Pelaburan Aset Digital (Kripto) Sebagai Alternatif Kepada Pelaburan Yang Lain

Sememangnya selama ini pasaran saham Bursa Malaysia merupakan antara lubuk emas untuk mereka yang berilmu. Cumanya pasaran saham umpama kanggaru yang melompat-lompat naik dan turun. Mereka yang tiada ilmu serta gagal mengawal emosi akan surrender awal.

Jika sudah serik dengan pasaran saham, kita ada pilihan lain untuk buat duit. Antaranya adalah dengan melabur dalam aset digital kripto. Suka kami ingin berpesan yang pelaburan aset digital (kripto) ini adalah sangat berisiko tinggi.

Sebab itu jangan all in duit yang ada. Gunakan duit lebihan sahaja. Jika harga kripto turun pun, kita tidak menjadi papa kedana.

Melihat kepada situasi semasa, kenaikan nilai aset digital kripto sangatlah tinggi dan kenaikan tersebut seolah-olah tidak masuk akal.

Apa Itu Aset Digital?

Cryptocurrency atau Bahasa Melayunya aset digital kripto berfungsi sebagai alternatif kepada wang fiat. Keistimewaan aset digital kripto adalah setiap transaksi adalah sulit dan rahsia supaya data yang ada tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak ketiga.

Ciri keselamatan yang tinggi ini menyebabkan aset digital kripto sukar dimanipulasi.

Sumber:  pxfuel

Stigma Mengenai Aset Digital

“Aset digital kripto ini bukan scam ke?”

Saya percaya ramai yang ada stigma seperti ini. Ianya tidak salah kerana sememangnya orang ramai kurang pendedahan berkenaan aset digital kripto. Banyak syarikat gergasi telah mula membenarkan penggunaan aset digital kripto untuk pembelian produk syarikat mereka termasuk Tesla.

Sekarang anda boleh membeli kenderaan Tesla dengan menggunakan Bitcoin.

Sumber: The Week

Selain itu, terdapat beberapa negara yang telah membenarkan transaksi jual beli menggunakan kripto. Sekiranya anda berminat untuk membeli aset digital kripto di Malaysia, sebaiknya anda menggunakan platform yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sahaja.

Selain stigma di atas, saya pasti ramai yang tertanya-tanya status syariah aset digital ini.

Nak tahu apa pandangan para ulama kewangan Islam mengenai Bitcoin?

Baca sini: Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam

Aset Digital Menurut Perspektif Syariah

Baca: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Keputusan ini tidak terpakai kepada mana-mana Aset Digital yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti.

Jom tonton juga video ini: Betul Ke Kripto Patuh Syariah

Jika di masa akan datang kripto ini dikelaskan sebagai matawang, maka hukum jual beli ini pasti akan berubah sebab tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran barangan ribawi (Bai` al-Sarf).

Platform Aset Digital Yang Sah

Setakat 4 Ogos 2022, hanya ada 4 platform kripto yang beroperasi secara sah di negara ini iaitu LUNO, SINEGY, TOKENIZE dan MX GLOBAL. Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memberikan kelulusan penuh kepada keempat-empat penyedia platform perkhidmatan aset digital kripto ini untuk beroperasi di Malaysia.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Baca: Luno dapat kelulusan SC sediakan dagangan Bitcoin, Ethereum

Kelebihan platform aset digital yang dikawal selia oleh SC adalah untuk memastikan ketelusan dalam perniagaan dan perlindungan kepada pengguna. Oleh itu, sebelum anda membuka akaun, pastikan anda membuka akaun dengan platform yang sah sahaja.

Pengalaman Kami Melabur Dalam Aset Digital

Seperti pelabur yang lain, penulis melihat terdapat peluang untuk melabur dalam aset digital kripto sekitar bulan Disember 2020 yang lalu. Pembukaan akaun Luno boleh dikatakan amat mudah dan dokumen yang diperlukan hanyalah gambar kad pengenalan sahaja sebagai pengesahan pengenalan diri.

Mesti anda nak tahu berapakah modal yang diperlukan untuk melabur dalam kripto ini kan? Sebenarnya, nak melabur dalam kripto ini tidak memerlukan modal yang besar.

Anda tidak wajib untuk membeli 1 unit aset digital sepenuhnya. Nak beli kripto dengan RM100 pun boleh.

Pengalaman penulis membeli aset digital kripto adalah dengan menggunakan modal serendah RM500.

Pembelian pertama adalah dengan membeli sebanyak 393.71304 unit XRP pada harga RM1.25 manakala pembelian kedua (Januari 2021) adalah sebanyak 1,075.285697 unit XRP pada harga RM0.92.

Setakat 3 September 2021, jumlah pelaburan ini telah meningkat menjadi RM7,727.69. Return on Investment (ROI) pelaburan ini adalah sebanyak 415.18%.

Pulangan sebanyak 415.18% dalam masa 8 bulan boleh dianggap sebagai satu pelaburan yang menakjubkan.

Baca: Ripple Wins Motion Against SEC Related To Revealing Personal Finance Records

Pembelian ketiga pula adalah dengan membeli sebanyak 1.913 unit ETH bermodalkan RM5,000. Harga seunit Ethereum ketika itu RM2,561.93.

Setakat 3 September 2021, pelaburan ini telah meningkat menjadi RM31,267.49. Return on Investment (ROI) pelaburan ini adalah sebanyak 525.35%.

Pulangan sebanyak525.35% dalam masa 8 bulan.

Memang wow la kan.

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto seperti yang dinyatakan di atas. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

[REFERRAL] Boleh buka akaun Luno di sini: https://www.luno.com/invite/F9S7R8

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.