Suami Isteri Dilanggar Dan Ditetak Akibat Perebutan Harta Pusaka

Kes-kes perbalahan antara ahli keluarga yang berebut harta pusaka tidaklah lagi asing dalam masyarakat kita. Kebiasaannya, perebutan harta pusaka akan diakhiri dengan keretakan hubungan keluarga.

Namu sejak kebelakangan ini, lain pula ceritanya.

Kredit Gambar: BH Onine

Akhbar Berita Harian melaporkan, pada 21 Mei 2020 di Kampung Chuang Rasa, Selangor, sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas dilanggar dan ditetak oleh seorang ahli keluarga dipercayai kerana berebut harta pusaka.

Dalam kejadian jam 7.56 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 65 dan 56 tahun ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang awam di hadapan Kuil Gudwara Sahib.

Seorang saksi yang melihat kejadian memberitahu, sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam telah merempuh pasangan yang sedang menaiki motorsikal itu, kemudian turun daripada kereta dan menetak mereka menggunakan sebilah parang.

Kredit Gambar: BH Onine

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata hasil siasatan awal turut mendapati suspek adalah seorang lelaki yang juga adik kandung mangsa.

Beliau mengulas lanjut berkaitan motif jenayah tersebut,

“Motif kejadian tetak dikenal pasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.”

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkaikan kes ini.

Namun apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah, isu perebutan harta pusaka ini adalah suatu perkara yang benar-benar berlaku. Lebih membimbangkan, jika perebutan tersebut mengancam nyawa pula.

Ambillah langkah yang lebih selamat dengan membuat perancangan harta dengan cermat. Pastikan harta yang kita tinggalkan kepada waris akan dapat memberi manfaat kepada mereka, dan bukannya mudarat.

Pastikan anda baca juga:

Previous ArticleNext Article

Maybank Islamic Lancar EzyWasiat – Perancangan Harta Pusaka Untuk Wasiat Patuh Syariah Digital Yang Komprehensif

Menggabungkan algoritma Faraid & nasihat Syariah – Wasiat selesai hanya dalam masa 30 minit!

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023: Maybank Islamic Berhad hari ini melancarkan EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien untuk umat Islam di Malaysia. Perkhidmatan digital baharu ini membolehkan pelanggan merancang dan menyiapsediakan wasiat mereka dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan Syariah dan undang-undang faraid.

Platform EzyWasiat dibangunkan mengikut model bantuan unik di mana pelanggan akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah atau pengurus hubungan yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat. Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul, dan dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat mereka boleh disempurnakan dalam masa 30 minit sahaja.

Tujuan utama EzyWasiat adalah untuk memberikan kelapangan minda dalam pengurusan harta dan memastikan harta tersebut diuruskan dengan betul setelah pemergian individu. Produk ini disasarkan kepada umat Islam dan tidak hanya terhad kepada mereka yang sudah lama berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang sama ada disebabkan oleh faktor kerumitan proses, kos atau kurangnya kemudahan.

Perancangan harta dan warisan adalah perkara yang harus diberikan keutamaan. Terdapat banyak laporan media yang menyebut harta atau aset bernilai lebih daripada RM70 bilion yang masih belum lagi diagihkan. Ini disebabkan kurangnya kesedaran tentang kepentingan merancang pembahagian harta sebelum kematian.

Untuk menyediakan kemudahan ini kepada pelanggan, Maybank Islamic telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, CreateWills Sdn Bhd serta menggabungkan nasihat sokongan dan pegawai perhubungan pelanggan Maybank Islamic yang berdedikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi Bank itu untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas.

“Kami kekal komited untuk menerajui perbankan patuh Syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia. Berbekalkan jalinan perkongsian pintar, kami berada pada kedudukan yang strategik untuk membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya. Selain memenuhi janji kami terhadap kelestarian kewangan Islam, kami juga

berusaha untuk mendigitalkan produk-produk kami dalam menawarkan penyelesaian kepada para pelanggan, maka tercetusnya kerjasama dengan CreateWills ini.”

“Kerjasama antara Maybank Islamic dan CreateWills menandakan pencapaian penting dalam bidang perkhidmatan penulisan wasiat bagi umat Islam, khususnya dari segi perancangan harta patuh Syariah. Ia juga mengukuhkan komitmen Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatannya mudah diakses oleh semua umat Islam di Malaysia,” tambah Dato’ Rafique.

“Dengan EzyWasiat, umat Islam dapat memanfaatkan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk mereka yang menitikberatkan keperluan syarak dan perancangan masa hadapan demi orang yang tersayang. Dalam erti kata lain, kami membantu anda untuk merealisasikan perancangan harta dari Niat ke Wasiat,” kata Ketua Pengurusan Kekayaan dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman.

Beliau menambah lagi bahawa misi Bank adalah untuk memperkasakan pelanggan untuk merancang masa hadapan mereka secara efisien, di samping memastikan niat mereka untuk mematuhi keperluan Islam dapat dipenuhi dengan mudah.

“Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan struktur harga yang berpatutan, kami ingin memastikan agar tiada sesiapapun yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi. Malah, EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubahsuai dari masa ke masa jika diambil kira realiti perubahan hidup dan peredaran masa yang dinamik,” jelas Ahmad Shareza.

EzyWasiat merupakan salah satu tawaran baharu di bawah penyelesaian pengurusan harta patuh Syariah Maybank Islamic yang holistik serta merangkumi semua 5 teras pengurusan kekayaan – penghasilan, pengumpulan, perlindungan, penyucian dan pengagihan.

Baru-baru ini, di bawah teras penyucian harta, Maybank Islamic telah melancarkan perkhidmatan dalam talian iaitu EzQurban untuk memudahkan amalan Qurban sempena sambutan Aidiladha dalam kalangan pelanggannya. Ini juga bagi membolehkan para pelanggan merancang kewangan mereka untuk menunaikan kewajipan Qurban pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang EzyWasiat, termasuk integrasi Faraid dalam pengurusan harta, layari Maybank.my/EzyWasiat atau hubungi Maybank Islamic di [email protected].

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee