Syarikat Gergasi Mula Boikot Pengiklanan Mereka Di Platform Facebook

Facebook kini berdepan lagi dengan kontroversi yang mana membuatkan kebanyakan syarikat gergasi dunia mula memboikot untuk menggunakan platform tersebut dari terus melakukan iklan.

Ini bukan kali pertama Syarikat Facebook mengalami kontroversi seperti ini, pada dua tahun lepas syarikat itu terpalit dengan skandal yang mana apabila mereka dipercayai mendedahkan maklumat pengguna untuk digunakan semasa kempen presiden Donald Trump.

Pada kali ini kontroversi melanda apabila Syarikat Facebook enggan untuk mematuhi desakan orang ramai supaya memadam segala post yang berkaitan dengan hate speech yang boleh menimbulkan kekacauan didalam masyarakat.

Mark Zuckerberg yang enggan tunduk kepada orang ramai itu kerana baginya Facebook ini adalah satu platform yang mana membolehkan orang ramai meluahkan pendapat mereka tanpa disekat.

Ini bukan perkara baru di dalam polisi Facebook. Sebelum ini, syarikat tersebut enggan memadamkan komen dan kumpulan yang mana menafikan kewujudan peristiwa holocaust yang mana merupakan peristiwa yang sangat ngeri dialami oleh bangsa Yahudi ketika berlakunya perang dunia kedua.

Dalam peristiwa tersebut, seramai 6 juta orang Yahudi telah dibunuh oleh pemerintah Nazi Jerman.

Walaupun Mark Zuckerberg berketurunan Yahudi, dia tetap membenarkan golongan yang tidak mempercayai peristiwa holocaust berada di dalam Facebook tanpa disekat kebebasan yang mereka percayai. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan golongan Yahudi terhadap Mark Zuckerberg.

Kini dengan pembunuhan warga kulit hitam George Floyd oleh polis berkulit putih Amerika Syarikat telah mmebangkitkan lagi isu hate speech di dalam platform tersebut. Facebook yang enggan memadam komen presiden Donald Trump terhadap penunjuk perasaan yang melakukan rusuhan dengan alasan tidak melanggar polisi mereka.

Ramai pihak mula tidak puas hati dengan polisi yang dibuat oleh pihak Facebook terhadap polisi mereka.

Kemuncaknya, Mark Zuckerberg dan Sheryl Sandberg sebulat suara untuk berjumpa dengan kumpulan hak asasi manusia untuk mencapai kata sepakat bagi menentukan hala tuju tentang polisi yang sepatutnya dibuat oleh pihak Facebook terhadap hate speech dan kebebasan bersuara.

Seperti yang dijangka, pertemuan tersebut tidak dapat mengubah pendirian Facebook tersebut mengenai polisi mereka yang mana mengutamakan kebebasan untuk bersuara.

Ada pihak mula menuduh Facebook mengambil keuntungan melalui haters speech dan tindakan memboikot syarikat itu juga turut diambil menerusi kempan “Stop Hate For Profit campaign”.

Para pengguna Facebook dari syarikat besar telah sepakat untuk memberhentikan segala iklan yang sepatutnya mereka buat di platform Facebook selama sebulan bagi menunjukkan tanda tidak setuju tindakan Facebook yang tidak memadam hate speech di platform mereka.

Pendapatan Facebook secara keseluruhannya adalah dari pengiklanan yang mereka lakukan. Pada tahun lepas sahaja, Facebook telah memperolehi pendapatan sebanyak $70 bilion hasil dari pengiklanan.

Kini persoalan mula timbul adakah Syarikat Facebook terkesan dengan pemboikotan yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat gergasi dunia terhadap platform tersebut?

Menurut penganalisa, untuk jangka masa yang panjang Facebook tidak terjejas kerana buat masa sekarang, boikot oleh syarikat besar itu hanya dibuat selama sebulan sahaja. Selain itu juga, kebanyakan pengguna Facebook yang menggunakan platform mereka terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana yang tidak terlibat dengan isu ini.

Sumber: TradingView

Walaupun begitu, saham Facebook sedikit terjejas akibat dari sentimen yang berlaku dan kini saham syarikat tersebut kembali ke paras normal.

Sumber Rujukan: https://www.bbc.com/news/technology-53225139

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.