7 Syarikat Pemaju Hartanah Dengan Jualan Menakjubkan Pada Tahun 2016

Di Malaysia, syarikat-syarikat pemaju hartanah merupakan industri yang paling menguntungkan. Ada yang bernilai sampai berbelas billion ringgit jika diikutkan kepada Market Capitalization.

Jom kita tengok 7 syarikat pemaju hartanah yang hebat berdasarkan jumlah pendapatan yang dilaporkan. Saham mereka ini juga dikategorikan sebagai saham patuh syariah di Bursa Malaysia:

1. SP Setia Berhad – Pendapatan RM6.7 billion, Untung 590 juta

Harga Semasa Saham RM3.49

S P Setia Corporate Hq, No.12, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Seksyen U13, SHAH ALAM, 40170, Malaysia

www.spsetia.com.my

Di antara projek terkemuka SP Setia termasuklah Setia Eco Glades, Cyberjaya; Setia Eco Gardens, Johor; Battersea Power Station, London; Setia Sky Ville, Penang; Eco Sanctuary, Singapore, KL Eco City, Kuala Lumpur, Setia Pearl Island, Setia Vista, Setia V Residences, Setia Greens, 11 Brook Residences, Setia Alam, Kenny Hills Grande, Dwiputra Residences, Qinzhou Industrial Park dan Setia Eco Cascadia.

2. IJM Corporation Berhad – Pendapatan RM5.1 billion, Untung 462 juta 

Harga Semasa Saham RM3.52

Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin,, PETALING JAYA, 46050, Malaysia

www.ijm.com

Projek-projek IJM terbahagi kepada beberapa sektor iaitu:

Komersial:

e-Gate Penang, PJ8 Petaling Jaya

Perumahan:

Aviva Green Seremban, Kukatpally Raintree Park India

Bandar Bersepadu:

Bandar Utama Sandakan, Nusa Duta Johor Bahru

Hartanah Pelaburan:

Holiday Villa Subang Jaya

3. Sunway Berhad – Pendapatan RM4.7 billion, Untung 585 juta 

Harga Semasa Saham RM3.25

Level 16, Menara Sunway,, Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway, SUBANG JAYA, 47500, Malaysia

www.sunway.com.my

Projek-projek Sunway terbahagi kepada beberapa sektor iaitu:

Hartanah:

Yang paling terkenal ialah Sunway Resort City. Juga membangunkan Sunway City Ipoh, Sunway Damansara dan Sunway Velocity. Juga terlibat dengan Sunway Iskandar, bandar bersepadu yang menampilkan enam presint utama iaitu The Capital, The Parkview, The Marketplace, The Lakeview, The Riverside dan The Seafront. Juga turut membangunkan Kiara Hills, Sunway Palazzio, Sunway Vivaldi, Sunway SPK Damansara, Sunway Montana dan Sunway Eastwood.

Pembinaan:

Di antara projek Sunway yang terkenal adalah Legoland Malaysia, KLCC Convention Centre, Lebuhraya Kajang-SILK, dan Bus Rapid Transit (BRT) – Laluan Sunway.

Pusat Membeli-Belah:

Merekalah juga yang membangunkan Sunway Pyramid di Sunway City; Sunway Velocity Mall; Sunway Putra Mall; Sunway Giza, Sunway Damansara; dan Sunway Carnival Shopping Mall, Penang.

4. IOI Properties Group Berhad – Pendapatan RM3.0 billion, Untung 1.1 billion 

Harga Semasa Saham RM2.04

Two IOI Square, IOI Resort City, PUTRAJAYA, 62502, Malaysia

www.ioiproperties.com.my

Banyak sebenarnya hartanah IOI Properties termasuklah 16 Sierra, Puchong South; Bandar Puteri Puchong & Puchong Jaya; IOI Resort City, Putrajaya; Bandar Puteri Bangi dan Warisan Puteri, Sepang di Selangor. Lain-lain hartanah mereka di negeri lain di Malaysia pula termasuklah Bandar IOI Bahau, Negeri Sembilan; Bandar Putra Kulai, Johor; Bandar Putra Segamat, Johor; Desaria, Penang, dan Bandar Kempas Utama, Johor.

