Negara G7 Sebulat Suara Menolak Wang Digital Libra Oleh Facebook

Cryptocurrency atau mata wang digital bakal popular pada masa hadapan. Setuju atau tidak, wang digital ini bakal mendominasi pasaran dunia dalam beberapa dekad yang akan datang.

Antara wang digital yang paling popular di dunia ini yang menjadi aset pelaburan bagi pelabur generasi baru adalah Bitcoin. Wang digital ini telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008.

Bitcoin kini telah mengusai pasaran wang digital di dalam dunia ini pada waktu ini. Walaupun tidak mendapat kelulusan secara rasmi, wang digital ini dibenarkan beroperasi di beberapa buah negara maju.

Kini, satu lagi wang digital bakal mencorak dunia wang digital yang bakal diperkenalkan oleh Facebook iaitu Libra.

Pada artikel yang lepas, kita telah mengetahui apa itu Libra dan bagaimana ia berfungsi. Facebook yang mengemukan perancangan mereka untuk memperkenalkan Libra pada tahun ini kepada semua pengguna media sosial mereka di seluruh dunia.

Kredit Gambar: Tokenpost

Rancangan untuk melancarkan wang digital Libra oleh Facebook itu telah mendapat tentangan oleh negara G7 iaitu negara yang mempunyai  ekonomi yang terbesar dunia. Negara G7 ini terdiri daripada negara Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat.

Negara G7 telah sebulat suara menolak rancangan Facebook untuk memperkenalkan Libra kepada pengguna media sosialnya di negara masing-masing. Bagi Negara G7, penglibatan Facebook di dalam dunia kewangan digital ini akan menggugat sistem kewangan sedia ada.

Facebook kini mempunyai pengguna seramai 2.5 bilion dan jika Libra diperkenalkan kepada pengguna mereka, ia akan sedikit sebanyak akan menjejaskan kedudukan ekonomi dan kewangan negara masing-masing. Selain itu juga, kegiatan jenayah terutamanya money laundering dan kegiatan pengganas turut menjadi perhatian bagi negara G7.

Dengan undang-undang berkaitan mata wang digital yang belum kukuh, ia akan membuka ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengunakan teknologi ini untuk kegiatan jenayah mereka.

Teknologi ini terlalu baru dan Facebook tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan transkasi wang digital di dalam jumlah yang besar seperti bank-bank yang terkenal di dunia. Facebook yang sebelum ini terkenal hanyalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan media sosial.

Image by Thomas Ulrich from Pixabay

Ini menimbulkan keraguan terhadap syarikat tersebut didalam menguruskan transaksi kewangan kerana sebelum ini, Facebook telah dilanda dengan kontroversi yang mana melibatkan skandal pembocoran maklumat pengguna mereka yang banyak kali berlaku pada dekad lepas.

Dengan ketiadaan undang-undang yang khusus terhadap Libra ini, ia menjadi sukar pihak berkuasa untuk memantau aktiviti yang dilakuknn oleh pengguna tersebut dan juga maklumat mereka dikhuatiri akan terdedah kepada pihak yang ketiga.

Negara G7 menafikan bahawa mereka ini anti kepada teknologi tetapi langkah dan undang-undang untuk teknologi ini mesti selari dengan keadaan semasa bagi mengelakan perkara buruk berlaku pada masa depan.

Walaupun begitu, pihak Facebook tetap dengan komitmen mereka dan dilihat semakin serius dalam memperkenalkan Libra kepada pengguna mereka pada masa akan datang. Mereka telah menyerap masuk bekas pegawai tertinggi HSBC untuk menguruskan teknologi yang berkaitan dengan wang digital.

Dengan penolakan yang dilakukan terhadap pengenalan wang Libra ini, ia dilihat sukar untuk Facebook mengembangkan empayar mereka dalam tempoh terdekat ini di dalam dunia kewangan digital.

Sumber Rujukan: https://fortune.com/2020/10/12/facebook-libra-currency-g7-bankers-crypto/

Previous ArticleNext Article

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.