7 Filem Inspirasi Dalam Industri Hartanah

Sekiranya anda seorang ejen hartanah berdaftar yang sah atau pelabur hartanah, berkecimpung dalam industri hartanah dengan keadaan semasa pasaran hartanah yang lembap kadang kala boleh menyebabkan anda berasa murung dan gelisah.

Industri hartanah yang telah sedia tenat semenjak tahun 2015 bagai jatuh ditimpa tangga apabila pandemik COVID-19 menyerang dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di isytiharkan di seluruh negara.

Awal – awal penglibatan dalam industri hartanah memang bersemangat. Namun, di pertengahan jalan ramai yang hilang motivasi dan anda bukanlah orang pertama mengalami masalah tersebut.

Apa yang anda perlukan sebenarnya adalah satu nafas baru dalam mengenal pasti skil baru yang boleh anda pelajari untuk menjadikan pelaburan hartanah anda berjaya.

Dan kerana itulah, artikel kali ini adalah berkenaan filem inspirasi dalam industri hartanah. Moga – moga anda kembali bersemangat dan terinspirasi dengan kisah-kisah menarik dalam filem yang dikongsikan ini.

1. The Banker (2019)

Filem yang diadaptasi dari kisah sebenar ini mengisahkan tentang banker kulit hitam pertama di Amerika Syarikat.

Fokusnya terarah kepada revolusi yang dilakukan dua orang ahli perniagaan Bernard Garrett dan Joe Morris dalam menguruskan perniagaan jual beli hartanah dan pembelian bank.

Tipu muslihat mereka bermula apabila mereka mengupah rakan mereka yang berkulit putih sebagai proksi pemilik hartanah ekoran amalan rasisme terhadap warga Amerika Syarikat yang berkulit hitam sekitar tahun 1960-an.

2. I Love You, Man (2009)

Filem yang berkisarkan tentang komedi dan persahabatan ini mengisahkan seorang ejen hartanah berjaya yang berdepan cabaran dengan hubungan peribadi dan kariernya.

Banyak nilai yang boleh dipelajari apabila beliau sebagai ejen hartanah yang bergelut untuk menjual unit rumah agam kerap kali melakukan kesilapan yang sering dilakukan ramai ejen hartanah.

Plot menjadi lebih dramatik apabila Peter Klaven (pelakon utama) bertemu dengan seorang pelabur yang mengancam karier dan kehidupan peribadinya.

3. The Big Short (2015)

Berdasarkan buku “The Big Short : Inside the Doomsday Machine” karangan Michael Lewis mengisahkan krisis kewangan yang dan masalah industri hartanah yang menlanda Wall Street pada tahun 2008.

Kisahnya bemrula apabila wujud sejumlah pinjaman hartanah subprima yang berisiko untuk gagal di bayar oleh peminjam di Amerika Syarikat.

Lalu, sejumlah $1 bilion wang pelaburan ditaruhkan oleh Michael Burry seorang pakar pelaburan ke atas pertukaran kredit yang gagal dibayar.

Akhirnya, beliau berjaya memperoleh kekayaan dengan memanfaatkan sepenuhnya kejatuhan ekonomi yang pada mulanya bermula dari industri hartanah ketika itu.

4. Pacific Heights (1990)

Kisahnya bermula apabila Patty lakonan Melanie Griffith dan Drake lakonan Matthew Modine telah berpindah ke rumah impian mereka di kejiranan elit di San Frnasisco.

Mereka ditipu oleh Hayes yang berminat menjadi penyewa tingkat satu rumah tersebut dan keadaan menjadi parah apabila Hayes sendiri menghalau pasangan Patty dan Drake.

Kesannya, kehidupan kedua-dua pasangan ini dalam memulakan kehidupan bahagia mereka dengan rumah mewah dan mencari penyewa sambil melakukan renovasi gagal.

5. The Money Pit (1986)

Filem ini mengisahkan bagaimana pasaran hartanah di bandaraya New York pada ketika itu yang mahal menyebabkan Walter lakonan Tom Hanks dan Anna lakonan Shelley Long membeli hartanah mewah di kawasan luar bandar pada harga lebih murah oleh seorang ejen hartanah.

Sebelumnya, mereka tinggal di bandaraya New York dengan sewa yang sangat mahal. Masalah bermula apabila rumah mewah yang dibeli di bawah harga pasaran itu mengalami pelbagai masalah seperti sistem perpaipan, struktur rumah dan tangga yang rosak menyebabkan mereka membuat keputusan untuk melakukan renovasi.

Kesannya, rumah tersebut menyebabkan masalah dalam hubungan di antara Walter dan Anna.

6. 99 Homes (2014)

Tidak seperti The Big Short, filem 99 Homes ini memberi penerangan secara terperinci akan keadaan semasa industri hartanah dan perumahan pasca krisis perumahan di Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Dennis Nash lakonan Andrew Garfield telah diusir keluar oleh broker hartanah menerangkan situasi semasa krisis perumahan ketika itu yang memusnahkan kehidupan ramai orang.

Sekiranya anda seorang ejen hartanah, anda akan dapati wujud jurang pendapatan yang besar di antara golongan kapitalis, menengah dan miskin berdasarkan krisis perumahan yang dihadapi mereka secara berbeza – beza.

Orang kaya cenderung kepada nilai estetika yang mereka hilang, sedangkan orang miskin hanya inginkan sebuah rumah untuk melindungi keluarga mereka.

7. Glengarry Glen Ross (1992)

Dikategorikan sebagai filem hartanah terbaik sepanjang zaman dengan anugerah Pulitzer 1983 oleh David Mamet, filem ini menggambarkan dengan baik profesion sebagai ejen hartanah dalam penjualan hartanah secara mendalam.

Mengisahkan bagaimana sekumpulan ejen hartanah bertungkus lumus menjual unit hartanah di Florida Glengarry Higlands dan Glen Ross Farm.

Glengarry Glen Ross juga menunjukkan bagaimana seorang ejen hartanah perlu menolak tepi elemen emosi bila membabitkan urusan jual beli hartanah supaya tidak tersilap dalam percaturan.

Dedikasi, kejujuran, kerja keras dan keyakinan adalah elemen – elemen yang anda boleh dapat dari filem ini.

Konklusi yang boleh dibuat hasil daripada filem – filem hebat berkenaan industri hartanah dan kewangan ini memberi satu pengajaran kepada kita bahawa setiap masalah punya solusinya.

Semoga anda yang berkecimpung secara langsung dan tidak langsung dalam industri hartanah terinspirasi daripada filem-filem yang dikongsikan dan jangan lupa untuk ambil nilai positif dan asah skil anda agar industri hartanah turut menerima impak positif.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.