Acara K-FOOD Fair 2022 Baru-Baru Ini Menerima Lebih 90 Penyertaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia

Sebanyak 20 tawaran dan perkongsian telah berjaya dibuat.

Kuala Lumpur, 2 November 2022 – Acara K-FOOD Fair 2022 untuk perniagaan (B2B) yang baru-baru ini dihoskan oleh Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, merupakan satu kejayaan besar. Pada 26 Oktober, sejumlah 12 Memorandum Kesepakatan bernilai $2,882,000 telah ditandatangani diantara perniagaan-perniagaan Malaysia dan syarikat-syarikat Korea. Manakala, sejumlah 8 Memorandum Kesepakatan bernilai $3,538,040 telah ditandatangani pada hari seterusnya. 

Acara tahun ini menandakan tahun kelima sejak penubuhannya yang pertama pada tahun 2015. Mempamerkan produk pertanian dan perikanan berkualiti tinggi Korea, acara tersebut beroperasi dalam format B2B (persidangan perniagaan eksport) serta B2C (pesta makanan istimewa untuk pengguna).

Antara produk yang paling popular di kalangan pembeli di Malaysia termasuk buah-buahan segar Korean Shine Muscat dan Pear kerana tekstur dan rasanya yang enak dan lembut. Ramen, pelbagai minuman dan juga kicap soya turut  mendapat sambutan yang tinggi.

Lebih 40 buah perniagaan Korea dan Malaysia bertemu melalui mesyuarat dalam talian zoom semasa sesi padanan perniagaan; dengan setiap syarikat Korea mempunyai gerai mereka sendiri disertai dengan penterjemah atau pengantara yang bersedia untuk membantu perniagaan Malaysia apabila mereka melawat gerai syarikat Korea yang mereka minati.

Setiap gerai menampilkan syarikat Korea yang berbeza, lengkap dengan sampel produk untuk dicuba oleh perniagaan dari Malaysia. PMKS yang berminat kemudian boleh duduk untuk sesi padanan perniagaan melalui zoom, yang berlangsung kira-kira 30 minit.

Menerusi sesi ini, setiap pihak yang terlibat boleh membuat perjanjian serta-merta berdasarkan perkara yang telah mereka bincangkan, seperti mengimport produk K-Food baharu dan eksklusif untuk Pasaran Malaysia, yang merupakan salah satu fokus utama acara: untuk menawarkan platform yang terbaik untuk pembeli tempatan mengimport produk makanan dan minuman buatan Korea.

39 buah syarikat Korea yang tersedia semasa acara itu adalah syarikat yang baru ditubuhkan di mana kebanyakannya masih belum menembusi pasaran Malaysia. Acara tersebut memberi mereka peluang untuk berkembang ke luar negara dengan bertemu rakan kongsi yang tepat yang berpangkalan di Malaysia. Hasilnya, acara itu menyaksikan 20 tawaran dan perkongsian telah berjaya dibuat.

Di samping sesi padanan perniagaan, terdapat juga webinar langsung yang diadakan oleh JAKIM dan Shopee, di mana mereka membincangkan “Dasar Halal Malaysia & Prosedur Pensijilan Halal” khusus untuk produk Korea dan “Trend Pasaran Makanan dan Pengenalan Mengenai Shopee,” serta penstriman langsung di YouTube.

Sesi webinar kemudiannya disusuli dengan sesi Soal Jawab secara langsung di mana peserta bertanya soalan susulan kepada topik yang dibentangkan untuk perbincangan lanjut. “Populariti K-Food dipercayai sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Korean Wave, yang menjadi pusat trend global. Keselesaan dan rasa ingin tahu tentang budaya Korea, makanan dan juga sentimen Korea secara semula jadi tersebar terutamanya melalui kandungan media. Selain itu, kualiti produk Korea dan pengurusan keselamatan makanan mencipta kesan sinergi yang ketara. ” kata Encik Ki No Sun, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perdagangan & Industri Makanan.

Dari pihak Malaysia pula, JAKIM juga teruja untuk menghulurkan bantuan. YBrs Mohd Fakarudin bin Masod, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), Bahagian Pengurusan Halal di JAKIM, berkata “Saya amat menggalakkan mana-mana syarikat Korea Selatan yang mana mempunyai produk yang bagus atau rangkaian produk berkualiti tinggi dan anda ingin mengeksport ke Malaysia, anda boleh berbuat demikian dengan memohon sijil Halal Malaysia melalui JAKIM terlebih dahulu. Ini membantu dalam meningkatkan taraf produk anda selain menjadikan produk atau jenama anda lebih ‘berprestij’ kerana ia telah melalui proses yang ketat – membuktikan bahawa produk anda sememangnya mempunyai kualiti yang sangat baik.”


Berikutan kejayaan acara itu dan sambutan positif daripada perniagaan-perniagaan Malaysia, Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation kini dalam peringkat perancangan untuk menganjurkan acara yang serupa setiap dua tahun sekali untuk membantu perniagaan Malaysia mengimport lebih banyak produk Korea yang berkualiti tinggi dan baharu, termasuk produk halal, dan meluaskan lagi K-FOOD Fair melalui pelbagai acara kebudayaan setiap tahun di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.

Kedua dari kiri : En Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan Pusat aT Kuala Lumpur. Ketiga dari kiri : En Ki No Sun, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perdagangan & Industri Makanan.
Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.