Reputasi Pemaju Main Peranan Dalam Jualan Hartanah?

Terdapat beratus – ratus pemaju hartanah yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak. Sungguhpun jumlah pemaju hartanah yang terlampau tinggi, sentimen terhadap pemaju yang bagus masih ada.

Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang akan membeli unit kediaman dari pemaju yang sama untuk rumah kedua dan seterusnya atau rumah untuk anak – anak dan keluarga mereka.

Baca : Nak Beli Rumah Yang Kalis Inflasi? Ini Rahsianya

Perkara ini disampaikan sendiri oleh ejen jualan MK Land Properties di galeri jualan Damansara Perdana kepada penulis.

Golongan T20 yang membeli unit kediaman dari MK Land rata- rata menghadiahkan Armaneee Terrace II atau Residensi Suasana kepada anak – anak mereka sebagai hadiah perkahwinan.

Baca : Hibah Sebelum Hiba: Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat dan Faraid

Jadi, sejauh manakah reputasi pemaju memainkan peranan yang besar dalam pembelian hartanah? Dan kenapa reputasi pemaju penting?

Berdasarkan kaji selidik Propertyguru Consumer Sentiment yang dijalankan portal hartanah Propertyguru pada suku pertama 2019 yang lalu, terdapat 4 faktor utama yang mendorong keputusan rakyat Malaysia membeli rumah.

1. Jarak dari pejabat
2. Kemudahan pengangkutan awam
3. Pusat beli belah
4. Fasiliti & Restoran

Reputasi Pemaju Hartanah Mengikut Umur

Kaji selidik itu turut menunjukkan reputasi pemaju hartanah memainkan peranan yang tidak kecil sebagai faktor dorongan membeli rumah. Reputasi pemaju hartanah mengikut umur :-

  • 22 tahun – 29 tahun : 29%
  • 30 tahun – 39 tahun : 34%
  • 40 tahun – 49 tahun : 44%
  • 50 tahun – 59 tahun : 43%
  • 60 tahun – 69 tahun : 67%

Data menunjukkan golongan berumur 40 tahun sehingga 69 tahun mengambil kira reputasi pemaju hartanah dengan lebih serius berbanding golongan berumur 22 tahun sehingga 39 tahun.

Hal ini kerana, golongan lepasan graduan atau di bawah umur 40 tahun rata – ratanya merupakan golongan pembeli rumah pertama dan tidak merasakan reputasi pemaju hartanah memainkan peranan yang terlalu besar.

Apa yang penting, rumah yang bakal mereka beli berada pada harga yang mampu milik, lokasi yang strategik di samping tawaran – tawaran menarik yang ditawarkan pemaju hartanah seperti diskaun, rebat dan cashback.

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Manakala golongan yang lebih berumur khususnya 60 tahun – 69 tahun mempunyai pengalaman dalam pembelian unit kediaman dari pemaju hartanah dan telah melalui pengalaman tinggal berpuluh tahun di unit kediaman tersebut.

Sudah tentu mereka akan cenderung memilih pemaju hartanah dengan reputasi yang lebih baik kerana mereka mempunyai pilihan bersandarkan dana persaraan KWSP atau wang simpanan mereka.

Kenapa Reputasi Pemaju Hartanah Penting?

Antara faktor yang diambil kira para pembeli hartanah yang mengambil kira reputasi pemaju hartanah adalah kerana :-

1. Kualiti

Pemaju hartanah ternama kerap menjadi kreatif dan berinovasi dalam pembuatan unit kediaman mereka.

Dari sekecil – kecil perkara seperti posisi pemegang pintu utama, laluan air bumbung rumah, bahan binaan sehinggalah reka bentuk rumah segalanya diambil serius oleh mereka.

Sebagai contoh, pemaju hartanah LBS Bina Group telah melakukan inovasi dengan menggunakan teknologi IBS dalam pembuatan unit kediaman mereka di Alam Perdana. Kesannya, semua pembeli mendapat kunci rumah mereka 9 bulan lebih awal dari tarikh serahan kunci.

2. Lokasi

Kebanyakan pemaju hartanah mempunyai modal dan bank tanah yang luas di kawasan tumpuan utama.

Ini menyebabkan mereka mampu membina unit kediaman di kawasan tumpuan utama yang mempunyai akses pengangkutan awam, infrastruktur dan fasiliti awam.

Contoh mudah adalah Mah Sing Group yang hari ini membangunkan M Centura di Sentul yang terletak 5 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur dan M Vertica KL yang terletak 5 minit berjalan kaki ke LRT & MRT Maluri.

3. Gaya Hidup & Komuniti

Pemaju hartanah yang mengetengahkan gaya hidup dan komuniti dalam konsep projek hartanah mereka adalah pemaju hartanah yang menyasarkan unit kediaman kepada golongan T20.

Contoh gaya hidup yang diketengahkan adalah gaya hidup sihat dengan trek jogging & berbasikal.

Komuniti yang diketengahkan adalah komuniti mesra alam seperti Setia Eco Templer yang dibangunkan SP SETIA Bhd Group antara pemaju hartanah top 3 di Selangor.

Baca : Pasangan Ini Bina Rumah Sendiri Di Atas Pulau Buatan

4. Keselamatan

Konsep Gated & Guarded kini semakin popular di Malaysia khususnya di Lembah Klang.

Pemilik kediaman tidak perlu lagi risau sekiranya mereka ‘terlupa’ mengunci pintu utama rumah mereka kerana keseluruhan kejiranan di kawal selia oleh CCTV 24 jam, rondaan berkala oleh pengawal keselamatan dan kediaman hanya boleh diakses dengan RFID atau kad yang sah sahaja.

Golongan yang mempunyai modal, sentiasa mempunyai pilihan. Disebabkan itulah golongan yang lebih berumur melihat reputasi pemaju hartanah penting.

Selain itu, penjenamaan dan konsep yang dibawakan pemaju hartanah adalah amat penting. Sekiranya hartanah itu baik, maka besarlah peluangnya untuk dilaburkan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.