Buffett Indicator, Petunjuk Untuk Mengetahui Pasaran Saham Sesebuah Negara Undervalued Atau Overvalued

Warren Buffett merupakan seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia pelaburan. Beliau mengamalkan teknik Value Investing dengan mencari saham-saham yang undervalued dan berpotensi untuk berkembang maju di masa hadapan.

Beliau juga mempunyai teknik bagi menentukan sama ada pasaran saham sesebuah negara adalah di bawah nilai atau terlebih nilai.

Teknik ini diperkenalkan oleh Warren Buffett pada tahun 2001 yang kini dikenali sebagai Buffett Indicator. Ianya sesuai untuk digunakan di mana-mana pasaran saham di seluruh dunia tanpa memerlukan syarat-syarat tertentu.

Apa Itu Buffett Indicator?

Ianya bertujuan untuk memberi gambaran secara ringkas tentang keadaan sesebuah pasaran saham, sama ada dalam keadaan undervalued, fair value atau overvalued.

Teknik ini sangat mudah iaitu dengan mengira kesemua saham yang ada di sesebuah negara dan dibahagikan dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) sesebuah negara dan didarab dengan 100.

Kredit Gambar: Corporate Finance Institute

Bagi  Amerika Syarikat, bilangan saham yang digunakan berdasarkan kepada Wilshire 5000 Total Market Index. Indicator ini dibangunkan oleh syarikat Wilshire Associates pada tahun 1974.

Syarikat ini menggunakan penunjuk 5,000 sebagai satu penunjuk di era 1970-an. Pemilihan 5,000 buah syarikat pada masa tersebut mengikut kriteria yang dibangunkan untuk menjadi penanda aras di dalam pasaran saham.

Untuk masuk ke dalam Indicator Wilshire 5000 ini, sesebuah syarikat wajib mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat, sahamnya disenaraikan dalam pasaran saham Amerika Syarikat dan segala maklumat tentang syarikat tersebut boleh diakses oleh orang awam.

Pada permulaannya, sebanyak 5,000 buah syarikat diperkenalkan dan dari semasa ke semasa, kini hanya terdapat 3,451 buah syarikat di Amerika Syartikat yang memenuhi ciri-cirinya.

Walaupun terdapat tiga ribu lebih syarikat, ia tetap dikenali sebagai Wilshire 5000.

Contoh Penggunaan Buffett Indicator Di Pasaran Wall Street Sejak 50 Tahun Lalu

Kredit Gambar: Visual Capitalist

Sepanjang 50 tahun yang lalu, Buffett Indicator ini banyak memberi maklumat kepada para pelabur untuk melihat keadaan ekonomi Amerika Syarikat apabila setiap krisis besar berlaku.

Indicator ini kebanyakannya menunjukan petanda awal apa yang mungkin berlaku kepada ekonomi sesebuah negara di masa hadapan. Antara krisis yang terbesar berlaku di Amerika Syarikat sepanjang 50 tahun yang lalu telah berjaya dibuktikan oleh Buffett Indicator ini.

Di antaranya krisis Black Monday dan dot com bubble. Menurut Warren Buffett, jika nilai Buffett Indicator ini melebihi 80%, ia menunjukan keadaan ekonomi sesebuah negara berada pada tahap overvalued dan sangat membimbangkan.

Jika pelabur melabur dalam ekonomi tersebut, ia seolah-olah sedang bermain dengan api dan bila-bila masa boleh terbakar.

Keadaan Ekonomi Dunia Terkini Menggunakan Buffett Indicator

Kredit Gambar: Current Market Valuation

Ekonomi dunia semakin parah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun lepas. Buffett Indicator menunjukan keadaan ekonomi Amerika Syarikat berada pada paras 88% dan ia menunjukan nilai overvalued terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Adakah perkara ini penunjuk ini bakal memberi tanda-tanda awal ekonomi Amerika Syarikat berada pada paras bahaya seperti krisis yang berlaku seperti sebelum ini?

Untuk membuat kesimpulan bahawa ekonomi Amerika Syarikat berada pada paras bahaya pada hari ini adalah sukar kerana campur tangan kerajaan Amerika Syarikat dan pakej stimulus yang diumumkan pihak kerajaan.

Federal Reserve telah menurunkan kadar faedah ke paras yang paling rendah iatu hampir sifar bagi membantu merancakkan ekonomi negara. Dengan kadar interest rate yang rendah, pinjaman perniagaan dan pinjaman individu amat mudah untuk diperolehi.

Ekonomi Amerika Syarikat bakal menjadi rancak semula sekiranya aktiviti perniagaan dapat berkembang dengan pesat.

Sumber Rujukan: Visual Capitalist

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkan sekarang -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.