Kadar Pinjaman Rendah Sepanjang 2020, Apa Dah Jadi?

Hampir semua industri utama di Malaysia khususnya automotif, hartanah dan pelancongan menerima impak yang besar ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lalu.

Di sana dan di sini kita mendengar ramai keluarga dan sahabat handai kita ‘direhatkan’ tanpa gaji, di berhentikan serta merta dan ada juga yang dibiarkan tergantung tidak bertali oleh majikan mereka.

Hampir seluruh rakyat Malaysia merasai derita akibat pandemik COVID-19 ini. Berita baiknya adalah kes COVID-19 di Malaysia adalah antara yang paling terkawal di dunia.

Baca : 6 Perkara Dalam Dunia Pekerjaan Yang Telah Berubah Disebabkan Covid-19

Dan berita buruknya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh 17.1% pada suku kedua 2020 menjangkaui Krisis Kewangan Asia 1997.

Yang paling menyesakkan dada adalah hampir 1 juta rakyat Malaysia menganggur dan melibatkan 500,000 golongan belia dan 350,000 graduan muda setakat September 2020.

Angka ini meningkat begitu cepat berbanding bulan Mei 2020 yang mencatatkan 826,100 orang rakyat Malaysia menganggur ekoran pandemik COVID-19.

Golongan yang bernasib baik dan masih mempunyai pekerjaan pula terpaksa hidup dengan gaji yang dipotong sehingga 50%.

Berdasarkan pemerhatian kasar penulis, orang ramai sedang menyusun semula kewangan mereka kerana tidak tahu berapa lama pandemik ini bakal berakhir dan merosakkan ekonomi tempatan.

Ada yang galak menyimpan duit, ada yang galak melabur duit. Masing – masing memilih jalan yang berbeza, tetapi objektifnya tetap satu.

Di sudut lain pula, kebanyakan syarikat dan aktiviti perniagaan merangkumi jualan domestik dan eksport bagi enam bulan akan datang dijangka rendah kerana mereka masih meneruskan pemulihan semula perniagaan.

Situasi yang dialami hari ini sememangnya sukar untuk Malaysia yang melihat tahun 2020 sebagai tahun ‘buat duit’ seiring dengan pelancaran ‘Visit Malaysia 2020’.

1 daripada 10 rakyat Malaysia bekerja di bahagian perhotelan, pelancongan, perkhidmatan dan apa sahaja yang berkaitan dengan pelancongan.

1. Sektor Automotif Sakit

Ramai vendor pengeluar kenderaan tempatan dan import merungut akan tindakan institusi perbankan yang mengambil masa lama untuk meluluskan pinjaman berjumlah RM1 juta.

Alasannya adalah gara-gara pihak institusi kewangan masih lagi menggunakan cara pemprosesan konvensional sehingga lambat memberi kelulusan itu menjejaskan operasi vendor.

Baca : Ulasan Mengenai Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi Malaysia

Kesannya, kebanyakan vendor sudah kehabisan rizab kewangan memandangkan gaji dan upah pekerja perlu dilangsaikan.

Buat pengetahuan anda,  industri automotif menjadi antara sektor kritikal dengan menyumbang 4.5 hingga 5.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Lebih daripada 750,000 rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor automotif terkesan secara langsung dengan masalah ini.

April 2020 yang lalu menjadi saksi kesuraman dan kesakitan yang dialami vendor pengeluar kenderaan di Malaysia. Berdasarkan data dari Paultan.org,  hanya 141 kenderaan terjual di seluruh Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mujurlah bulan Mei 2020 memberikan sinar baru kepada semua jenama dan syarikat dengan jualan keseluruhan pada bulan Mei 2020 adalah pada angka 22,960 unit.

2. Sektor Hartanah Paling Rugi

Pandemik COVID-19 telah merugikan sektor hartanah khususnya hartanah komersial merangkumi ruang pejabat, lot komersial dan pusat beli belah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebenarnya, pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai RM300,000 – RM2.5 juta dan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) tidaklah memberi impak yang besar.

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Industri hartanah semenjak sekian lamanya dipenuhi dengan sentimen dan spekulasi. Ditambah dengan krisis ekonomi ini, orang ramai dilihat menangguhkan niat untuk membuat permohonan hartanah.

Pusat beli belah sepi tanpa pengunjung, kedai – kedai kosong tidak dibuka dan ruang pejabat sepi tanpa pekerja kerana semua orang bekerja dari rumah.

