Tahun 2021 Nak Habis, Nak Beli Rumah Second Hand Atau Lelong?

Berdasarkan data terkini daripada NAPIC, harga median rumah kediaman di Malaysia pada tahun 2020 mencatatkan angka RM295,000 iaitu peningkatan sebanyak RM5,354 berbanding RM289,646 pada tahun sebelumnya. 

Dan median harga rumah kediaman di Malaysia pada suku pertama dan kedua tahun 2021 pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM5,000 menjadikannya RM300,000. 

Panduan : Harga Median Rumah Di Malaysia Tahun 2020 Turun Ke RM295,000

Sungguhpun kita masih belum bebas dari krisis kesihatan dan seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan pelbagai sekatan ekonomi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), trend dan sentimen hartanah dilihat masih positif. 

Kredit Imej : Edgeprop

Buktinya pada Ogos 2021 yang lalu, portal hartanah online iProperty.my menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 19.2% terhadap permintaan rumah subsale atau ‘rumah second‘. 

Peningkatan permintaan terhadap hartanah subsale untuk 6 bulan pertama tahun 2021 sebenarnya adalah satu perkara yang baik untuk pasaran hartanah tempatan. 

Mengikut data dan statistik, memang rakyat Malaysia mencari rumah. Soalnya, kenapa rumah subsale? Kenapa bukan rumah undercon?

Hal ini kerana, kebanyakan pemilik rumah subsale telah mula menjual rumah mereka di bawah harga pasaran dengan harapan rumah mereka lebih cepat terjual berbanding menjual pada harga yang lebih mahal. 

Dalam masa sama, adakah pasaran lelong ‘sendu’ dan tidak mendapat sambutan? 

Jawapannya, pasaran lelong tetap mendapat sambutan bahkan lebih ramai yang mula memasuki pasaran lelong semenjak tahun 2020 lagi. 

Puncanya? 

Kredit Imej : Hobiwan Tech 

Berlaku banyak unit kediaman yang dilelong oleh bank dan institusi kewangan kerana kegagalan membayar balik pinjaman hartanah oleh rakyat Malaysia. 

Info dalaman daripada Moody’s Financial Institution Group menunjukkan liputan kerugian pinjaman bank mencapai 90% pada tahun 2019, dan pada tahun 2020, meningkat menjadi 140%.

Baca : Covid-19 Bak Badi Untuk Industri Hartanah Di Malaysia

Kadar Non Performing Loan (NPL) turut dijangka akan meningkat sehingga 5% menjelang penghujung tahun 2021.

Jadi, nak beli rumah subsale atau lelong? 

Sebelum anda buat keputusan untuk beli rumah subsale atau lelong, ada baiknya jika anda lihat terlebih dahulu perbezaan di antara rumah subsale dan rumah lelong.

Kelebihan Rumah Subsale

Harga Boleh ‘Nego Sampai Letgo’

Dengan keadaan ekonomi dan pasaran hartanah yang lembap hari ini, ramai pemilik yang terdesak untuk menjual rumah mereka.

Maka, anda sebagai pembeli ada peluang dan ruang untuk duduk berbincang dan membeli rumah itu pada harga terendah. 

Boleh Disewa

Kebanyakan rumah subsale berada di lokasi yang matang dan mempunyai peluang pekerjaan, fasiliti dan infrastruktur yang baik. 

Jadi, jika anda ingin jadikan rumah itu sebagai aset pelaburan hartanah pun tiada masalah. 

Lebih Cepat

Tidak seperti membeli rumah lelong, proses membeli rumah subsale lebih cepat dan tiada tempoh menunggu jika proses pinjaman dari bank anda berjalan lancar.

Baca : Cabaran Sebenar Melabur Hartanah Secara Sublet

Kekurangan Rumah Subsale 

Perlu Dibaik Pulih 

Kualiti pembinaan unit kediaman di Malaysia hari ini tidak sebagus 20 tahun yang lalu.

Hari ini, rumah yang baru siap 5 tahun pun ada banyak kesan retakan, masalah kebocoran dan wiring. 

Ada Tunggakan 

Sebahagian besar pemilik apabila mereka ingin jual rumah mereka, maka mereka abaikan bayaran cukai pintu, cukai tanah, sinking fund dan kos utiliti JMB.

Mereka beranggapan, itu tanggungjawab pemilik baru untuk selesaikan hutang tersebut. Pastikan anda semak tunggakan yang ada. 

Stok Terhad 

Bukan hari – hari pemilik rumah ingin jual rumah mereka. Kadangkala, dalam satu taman perumahan hanya ada 1-2 unit yang boleh anda beli. 

Tidak seperti rumah jenis undercon yang anda boleh pilih keluasan rumah dan lokasi rumah.

Kelebihan Rumah Lelong 

Lebih Murah Dari Subsale 

Secara purata, rumah yang dilelong akan dijual 10% lebih rendah berbanding harga semasa. Harganya boleh turun lagi apabila proses lelongan tidak berjaya dan boleh pergi sehingga 40% – 50% di bawah harga pasaran. 

Pilihan Jenis Rumah & Lokasi 

Buka sahaja portal lelong dan anda akan dapati terdapat beribu unit kediaman yang dilelong di Lembah Klang sahaja.

Anda boleh pilih jenis rumah dan lokasi yang anda minati dan bida secara online sahaja tanpa perlu pergi ke dewan lelong (sewaktu PKP).

Sesuai Untuk Pelaburan 

Rumah yang dilelong sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan samada ‘rental arbitrage’ mahupun sublet. 

Hal ini kerana, bayaran pinjaman hartanah biasanya adalah lebih rendah berbanding subsale dengan syarat anda beli rumah itu di bawah harga pasaran. 

Baca : Rumah Lelong: Merugikan atau Menguntungkan? Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Keburukan Rumah Lelong 

Harga Lelong Lebih Tinggi 

Pernah terjadi dan kerap terjadi di mana, harga lelong dibida sehingga sama dengan harga semasa atau lebih tinggi daripada harga semasa. 

Kesannya, anda akan menanggung kos yang tinggi untuk 10% deposit rumah lelong dan kos – kos lain yang berkaitan. 

Rumah Rosak 

Biasanya terjadi pada unit kediaman yang telah melebihi 15 tahun – 20 tahun. Anda perlu bersedia untuk keluarkan kos tambahan sekiranya dalaman rumah, kemudahan, wiring dan sistem saluran air rosak. 

Pemilik Tak Mahu Keluar Rumah 

Kebanyakan kes rumah lelong akan berakhir dengan drama air mata dan kehadiran pihak berkuasa kerana pemilik dan keluarganya yang sudah lama tinggal di rumah itu tidak mahu keluar dan mengharapkan simpati. 

Apa yang anda boleh buat, berikan pemilik sedikit masa dan minta bantuan pihak berkuasa jika pemilik rumah berkeras untuk tidak mahu keluar dari rumah.

Kesimpulannya, tidak ada formula yang tepat untuk mengatakan anda perlu beli rumah subsale berbanding rumah lelong dan sebaliknya. 

Baca : Industri Rumah Lelongan Seni Yang Menjana Berbilion Dolar Setiap Tahun

Syaratnya sangat mudah, jika anda jumpa ‘good deal’ tak kisah samada rumah subsale atau lelong, terus beli rumah itu. 

Fasa pandemik yang hanya berlaku 100 tahun sekali ini, banyak rezeki terpijak jika anda betul – betul selami pasaran rumah subsale dan lelong. 

Sumber Rujukan : 

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.