Dua Perkara Asas Dalam Analisis Teknikal

Dalam mana-mana pelaburan, istilah support dan resistance adalah satu konsep teknikal analisis. Support dan resistance perlu dikenali oleh seorang trader untuk membantu membuat keputusan dalam trading. Support dan resistance selalu digunakan oleh pelabur untuk mengintai peluang meraih keuntungan.

1. Support (Lantai)

Photo by Digital Buggu from Pexels

Support dalam trading adalah satu garis harga yang akan memantulkan semula harga pasaran yang sedang menurun (downtrend) atau menghalang pasaran untuk terus jatuh ke bawah. Support boleh dikatakan sebagai garisan lantai.

Lantunan bola yang tidak dapat memecahkan lantai, akan menjadikan garis harga ini satu support yang kuat. Akan tetapi, apabila harga pasaran dapat memecahkan garis harga ini, ia boleh bertukar menjadi resistance pula.

Paras harga ini selalu dijadikan titik perhatian sama ada untuk entry ataupun exit dalam meraih keuntungan dalam trading.

2. Resistance (Siling)

Photo by Fortune Dlamini from Pexels

Sama seperti support, resistance juga adalah satu garis harga yang sukar ditembusi oleh pergerakan harga yang sedang menaik (uptrend). Pada garis harga resistance ini, pasaran yang sedang naik akan terhenti atau terpantul semula jika tidak dapat memecahkan garis harga ini.

Kita boleh bayangkan ia adalah seperti siling rumah. Apabila sebiji bola dilambung dan terkena siling, bola tadi akan terpantul semula dan jatuh ke lantai. Namun begitu, resistance (siling) tadi boleh menjadi support yang baru apabila ia dapat dipecahkan

Jadi, paras harga ini selalu dijadikan titik perhatian sama ada untuk entry ataupun exit.

Penembusan Garis Support Dan Resistance

Sekiranya garisan support dapat ditembusi, ia adalah petanda bahawa harga pasaran yang sedang menurun akan turun lebih rendah. Apabila ia dapat dipecahkan, harga pasaran akan menurun ke tahap yang lebih rendah dan satu support baru dibawahnya pula akan dijadikan rujukan.

Sama juga seperti resistance, apabila harga pasaran yang sedang menaik dapat menembusi resistance, satu resistance baru akan dijadikan rujukan. Garis resistance tadi akan bertukar menjadi satu garis support pula.

Sebagai seorang trader, support dan resistance adalah perkara utama yang mereka perlu ambil tahu dalam menganalisis pasaran. Hal ini kerana, support dan resistance sangat penting untuk mereka mengenalpasti arah pergerakan harga pasaran seterusnya dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimakan kerugian.

10 orang peserta bertuah akan dipilih untuk menang pakej percutian setiap minggu dengan menyertai program ‘FCPO Fast Track’ pada 30 dan 31hb October. Bayaran bagi program ini adalah SEIKHLAS HATI. Sila ke group Telegram ini untuk tidak terlepas sebarang info https://t.me/joinchat/Vs4Bfza2OYMxNDY1

Previous ArticleNext Article

Ketidakstabilan Ekonomi: Kekal Melabur Atau Cabut Lari?

Semua orang melabur untuk dapatkan keuntungan. Beli ketika harga saham rendah, jual pada harga tinggi. Nampak mudah, hakikatnya pasaran saham sukar dijangka.

Sebabnya, keadaan ekonomi sentiasa berubah dan bergantung pada naik turun pasaran global. Kita hanya boleh mengandaikan pasaran berdasarkan data terdahulu. Sejak 1937, 76% pulangan pasaran adalah positif. Fasa (bull market) juga lebih lama berbanding fasa penurunan pasaran (bear market). 

Sumber: Franklin Templeton

Sebelum Melabur

Sebelum buat keputusan, periksa ‘kesihatan’ kewangan peribadi anda dahulu. Apa matlamat kewangan anda? Paling penting, berapa modal yang anda sanggup laburkan? Atau berapa banyak modal yang mampu anda ketepikan untuk pelaburan tanpa mengganggu tabung kecemasan?