Pelabur yang melabur dalam REIT dijangka terpaksa berpuas hati dengan kadar dividen yang rendah berbanding tiada dividen langsung yang diberikan.

Baca : Pasca Covid – Persediaan Yang Perlu Dibuat Demi Kelangsungan Hidup

Selain itu, pemilik hartanah dari pasaran kediaman turut menerima impak langsung apabila mereka terpaksa mengurangkan kadar sewaan kerana ramai penyewa terpaksa pulang ke kampung halaman (pelajar) atau dibuang kerja dan tidak mampu membayar kadar sewa.

Paling parah adalah unit kediaman yang telah sedia berdarah sekian lamanya tanpa sebarang keuntungan. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Faktor positif yang paling memberi kesan kepada pemilik hartanah adalah penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan juga moratorium kepada pemilik hartanah.

Namun begitu, sejauh mana pelabur hartanah mampu terus bertahan selepas tempoh moratorium yang bakal berakhir September ini masih kabur.

Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa pintu sempadan negara harus dibuka untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi tempatan.

Setakat Ogos 2020 yang lalu, lebihan eksport Malaysia telah pun mencapai angka melebihi 55% dan angka ini dijangka terus meningkat.

Baca : 4 Bentuk Pemulihan Ekonomi Yang Bakal Berlaku Apabila Krisis Covid-19 Ini Berakhir

Pakar ekonomi menjangkakan Malaysia mengambil masa sekurang – kurangnya 6 bulan ke 2 tahun untuk benar-benar pulih. Hal ini kerana, ini merupakan pengalaman pertama dunia menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak.

Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana pengakhirannya kelak.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apa Kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Untuk Dapatkan Maklumat Kita? Dan Selamatkah Data Kita?

Musim cukai kembali lagi, ramai yang sudah mula membuat e-filing apabila ianya dibuka pada 1 Mac 2021. Bagi cukai taksiran tahun 2020, pihak LHDN telah memberikan lanjutan 15 hari sehingga 15 Mei 2021 untuk membuat e-filing ini.

Tetapi persoalan yang bermain di minda, apakah kuasa yang pihak LHDN ada untuk mendapatkan maklumat kita?

Jom kita sama-sama ambil tahu mengenainya.

Program Pengumpulan Maklumat

Sumber: Laman Web LHDN

Melalui e-SMUP (Sistem Pengumpulan Maklumat), ianya merupakan program pengesanan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM melalui pengumpulan maklumat tambahan seperti maklumat pelbagai punca pendapatan, maklumat pembelian dan pemilikan aset, maklumat keahlian persatuan / kelab dan sebagainya.

Objektif program ini adalah untuk menyokong aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM, dan menyediakan maklumat bagi tujuan pembesaran asas cukai.

Seksyen 81, Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan kuasa kepada LHDNM untuk meminta maklumat.

Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (versi dalam talian pada 1 Januari 2019) – mukasurat 259

Agensi Kerajaan/Syarikat swasta/individu dan orang perorangan yang yang dikehendaki untuk membekal maklumat melalui surat/notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai pendapatan 1967, perlu untuk mengemukakan maklumat dalam format softcopy kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis/surat. Sekiranya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyediakan maklumat tersebut, permohonan untuk melanjutkan tempoh masa pengemukaan boleh dibuat kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan.

LHDN juga tertakluk kepada kerahsiaan di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan bahawa maklumat terperinci berhubung siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (versi dalam talian pada 1 Januari 2019) – mukasurat 360-363

Selain dariada itu, pihak LHDN juga mempunyai dasar keselematan mereka tersendiri. Ini adalah penting kerana semakin ramai orang yang beralih ke e-filing, maka mereka kena pastikan data peribadi kita semua adalah selamat.

Dasar Keselamatan

Sumber: Laman Web LHDN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Jom Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pembayar Cukai

Dengan tarikh terakhir untuk submit e-filing adalah pada 15 Mei 2021 bagi tahun taksiran cukai 2020, jom kita buat hari ini juga. Boleh layari laman web LHDN di https://ez.hasil.gov.my/CI/.

MyTax, Laman Web Baru LHDN

Terkini, pihak LHDN juga baru melancarkan MyTax dengan pelbagai ciri-ciri menarik bagi memudahkan orang ramai untuk membuat e-filing.

Boleh layari https://mytax.hasil.gov.my/

Baca juga:

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!