. Felda melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017,” katanya.

Audit forensik juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman apabila telah membeli enam syarikat di atas harga pasaran sebanyak RM2.48 bilion. Enam syarikat tersebut adalah Pontian United Plantations Bhd (RM1.21 bilion pada tahun 2013), Asia Plantations Ltd (RM628 million atau 290% atas harga pasaran pada tahun 2014) dan empat syarikat serta sebuah lot perladangan di Sabah daripada Golden Land Bhd (RM655 juta).

Sumber Rujukan:

FELDA Dapat Bantuan RM6.23 Bilion

KERAJAAN bersetuju memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan kepada FELDA.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA berkata, suntikan kewangan untuk penstrukturan dan pengukuhan operasi itu termasuk pelaksanaan inisitaif FELDA yang bertekad melahirkan peneroka baru mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian serta ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti perladangan bijak dan pertanian tepat.

“Bagi melaksanakan gagasan baru ini, kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh 4 tahun,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga meluluskan RM250 juta bagi tahun ini untuk menyelesaikan perumahan generasi kedua FELDA iaitu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai.

Katanya, kerajaan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70 peratus dan ke atas.

Berkaitan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka, beliau berkata, dianggarkan bantuan sebanyak RM2 bilion diluluskan bagi menghapuskan kadar faedah perkara terbabit.

“Demi meringankan bebanan hutang peneroka, skim pengurusan aset canggih (SPAC) akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang lebih fleksibel menggantikan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.

“Kerajaan sudah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tujuan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil,” katanya.

Menurutnya cadangan skim baharu itu sedang diteliti secara mendalam termasuk libat urus dengan peneroka-peneroka.

Sumber: Harian Metro

Harga Saham FGV Pun Turun Banyak

Sumber: Trading View

Penyenaraian FGV pada tahun 2012 telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.

Namun apakan daya, harga saham yang dulunya berada pada paras RM5 lebih, kini hanya RM1 lebih sahaja.

Harga Saham 1 Jun 2012: RM5.32

Harga Saham 10 April 2019: RM1.30

Penurunan: -RM4.02 atau -75.56%

Adakah harga saham akan menaik atau menurun selepas ini?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA