Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review

Kaji selidik yang dijalankan CUEPACS pada Januari 2020 yang lalu dan diterbitkan menerusi Berita Harian menunjukkan 53% daripada penjawat awam belum memiliki rumah.

Faktor paling popular ialah tempoh pinjaman yang terlalu lama, margin kewangan, ansuran bulanan, kadar pinjaman dan masalah wang pendahuluan.

Laporan ini agak mengejutkan kerana penjawat awam mempunyai pelbagai skim dan bantuan yang membolehkan mereka memiliki rumah.

Baca : Membuat Pinjaman Adalah Sesuatu Yang Baik?

Namun begitu, ada juga segelintir masyarakat Malaysia yang masih tidak membeli rumah sungguhpun layak dan mampu kerana masih tidak faham perbezaan dan faedah antara pinjaman Islamik dan konvensional.

Sebenarnya, sejarah perbankan Islam dan prinsip syariah di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1983 lagi dengan penubuhan Bank Islam.

Produk perbankan Islam menjadi semakin meluas bermula tahun 1993 apabila bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Baca : Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

Artikel kali ini akan menerangkan perbezaan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional supaya anda khususnya pembeli rumah tidak membuat kesilapan dalam memilih jenis pinjaman bagi pembiayaan hartanah anda kelak.

Ramai orang ingat pinjaman Islam hanya untuk peminjam beragama Islam sahaja.

Anggapan ini ternyata salah kerana orang bukan Islam juga boleh memohon pinjaman Islam dengan syarat pekerjaan peminjam dianggap ‘halal’.

Sebagai pemula, untuk memahami konsep pinjaman Islamik, pihak bank akan menggunakan istilah – istilah seperti house financing, ASB financing dan hire purchase financing untuk pembiayaan pinjaman.

Baca : Jom Semak Kelayakan Rumah Dari 17 Bank Di Malaysia

Kadar faedah pula menggunakan istilah profit rate dan perlindungan adalah di bawah takaful.

Manakala untuk pinjaman konvensional, pihak bank akan menggunakan istilah – istilah housing loan, ASB loan dan hire purchase loan untuk pembiayaan pinjaman.

Kadar faedah pula kekal kepada interest rate dan perlindungan menggunakan istilah insurans.

Untuk lebih memahami perbezaan antara kedua – dua jenis produk pinjaman ini, kita akan review perbezaannya menerusi kontrak, keuntungan, aset, amaun yang perlu dibayar, pemilikan aset, kelewatan pembayaran, penyelesaian awal dan insurans.

Jom kita tengok 8 perbezaan pembiayaan perumahan Islam dan pinjaman perumahan konvensional

1. Kontrak

Pinjaman Islam : Kontrak pembiayaan perumahan adalah menerusi Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah.

Pinjaman Konvensional : Hanya ada satu kontrak yaqni kontrak pinjaman rumah sahaja.

2. Keuntungan

Pinjaman Islam : Terhasil daripada jualan atau pajakan hartanah tersebut.

Pinjaman Konvensional : Terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman rumah.

3. Aset

Pinjaman Islam : Komoditi atau aset yang dibenarkan mengikut syarak sahaja.

Pinjaman Konvensional :  Tiada syarat dalam komoditi dan aset. (bebas)

4. Amaun Yang Perlu Dibayar

Pinjaman Islam : Amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan atau dikurangkan / diberikan rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal.

Pinjaman Konvensional : Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate ‘BLR’)

5. Pemilikan Aset

Pinjaman Islam : Harus dimiliki oleh penjual atau dipajakkan kepada pelanggan yang membeli secara beransur – ansur daripada bank.

Pinjaman Konvensional :  Milik bank selagi pinjaman tidak dilunaskan.

6. Kelewatan Pembayaran

Pinjaman Islam : Peminjam akan dikenakan gantirugi (ta’widh).

Pinjaman Konvensional : Penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan.

7. Penyelesaian Awal

Pinjaman Islam : Peminjam layak mendapat ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan sekiranya pembiayaan berjaya diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik tanpa dikenakan sebarang penalti.

Pinjaman Konvensional : Ada penalti sekiranya peminjam membuat penyelesaian awal dalam ‘lock in period’.

8. Perlindungan

Pinjaman Islam : Tertakluk kepada Takaful.

Pinjaman Konvensional : Tertakluk kepada Insurans Konvensional.

Kelebihan Pembiayaan Islam Untuk Hartanah

  1. Terdapat diskaun sebanyak 20% duti setem untuk dokumen Perjanjian Pinjaman Islam.
  2. Pengecualian 100% duti setem bagi refinancing daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Islam ke atas baki pinjaman sedia ada.

