Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan

Jika anda ditawarkan dua situasi pilihan untuk memilih kekayaan bagi tempoh 30 hari, yang manakah akan menjadi pilihan?

Pilihan A:

Anda diberikan wang tunai sebanyak RM3,000,000 selepas tempoh 30 hari, dan anda boleh membelanjakan wang tersebut. Bayangkan apa yang anda boleh beli?

Beli saham Petronas, beli kereta Mustang, beli rumah sebelah KLCC, beli 10 biji iPhone….

Wow, terbaikkk bro!

Pilihan B:

Anda hanya diberikan RM0.01 pada hari pertama, namun nilai tersebut akan berganda sebanyak 2 kali pada hari berikutnya iaitu RM0.02. Selepas 5 hari jumlah wang anda RM0.16, 10 hari wang anda sebanyak RM5.12. Selepas 20 hari berlalu jumlah wang anda meningkat sebanyak RM5,242.88.

Fikirkan seminit, buat pilihan anda dan jangan risau, tiada pilihan yang salah.

.

..

Jika anda memilih Pilihan A, tahniah anda memiliki RM3,000,000 wang tunai. Anda boleh membelanjakannya mengikut kemahuan anda.

Namun, tahukah anda pilihan yang terbaik adalah Pilihan B? Selepas tempoh masa 30 hari jumlah wang anda meningkat sebanyak RM5,368,709.12. Melebihi RM 2,368,709.12 daripada nilai pilihan A.

Itulah dia analogi mudah kesan daripada Compounding atau juga dikenali sebagai Kesan Gandaan.

Jika konsisten meningkat setiap hari dalam portfolio pelaburan kita, ia akan memberi kesan yang sangat besar. Bayangkan jika anda mempunyai RM10,000 dan ianya sentiasa meningkat 10% pada setiap bulan, apa akan anda miliki selepas 10 tahun?

Namun bukan semua individu memiliki minda pemikiran yang betul untuk melaksanakan Compounding dalam pelaburan mereka. Jika anda meletakkan peratusan yang tinggi untuk meningkatkan jumlah pelaburan anda, sekaligus risiko juga akan meningkat. Kebarangkalian untuk anda gagal juga meningkat.

Sebab itulah kita sebagai seorang pelabur perlu melihat Compounding sebagai satu proses untuk seorang individu yang mempunyai kesabaran tinggi, tetapi perlu faham akan risiko pelaburan terlebih dahulu. Inilah antara caranya untuk kita jadi pelabur yang berjaya, InsyaAllah.

Konsep ini terbukti berjaya. Kalau nak tahu konsep ini bukan terpakai untuk unit trust sahaja. Ia juga boleh diaplikasikan dalam pelaburan saham.

Nak tahu lebih lanjut pasal Compounding ni, jemput baca Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.