Ingat, setiap pelaburan ada risiko yang tersendiri. Istilahnya, #CapitalAtRisk. Terpulang pada kita. Mahu yang mana?

Anda Pelabur Kategori Mana?

Pelabur jangka pendek matlamatnya hendak dapatkan pulangan cepat. Orang kata “high risk high reward”. Sebagai pelabur jangka pendek, perlu lebih rajin dan selalu tengok pasaran sebab bermain dengan masa dan risiko. Teknik ‘timing the market’ ini sangat berisiko tinggi.

Bagi pelabur jangka panjang, matlamatnya adalah mendapatkan pulangan yang lebih stabil pada risiko tahap medium. Jadi mereka sanggup tunggu lebih lama bagi merendahkan risiko. Matlamat mereka mungkin untuk menggunakan keuntungan pelaburan tersebut sebagai dana pendidikan anak-anak dan tabung untuk menunaikan rukun Islam kelima. Ibu bapa yang bijak akan membuat perancangan masa depan anak dengan melabur dari awal supaya anak tidak terikat dengan bebanan hutang apabila tamat pengajian.

Mereka tak perlu tengok carta secara kerap, cuma memerhati pasaran dari semasa ke semasa. Ini yang dikatakan kata “time in the market”. Melabur jangka panjang dan konsisten. Komitmen sebegini lebih tenang dan mantap.

Disiplin Melabur

Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan. Ada kalanya kita mungkin terpaksa korbankan kemahuan kita hari ini untuk mencapai bahagia yang lebih besar di masa hadapan.

Melabur pun perlu ada disiplin. Ambil tahu yang mana kita boleh kawal seperti kos, masa dan risiko dengan yang tidak boleh dikawal iaitu pulangan pelaburan. Jadilah pelabur yang bijak sebelum mengambil keputusan untuk melabur. Perlu ada kira-kira risiko vs pulangan dengan strategi dan ilmu.

Secara amnya, mereka yang kekal melabur dalam jangka masa panjang dengan portfolio terpelbagai akan menjana keuntungan yang lebih baik berbanding pelaburan jangka pendek.

Pelaburan yang stabil adalah pelaburan jangka panjang, konsisten dengan pelaburan berkala serta ada pelbagai sumber pelaburan. Konsisten itu macam mana? Laburlah dengan sejumlah duit yang tetap secara bulanan atau mingguan. Sesuaikan dengan kemampuan anda.Pelbagaikan sumber pelaburan untuk meminimumkan risiko. Boleh ambil kombinasi seperti saham dan emas atau saham, sukuk dan REIT. Ada pelbagai lagi sumber pelaburan asalkan anda bijak mengagihkan modal pelaburan dan risiko. Di mana nak cari semua sumber ini? Sekarang, tidak sukar. Anda boleh terokai semuanya melalui Wahed Invest. Di Malaysia, servis ini dikendalikan oleh Wahed Malaysia.

Melalui Wahed Invest, anda akan didedahkan dengan pasaran saham global dan saham-saham syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan China. Pendedahan kepada pasaran saham global ini meluaskan lagi pilihan sumber pelaburan. Paling penting, Wahed Invest adalah perkhidmatan kewangan digital patuh syariah. Tidak perlu risau-risau lagi. Modal pula tidak perlu tinggi, RM100 sudah cukup untuk modal permulaan.

Jangan risau, kos perkhidmatan platform Wahed Invest hanya dalam lingkungan 0.39% hingga 0.79% sahaja. Yuran pula murah dan tiada caj tersembunyi. Jika ada keperluan mendesak, anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa. Tiada lock-in period. Kita boleh lihat ciri-ciri patuh syariah dalam Wahed Invest. Kini sudah ada pelaburan halal di peringkat antarabangsa.

Seperti mana-mana perkhidmatan pelaburan digital lain, pastikan anda baca dahulu terma dan syarat pelaburan sebelum bermula di sini. Jika sudah faham dan anda ada RM100, jom #LaburCaraWahed.

Muat turun aplikasi Wahed Invest di: https://app.wahedinvest.com/go