Kelebihan Pinjaman Konvensional Untuk Hartanah

  1. Sekiranya peminjam ingin mengubah syarat Perjanjian Pinjaman,  dokumen hanya perlu di kemas kini dan membayar duit setem.
  2. Lebih mudah untuk membuat refinancing berbanding Pinjaman Islam.
  3. Kos untuk pembayaran awal, pembayaran lewat dan sebagainya adalah lebih telus dalam Perjanjian Konvensional.

Baca : Cara Mudah Nak Convert Akaun Simpanan Konvensional Maybank Ke Akaun Islamik, Buat Online Je

Sebenarnya, kedua-dua pinjaman telah pun mencapai satu tahap kematangan di mana tidak banyak perbezaan antara kedua – dua pinjaman. Boleh jadi faedahnya adalah lebih sedikit berbanding pinjaman satu lagi.

Ada peminjam yang ingin lebih faedah dan meminjam menerusi Pinjaman Konvensional. Ada peminjam yang khawatir dengan isu halal haram maka dipilihnya Pinjaman Islam.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Akhir kata, sebagai orang Islam, anda tanpa kompromi digalakkan untuk membuat pinjaman dengan produk patuh syariah.

Sumber Rujukan:

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Jenis Pasaran Hartanah Yang Newbies Perlu Tahu

Pelaburan hartanah merupakan salah satu pelaburan yang berpotensi untuk memberi keuntungan dalam jangka masa panjang.

Ini kerana market value bagi satu-satu kawasan hartanah itu bakal meningkat dari masa ke masa terutamanya di kawasan hot spot dan yang mempunyai banyak booster hartanah.

Jika anda baru saja nak berjinak-jinak dan bercadang untuk membeli hartanah dalam masa terdekat, ambil tahu dulu 3 jenis pasaran hartanah yang ada di Malaysia.

Kenapa kena ambil tahu? Sebab, setiap jenis hartanah ini berbeza daripada segi keuntungan dan juga risiko.

1. Pasaran Primer (Undercon)

Rumah primer atau under construction merupakan rumah yang masih dalam pembinaan. Jadi pembeli akan menjadi pemilik pertama untuk rumah jenis ini.

Biasanya rekaan rumah tersebut adalah yang terkini dan semuanya masih dalam keadaan yang cantik dan sempurna.

Cuma satu sahaja, kalau nasib kurang baik pembeli bakal berdepan dengan risiko pembinaan rumah yang terbengkalai.

Daripada segi harga pula, market value bagi rumah undercon adalah lebih tinggi berbanding dengan unit lain yang ada di sekitar kawasan tersebut.

Bila rumah ini dah siap, anda dapat menjual unit ini dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga belian.

Tapi ini bergantung juga kepada apa yang anda telah lakukan terhadap rumah tersebut seperti renovation, wiring, perabot dan sebagainya.

2. Pasaran Sekunder (Subsale)

Pasaran sekunder melibatkan jual beli rumah terpakai atau second hand. Ramai yang gemar membeli rumah subsale kerana tidak perlu berdepan dengan risiko rumah bakal terbengkalai.

Iyalah, rumah tersebut memang dah siap dibina. Selain itu, pembeli juga senang mendapatkan maklumat tentang harga semasa hartanah tersebut serta kadar sewa semasa.

Daripada segi proses jual beli pula, pembeli perlu menyediakan deposit 10% daripada harga rumah tersebut. Pembeli juga perlu menanggung kos-kos tambahan lain seperti kos guaman, kos penilai dan lain-lain lagi sebanyak lebih kurang 5% daripada harga rumah.

Ramai pelabur baru memilih untuk membeli dari pasaran subsale kerana risiko yang lebih rendah. Bagi yang ingin menjadikan unit ini sebagai unit sewaan, kadar sewa juga lebih senang untuk dianggarkan.

3. Pasaran Tertiari (Lelong)

Pasaran tertiari pula melibatkan jualan rumah lelong oleh pihak bank. Rumah lelong juga menarik kerana anda boleh membeli rumah tersebut lebih murah berbanding harga pasaran.

Lebih untung sekiranya anda boleh sewakan atau jual semula rumah tersebut mengikut harga semasa. Jadi anda boleh membuat keuntungan yang sangat lumayan.

Namun, risiko tetap ada jika anda ingin membeli rumah lelong seperti deposit wang tunai yang bakal hangus jika tiba-tiba permohonan untuk buat pinjaman ditolak.

Bagi anda yang berminat untuk melabur dalam bidang hartanah, anda boleh membeli unit yang anda impikan itu mengikut kemampuan anda.

Tak kisahlah anda melibatkan diri dalam pasaran yang primer, sekunder mahupun tertiari, kesemuanya mempunyai risiko serta keuntungan yang berbeza.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-4-april-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 11 April 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Iklan

Majalah Labur