Semua Pasaran Saham Merudum, Apa Alternatif Yang Ada?

Sejak beberapa bulan lepas, pasaran saham di seluruh dunia mengalami kejatuhan kerana kelembapan ekonomi. Bukan sahaja pasaran saham, semua instrumen pelaburan mengalami kejatuhan. Hal ini bermula dengan gangguan bekalan makanan asas dunia disebabkan oleh Perang Russia-Ukraine.

Pasaran saham khususnya sangat sensitif dengan berita seperti ini. Pada minggu lepas boleh kita saksikan penurunan indeks-indeks dunia dan komoditi disebabkan pengumuman peningkatan kadar inflasi di Amerika Syarikat. Pada bulan Mei yang lalu, Amerika Syarikat mencatatkan kadar inflasi tertinggi sejak 40 tahun yang lalu iaitu 8.6%. Sehubungan dengan itu, pihak bank dunia mengumumkan kenaikan kadar interest secara mendadak untuk melawan kadar inflasi dunia.

Lebih membimbangkan ramai pelabur apabila pada bulan Jun kadar inflasi yang diumumkan Amerika Syarikat lebih tinggi dari bulan sebelum iaitu mencecah 9.1%. Tindak balas pasaran dilihat apabila semua pasaran sedang mengalami kejatuhan. Seluruh pasaran saham dunia berada dalam lautan merah pada minggu lepas dan ramai pelabur yang hanya mampu tengok dan tidak mengambil posisi dalam pasaran.

Sebaliknya tidak bagi pelabur dalam dunia futures. Dunia futures tidak menghiraukan kenaikan mahupun penurunan dalam pasaran. Hal ini kerana, pasaran futures adalah pasaran dua hala. Pelabur boleh mengambil posisi short (menjual di atas membeli di bawah) dan long (membeli di bawah dan menjual di atas). Semuanya tidak mustahil dalam dunia futures.

Oleh itu jika anda seorang pelabur, pasaran futures adalah satu alternatif bagi anda kerana ia kalis ekonomi. Salah satu produk futures yang terkenal adalah perdagangan yang melibatkan komoditi minyak kelapa sawit. Minyak kelapa sawit didagangkan dalam bentuk kontrak dan kontrak ini akan bertukar apabila tarikh luputnya telah sampai. Dalam pasaran FCPO, pedagang runcit dikenali sebagai speculator yang mana mereka tidak akan menukar kontrak FCPO kepada barang fizikal. Mereka hanya masuk pasaran untuk mengambil keuntungan.

Bagaimana Nak Untung Dalam Pasaran FCPO?

FCPO bergerak dalam kiraan ticks. 1 ticks pergerakan bersamaan RM25. Kos transaksi FCPO adalah antara RM10 hingga RM8 untuk setiap transaksi. Contoh kiraan keuntungan adalah seperti dibawah:

Posisi Long

Harga beli : 4300

Harga jual : 4350

Cara kiraan :  4350(bo – 4300 = 50 ticks

                    : 50 x RM25 = RM 1250

Broker fee (in-out) : RM20

Untung bersih : RM1250 – RM20 = RM1230

Pasaran FCPO menjanjikan potensi keuntungan yang besar jika pelabur mahir menganalisis pasaran. Namun begitu, jika salah analisis, pasaran FCPO juga boleh mendatangkan potensi kerugian yang besar.

Modal pelaburan FCPO yang paling ideal adalah antara RM10,000 hingga RM30,000. Pada masa ini, margin pelaburan FCPO adalah RM11,000 untuk full margin. Namun begitu, pelabur boleh memohon untuk mendapatkan half margin iaitu RM5,500.

Selain speculator, anda juga boleh berdagang sebagai hegders. Cara perdagangan hedger adalah lebih rumit namun begitu ia sangat mudah dalam mendapatkan profit dan kelebihan yang lain adalah ianya lebih rendah risiko berbanding speculator. Nak tahu cara perdagangan hedgers? Tunggu artikal seterusnya.

Baca juga:

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

  • Apa itu Leader?
  • Apa itu Laggard?
  • Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
  • Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
  • Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
  • Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Previous ArticleNext Article

Harga Minyak Sawit Diunjur Antara RM4,000 Hingga RM5,000 Satu Tan Tahun Depan – CPOPC

JAKARTA, 6 Dis (Bernama) — Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .

Timbalan Setiausaha Agung Datuk Nageeb Wahab berkata permintaan global terhadap minyak sawit juga meningkat.

“Apabila permintaan global untuk minyak sawit meningkat dan pada masa sama pengeluaran mendatar, ini berkemungkinan mengakibatkan kekurangan bekalan, sekali gus memacu harga menjadi lebih tinggi,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata paras harga semasa sekitar RM5,000 satu tan mungkin bersifat sementara, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bencana banjir yang berterusan di Malaysia, yang telah menyokong sentimen pasaran yang kukuh.

Pengeluaran mendatar, ditambah dengan ladang yang semakin tua, cuaca tidak menentu dan peluasan terhad bagi kawasan ladang baharu, dijangka menjejaskan bekalan global, seterusnya melonjakkan harga, katanya.

Mengenai keanggotaan CPOPC, Nageeb berkata majlis itu dianggotai Malaysia, Indonesia, Honduras dan Papua New Guinea sebagai ahli penuh pada masa ini manakala Colombia, Ghana, Nigeria dan Republik Demokratik Congo pula anggota pemerhati.

Usaha sedang dilaksanakan untuk membawa Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia, ke dalam majlis itu, katanya.

Beliau berkata jika berjaya, kalangan negara anggota akan mengawal 93 hingga 95 peratus pengeluaran minyak sawit global, sekali gus memperkukuh pengaruh mereka dalam pasaran.

“Kami juga akan mempunyai suara yang lebih lantang,” katanya.

CPOPC, ditubuhkan pada 21 Nov, 2015, ialah organisasi antara kerajaan yang khusus untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara pengeluar minyak sawit.

— BERNAMA

Boleh juga buka dan trade FCPO dengan akaun Webull, rujuk Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif