Hutang Dengan Kadar Faedah Tinggi Atau Rendah, Yang Mana Perlu Settle Dahulu?

Dalam menempuh kehidupan menyelesaikan hutang dan meringankan komitmen kewangan kita, ada beberapa tips yang boleh kita amalkan. Salah satu daripadanya, adalah dengan membayar hutang secara konsisten tanpa tertunggak.

Hutang adalah cabaran yang besar dalam pengurusan kewangan kerana ianya perlu dilunaskan atau kita berdepan dengan tindakan disenarai hitam atau blacklist.

Jangan Lari, Tapi Urus

Kita tidak boleh lari daripada hutang tetapi kita semestinya mampu menguruskannya. Hutang-hutang yang mungkin hadir dalam hidup kita ada yang terdiri daripada hutang baru, hutang lapuk dan hutang bagus.

Bagi menyelesaikan hutang secara bijak dan berkesan, hutang manakah yang perlu diselesaikan dahulu? Adakah hutang baru, hutang lapuk ataupun hutang yang bagus?

Hutang baru adalah komitmen terbaru yang anda ambil, manakala hutang lapuk adalah hutang lama yang mungkin menyebabkan pembiayaan anda tertunggak dan sebagainya. Hutang yang bagus pula adalah hutang yang menyebabkan kekayaan anda bertambah seperti rumah.

Kenal Pasti Hutang Berdasarkan Kadar Interest / Bunga

Cara terbaik untuk anda menyelesaikan hutang dengan mudah adalah kenal pasti terlebih dahulu setiap hutang dengan kadar faedah bagi hutang tersebut. Buat satu senarai hutang-hutang anda bersama jumlah peratusan interest atau bunga yang terlibat. 

Sebagai contoh, kadar faedah bagi pinjaman kad kredit adalah 18%, pinjaman peribadi adalah 9%, pinjaman perumahan adalah 4% dan pinjaman kereta adalah 3%.  Kita akan dapat lihat kadar faedah komitmen mana yang paling tinggi dan rendah.

Settlekan Hutang Dengan Kadar Faedah Yang Tinggi Dahulu

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-pixabay-164571-700x466.jpg

Menyelesaikan hutang bukanlah mudah jika kita tidak tahu cara yang betul. Sebenarnya, penting untuk anda selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar interest yang rendah.

Hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi akan membuak-buak dan bertambah sekiranya semakin lama kita biarkan.

Hutang lain, bayar seperti biasa mengikut bayaran bulanan. Jika ada duit lebih, bayar untuk hutang yang kadar interestnya lebih tinggi dahulu. 

Jika anda mempunyai hutang kereta, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit dan pinjaman perumahan, bayar lebih untuk hutang kad kredit terlebih dahulu. Tapi jangan pula sampai tak bayar hutang yang lain, takut nanti kena penalti pula sekiranya terlambat bayar.

Akhir kata, mungkin sukar kita nak lari daripada hutang tetapi kita boleh uruskannya secara bijak.

Jemput baca lagi:

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA