Kesan-Kesan Tidak Mematuhi ESG

Topik ESG merupakan satu perkara yang sudah mula dipandang secara serius oleh banyak pihak termasuklah pihak kerajaan, organisasi, bank, dana pelaburan dan para pelabur institusi serta runcit.

ESG merupakan akronim bagi Environmental, Social, Governance ataupun alam sekitar, sosial dan urus tadbir. 

Baca: Apakah Itu ‘Environmental, Social and Governance’ (ESG) Dan 4 Sebab ESG Penting Kepada Bank?

Sekiranya syarikat-syarikat tidak mengamalkan ESG, maka akan terdapat impak yang memberi kesan buruk terhadap syarikat tersebut. Kita boleh rujuk kembali beberapa peristiwa yang lepas untuk dijadikan rujukan.

Berikut merupakan antara insiden atau peristiwa yang pernah berlaku.

  1. Produk Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Disekat Masuk Amerika Syarikat

Ketika pandemik melanda, sarung tangan mendapat permintaan yang sangat tinggi dari banyak negara. Sebagai sebuah negara yang banyak mengeksport sarung tangan, negara kita banyak mendapat faedah daripadanya. 

Walaubagaimanapun, terdapat berita tergempar apabila pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) melarang import daripada pengeluar sarung tangan Malaysia atas dakwaan amalan buruh paksa.

US Customs determines forced labour at Malaysia's Top Glove, to seize gloves
Gambar: AFP

Apa yang mengejutkan pada tahun 2021, bukan satu tetapi lima syarikat pengeluar sarung tangan tempatan yang disekat daripada masuk ke Amerika Syarikat. Daripada lima syarikat ini pula terdapat antaranya disenaraikan di Bursa Malaysia.

Baca: Smart Glove syarikat Malaysia kelima disekat masuk AS

Berita berkaitan: Supermax Corp pula disekat AS, harga saham merosot hampir 9%

Apabila kita berbincang mengenai pelanggaran amalan buruh paksa, syarikat-syarikat tersebut telah melanggar etika sosial, iaitu salah satu kriteria dalam ESG. Sekiranya syarikat mengamalkan amalan buruh paksa, secara tidak langsung ia akan menjejaskan syarikat tersebut dalam banyak aspek contohnya seperti berita di atas. 

Bagi sesetengah negara yang amat mementingkan hak asasi manusia, Amerika Syarikat bertindak menghalang import sarung tangan daripada syarikat tersebut. Larangan tersebut sudah tentu menjejaskan pendapatan syarikat, meningkatkan kos operasi syarikat, menjejaskan imej syarikat, kehilangan pelanggan, dan kehilangan kepercayaan pelabur.

Baca: Top Glove Rugi RM3.6 Bilion Sepanjang Tempoh Perintah Pelepasan Penahanan – MITI

Top Glove Corporation Bhd mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat. 

Walaubagaimanapun, menurut MITI sekatan WRO tersebut telah dibatalkan pada 10 September 2021 setelah CBP berpuas hati dengan bukti dan tindakan yang diambil oleh syarikat Top Glove termasuk pembayaran pampasan kepada pekerja dan memperbaiki kemudahan tempat kerja serta penginapan pekerja.

Semoga tindakan positif ini tidak terhenti di sini sahaja kerana hak buruh perlu dilindungi bukan sahaja sebagai pekerja tetapi juga sebagai manusia.

  1. Kes Audit Serba Dinamik

Kes ini pernah menjadi antara kes yang paling menarik perhatian yang berkaitan dengan salah sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Mana tidaknya, para pelabur melihat Serba Dinamik sebagai sebuah syarikat yang sangat berpotensi dan dalam sekelip mata sahaja harga sahamnya merudum sebaik sahaja terpalit dengan kontroversi. 

Pada pertengahan tahun 2021, pasaran saham tempatan digemparkan dengan isu audit yang melanda sebuah syarikat minyak & gas terkemuka iaitu Serba Dinamik. 

Baca: Serba Dinamik : Apa Yang Berlaku?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap perakaunan kewangan Serba Dinamik berikutan terdapat perbezaan pendapat di antara syarikat ini dan auditor mereka iaitu KPMG Malaysia.

Bukan itu sahaja, selepas KPMG mengumumkannya perkara tersebut kepada awam, Serba Dinamik mengambil langkah menyaman KPMG. Tujuan saman tersebut adalah atas alasan firma audit itu gagal atau cuai untuk menyempurnakan laporan audit sehingga menyebabkan kerugian ke atas Serba Dinamik.

Isu audit ini sememangnya tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan salah laku tadbir urus syarikat dan cubaan menyembunyikan perkara sebenar daripada pelabur dan orang awam. 

Mana-mana syarikat wajib telus dalam melaporkan perniagaan dan prestasi kewangan syarikat. Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, seharusnya syarikat seperti ini perlu mempamerkan contoh yang baik kepada syarikat-syarikat di luar sana. 

Sebenarnya masih ramai yang memegang saham ini sebelum ianya digantung. Agaknya apa yang akan terjadi seandainya perintah penggulungan syarikat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu dimuktamadkan?

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa kes yang pernah terjadi seperti di atas, pengetahuan mengenai ESG dapat melindungi kita sebagai pelabur untuk mengelakkan diri daripada membuat pelaburan terhadap syarikat yang tidak mematuhi ESG. 

Dengan mengetahui kesan-kesan yang bakal menimpa syarikat tersebut akibat tidak mematuhi ESG, anda dapat membuat keputusan yang bijak dengan lebih awal.

Kesimpulannya, sekiranya anda adalah seorang pelabur yang bertanggungjawab, adakah anda akan melabur ke dalam sebuah syarikat yang mengamalkan buruh paksa? Melabur ke dalam syarikat seperti ini umpama menyokong perbuatan tersebut.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pelabur Asing Kembali Ke Pasaran Saham Malaysia Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada bulan Julai, beralih kepada saham perbankan dan utiliti yang bersifat defensif apabila aliran dana global berubah berikutan pembetulan dalam saham teknologi

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Fad’l Mohamed, berkata aliran masuk bersih asing ke dalam pasaran ekuiti tempatan berjumlah kira-kira RM297 juta setakat 27 Julai, menandakan minat pelabur berterusan walaupun di sebalik ketidaktentuan global yang memuncak.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat keputusan kewangan separuh pertama 2026 Bursa Malaysia hari ini, Fad’l berkata peralihan itu mencerminkan sifat pasaran global yang berubah, dengan pelabur memperuntukkan semula dana merentas pasaran dan sektor sebagai respons kepada keadaan yang bertukar.

“Baru-baru ini, kita melihat aliran masuk yang sangat tinggi ke dalam pasaran seperti Taiwan dan Korea Selatan, terutamanya didorong oleh saham berkaitan teknologi dan pertumbuhan berkaitan teknologi. Pelaburan sedang kembali ke Malaysia dalam persekitaran pembetulan baru-baru ini dalam saham berkaitan teknologi,” katanya.

Fad’l berkata, pelabur asing kembali kepada saham yang menawarkan pulangan lebih stabil, terutamanya dalam sektor perbankan dan utiliti.

Beliau berkata, pergerakan dalam pasaran sekunder berbeza daripada yang mendorong Tawaran Awam Permulaan, perdagangan ekuiti dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk aliran masuk asing, pulangan, dolar Amerika Syarikat (AS) dan sentimen risiko pasaran yang lebih luas.

Pegangan saham asing dalam Bursa Malaysia kekal stabil pada sekitar 19 peratus, mencerminkan penyertaan antarabangsa berterusan dalam pasaran tempatan walaupun berlaku ketidaktentuan global

-BERNAMA