5. Eco World Development Group Berhad – Pendapatan RM2.5 billion, Untung 224 juta 

Harga Semasa Saham RM1.52

Suite 52, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Seksyen U13, SHAH ALAM, 40170, Malaysia

www.ecoworld.my

Di antara projek terkemuka Eco World adalah Bukit Bintang City Centre (BBCC), Eco Sanctuary, Eco Tropics, Eco Business Park I, Eco Business Park III, Eco Terraces, Eco Meadows, Eco Sky, Eco Majestic, Eco Botanic, Eco Spring dan Eco Summer.

6. Mah Sing Group Berhad – Pendapatan RM2.9 billion, Untung 361 juta 

Harga Semasa Saham RM1.49

Penthouse Suite 1, Wisma Mah Sing, No. 163, Jalan Sungai Besi, KUALA LUMPUR, 57100, Malaysia

www.mahsing.com.my

Di antara projek terkemuka Mah Sing adalah Clover @ Garden Residence Cyberjaya, Austin Perdana Iskandar Johor, One Legenda Cheras, M City Jalan Ampang, Southville City @ KL South Bangi, The Loft @ Southbay City Penang, Sutera Avenue Kota Kinabalu, D’sara Sentral Sungai Buloh, Garden Plaza Cyberjaya, Garden Residence Cyberjaya, Icon City Petaling Jaya, Icon Residence Mont’ Kiara, IPARC Series Shah Alam, Kinrara Residence Puchong, Lakeville Residence Jalan Kuching, M Residence Rawang, M Residence 2 Rawang, M Suites Jalan Ampang, Star Avenue Sungai Buloh, StarParc Point Setapak, Kota Kinabalu Convention City, Ferringhi Residence Penang, Legenda@Southbay Penang, Southbay City Penang, Southbay Plaza Penang, Residence@Southbay Penang, Meridin BayVue @ Sierra Perdana Johor, i-Parc@Tanjung Pelepas Johor, Sierra Perdana Johor, The Meridin @ Medini Johor dan Meridin East Pasir Gudang

7. Gamuda Berhad – Pendapatan RM2.1 billion, Untung 633 juta 

Harga Semasa Saham RM5.28

Menara Gamuda, Block D, PJ Trade Centre, No. 8, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, PETALING JAYA, 47820, Malaysia

www.gamuda.com.my

Projek-projek Gamuda terbahagi kepada 3 sektor utama iaitu:

Kejuruteraan & Pembinaan:

MRT, Gamuda Industrialised Building System (GIBS), EDTP, Terowong SMART, Lebuhraya LDP / SAE / SPRINT, Empangan Sungai Selangor, Pelabuhan Tentera Laut Lumut, Hospital UKM, Jambatan Kuantan dan banyak lagi.

Pemaju Hartanah:

Kundang Estates, Twentyfive.7, Gem Residences, Bukit Bantayan, Kota Kemuning, Bandar Botanic, Jade Hills, Horizon Hills, Madge Mansion, Valencia, The Robertson, HighPark Suites

Konsesi Infrastruktur:

Lebuhraya SPRINT, LDP, Shah Alam Expressway, Terowong SMART dan banyak lagi

Sektor Hartanah Di Malaysia Berpotensi Besar

Siapa kata hartanah di Malaysia sedang gawat? Syarikat-syarikat di atas telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun kewangan 2016, dan semestinya ini turut menggembirakan pemegang-pemegang saham mereka. Sektor hartanah Malaysia terkenal dengan sifat daya tahan dan pertumbuhan yang baik untuk jangka panjang.

Jadi apa tunggu lagi? Rebutlah peluang samada dengan menjadi pemegang saham syarikat-syarikat pemaju hartanah atau pun membeli hartanah di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman