Kisah Pegawai Kerajaan Yang Berdendam Dengan Market FCPO

Saiful (bukan nama sebenar) adalah seorang kakitangan awam PTD Gred M44 di Putrajaya. Di bahagian tempat beliau bertugas, terdapat seramai 14 kakitangan yang diselia di bawah beliau. Pendek kata, beliau adalah seorang “Little Napoleon”.

Walaupun masih muda, namun beliau mempunyai kuasa untuk membuat penilaian prestasi yang akan memberikan kesan terhadap pergerakan gaji pekerja-pekerja dibawah seliaan beliau. Di kaca mata kakitangannya, beliau adalah seorang yang dinamik, mempunyai pengetahuan yang luas serta petah berdebat. Beliau adalah “Mr Know It All” di pejabatnya.

Untuk menambah pendapatan, beliau telah mengkaji beberapa instrumen kewangan termasuk pelaburan hartanah (passive income) serta pelaburan emas. Namun disebabkan nature of business beliau yang lebih kepada office environment, beliau tidak merasakan kedua-dua instrumen tersebut sesuai dengan jiwa beliau sehinggalah beliau terjumpa dengan cabang pelaburan portfolio, Pasar Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit atau Futures Crude Palm Oil (FCPO).

Seperti menunggu buah yang telah jatuh, beliau tertarik dengan FCPO disebabkan nature of business yang tidak perlu berhadapan dengan orang ramai serta membuat selling, tidak perlu keluar pejabat malah hanya perlu memerhatikan chart sahaja sepanjang hari.

Bagi beliau hal tersebut adalah enteng, sementelahan pula pelbagai bacaan serta pembelajaran yang beliau dapati melalui internet boleh difahami dengan mudah. Malah beliau berbangga kerana semua material tersebut beliau berjaya perolehi secara percuma.

Apabila melihat posting-posting di facebook tentang pendapatan yang diperolehi oleh trader FCPO, beliau yakin mampu mendapat pulangan yang lebih baik. “Takkanlah aku yang terlibat dengan dasar kewangan negara, setiausaha jawatankuasa aplikasi dasar fiskal tak boleh buat duit…sia-sialah aku jadi pegawai..”..getus Saful sendirian di bilik pejabatnya.

Setelah yakin dengan ilmu di dada, beliau telah membuka 1 lot akaun dan mahu trade dengan seberapa segera, kerana khuatir akan terlepas peluang untuk membuat duit.

Hari pertama trade ialah hari Selasa, 9 Oktober 2012 memandangkan ketua jabatan beliau tiada dan tiada perkara urgent yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Setelah membuat trade yang pertama, Buy to Open dan Sell to Close, Saiful berjaya mendapat 12 ticks. 12 X RM25 = RM300 dalam masa 10 minit.

“Ala..senangnya…camnie pun nak kecoh….aku boleh buat RM1K sehari ne..”

Cubaan kedua beliau, Sell to Open dan Buy to Close…sell pada 2340, tiada Stop Loss sebab beliau yakin dan tak mahu menerima loss…Anggaran Take Profit ialah sekitar 2320..untuk Buy Back. Harga mulai turun sehingga 2334, tapi beliau tak close position lagi sebab belum capai TP. Masa menunjukkan pukul 12.26 tengahari. Beliau yakin harga akan terus bergerak ke arah TP beliau sebelum market close pada pukul 12.30 tengahari.

Market stalled, sehinggalah pukul 12.29 tengahari, tiba-tiba price melonjak ke 2348…! “Alamak..! Kalau aku close kang lost plak RM200..! Tadi dah untung…this is stupid..”

Jadi beliau membiarkan sahaja open position, sehingga sesi petang. Apa yang beliau tidak tahu ialah berkenaan market behavior FCPO, yang cenderung follow external market seperti Soybean Oil. Price mungkin akan membuat gap apabila opening sesi petang nanti…

Semasa lunch beliau begitu bad mood sehinggakan tak mahu bercakap dengan sesiapapun. Apabilla market open sahaja, beliau yakin market akan turun kembali disebabkan terdapat breakout, tanpa beliau menyedari itu adalah False Breakout kerana price tidak melepasi Resistance Level. Beliau tidak menyedari bahawa market telah membuat False Signal untuk memerangkap novice trader seperti beliau.

Sebaik sahaja market dibuka, market telah membuat new Higher High dan Higher Low, iaitu confirmation trend akan berubah dari downtrend ke uptrend. Tapi beliau masih berharap price akan jatuh semula kerana terdapat pula double top. Tanpa beliau sedari, level pullback diantara double top sehingga price semasa sudah mencapai 50%, yang mana price akan kembali bergerak naik disebabkan level tersebut tidak pula melepasi previous low…disebabkan tiada Stop Loss, tiada Risk Management yang betul, beliau telah kerugian hampir RM1200 dalam masa satu hari..

Saiful menjadi semakin geram….emosi terganggu..beliau berdendam dengan market FCPO…kerana beliau tidak sanggup menerima hakikat beliau telah ditewaskan..! Bagaimana seorang yang berkedudukan tinggi, berpelajaran seperti beliau boleh loss sedangkan pada masa yang sama ada aje trader yang update keuntungan di FB.

Saiful masih yakin dengan analisis serta setup beliau…segala jenis indikator yang beliau percaya seperti MACD, Stochastic Slow, RSI, EMA dan SAR beliau gunakan…malah beliau telah mengkaji beberapa bulan melalui youtube akan penggunaan indikator-indikator tersebut…semuanya nampak senang dan mudah difahami. Malah beliau telah beberapa bulan membuat back test ke atas chart FCPO sebelum memulakan real trade..segalanya mengikut plan…kenapa masih loss…??!

Hari-hari mendatang beliau trade dengan penuh kebencian…dendam kesumat untuk mendapatkan kembali sejumlah wang yang telah loss. Malah Saiful telah mengambil cuti selama 5 hari semata-mata untuk trade full time. Saban malam beliau mengkaji pergerakan chart sebelumnya..membuat jangkaan serta trading plan..sebagaimana yang beliau pelajari melalui internet serta buku-buku berkaitan trading. Kali ne tiada mistake yang patut berlaku..namun setiap kali click Buy atau Sell…tiap kali itulah harga akan reverse…Stop Loss..? Beliau pasti harga akan kembali ke paras asal..jadi beliau hanya membiarkan pergerakan harga serta memerhatikan pergerakan chart tanpa berkelip mata….

Rupanya-rupanya belajar memang senang untuk master…tapi praktikal belum tentu…pada hari ke-4 beliau terpaksa berhenti trade kerana telah mendapat Margin Call….”takpe-takpe..I shall come backk…! and I’ll wipe out all the money in the market…!..” Saiful masih tidak berpuas hati…apa yang missing sebenarnya..?

Market behaviour…macam mana untuk mengenalpasti false breakout..? Macam mana nak elakkan menjadi trapped trader..?
Bilakah timing market akan kuat momentum….?

Beliau masih mencari dan mencari….dengan kos pembelajaran yang murah tetapi tuition fee yang sangat mahal….

Apa yang berlaku dalam situasi di atas berkait rapat dengan aspek psikologi seorang trader. Semasa trading anda memerlukan EQ yang tinggi berbanding IQ. Tetapi semasa membuat trading plan, anda perlu mempunyai IQ yang tinggi berbanding EQ. Oleh itu, plan your trade dan trade your plan adalah dua (2) perkara berbeza. Semasa trading, anda menggunakan 70% EQ dan 30% sahaja IQ. Oleh itu, EQ management adalah faktor penentu kejayaan semasa anda trade your plan.

Intellectual Quotient adalah skor yang digunakan untuk mengukur tahap keintelektualan seseorang menggunakan pelbagai ujian yang di ilhamkan oleh ahli psikologi, William Stern.

Emotional Quotient pula bermaksud kebolehan untuk mengenalpasti, akses dan mengawal emosi sendiri. EQ mempunyai kaitan dengan kebijaksanaan tradisi serta personaliti.

Selain itu, apa yang Shaiful kena mahirkan untuk survive dalam trading the markets ialah 4 aspek penting ini:

1. HWP – High Winning Probability
– Kemungkinan Kemenangan Yang Tinggi

2. MRE – Minimum Risk Entry
– Kemasukan Risiko Rendah

3. OPM – Optimum Profit Management
– Pengurusan Keuntungan Optimum

4. TET – Trading Entry Tactical
– Taktikal Memasuki Dagangan

Aspek-aspek ini akan dikupas dalam penulisan lain nanti kerana ia adalah subjek yang khusus dan penting.

Ditulis Oleh:
Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx,
Fulltime Trader, Coach, Author
Capital Markets Services Representative License (CMSRL)
Maybank Investment Bank (MIB),
Certified Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad.
013.306.5104

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Saham Apa Nak Beli Masa Muda, Sesuai Peram 10–20 Tahun?

Soalan yang selalu berlegar dalam kepala ramai orang:

“Dekat Malaysia ni, saham apa yang kalau kita beli masa muda, simpan 10–20 tahun, lepas tu dia naik meroket dan jadikan kita kaya?”

Memang senang kalau boleh jawab macam ni:

“Beli je saham ABC ni, duduk diam, dah tua nanti confirm kaya.”

Tapi jawapan yang jujur tak semudah itu.

Dalam dunia pelaburan, yang tentukan kita senang bila tua nanti bukan bergantung pada satu saham, tapi:

1. Bisnes di belakang saham tu berkembang atau tidak 
2. Masa (berapa lama kita beri peluang compounding bekerja) 
3. Disiplin menambah modal dan tidak cepat gelabah

Jom tengok tiga contoh saham Bursa Malaysia yang ramai kenal: Hartalega, Gamuda dan Press Metal.

1. Hartalega – contoh saham “meroket”, tapi lepas tu….

Hartalega ialah syarikat pengeluar sarung tangan getah (glove).

Apa yang berlaku dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan ini:

  • Ada beberapa tahun sangat kuat, contohnya tahun-tahun di mana syarikat berjaya naikkan kapasiti dan permintaan global ketika itu menyebelahi sektor glove. Ada beberapa tahun yang prestasi Hartalega memang luar biasa contohnya 2015, 2017 dan 2020, di mana data menunjukkan saham ini naik sekitar 60% hingga lebih 100% dalam setahun.
  • Tapi selepas fasa kemuncak (terutamanya sekitar zaman Covid), cycle pecah:
    •   margin untung jatuh,
    •   permintaan kembali normal,
    •   harga saham turun berpuluh-puluh peratus dalam 1–2 tahun.

Pengajaran daripada Hartalega:

1. Memang betul ada tempoh di mana siapa yang beli awal dan simpan bertahun-tahun boleh nampak pulangan luar biasa.
2. Tapi siapa yang kejar masa puncak, atau tak sedar ini sektor yang berkitar (cyclical), boleh rasa sakit bila harga kembali ke “pangkal jalan”.

Maksudnya:

“Simpan lama-lama” bukan jaminan selamat kalau kita tak faham bisnes di belakang syarikat.

2. Gamuda – contoh yang ambil masa panjang, ada tahun “meroket”

Gamuda bukan syarikat “hype sehari dua”; mereka membina nama melalui projek infrastruktur besar: MRT, lebuh raya, terowong, projek luar negara dan sebagainya.

Dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan:

  • Ada tahun harga saham jatuh – contohnya masa sentimen sektor construction lemah, isu politik / projek tertangguh, harga jatuh dalam -40% hingga -50% setahun.
  • Ada tahun naik sederhana, macam naik dalam lingkungan 10–30%.
  • Ada tahun naik elok: contohnya bila sentimen sektor pulih, projek baru diumumkan, keuntungan nampak lebih jelas – harga saham naik lebih kurang 70%+ dalam satu tahun.
  • Ada satu tahun baru-baru ni di mana prestasi Gamuda sangat luar biasa dengan harga saham naik lebih 100% berbanding hujung tahun sebelumnya (termasuk kesan bonus issue).

Pengajaran daripada Gamuda:

1. Pelabur yang beli lepas tu mengharapkan “setiap tahun saham naik cantik” akan kecewa.
2. Mereka yang faham Gamuda main game jangka panjang (projek infra, konsesi, projek luar negara), sanggup tahan 10 tahun lebih, dan tak panik bila ada tahun saham jatuh 30–50%, akan rasa:

“Oh, rupa-rupanya beberapa tahun yang sangat kuat inilah yang tarik result 1 dekad.”

3. Press Metal – contoh pelaburan besar bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil

Press Metal Aluminium Holdings pula pemain aluminium: bina kilang peleburan besar di Sarawak, naik taraf dari sekadar pemain kecil kepada antara nama besar dalam industri aluminium serantau.

Dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan:

Secara kasar, corak dia lebih kurang begini:

  • 2015: harga saham turun dalam lingkungan -20%+.
  • 2016: harga saham naik lebih kurang >100%,
  • 2017: lagi sekali naik, lebih kurang >250%.
  • 2018-2019: prestasi perlahan: satu tahun negatif, satu tahun hampir mendatar.
  • 2020-2021: harga saham naik banyak lagi bila kombinasi faktor harga aluminium dunia dan sentimen komoditi menyebelahi mereka.
  • 2022-2023: harga saham tak seagresif tahun-tahun sebelumnya.
  • 2024-2025: boleh disimpulkan sebagai fasa pemulihan dan sambung uptrend, selari dengan keuntungan yang makin tinggi.

Pengajaran daripada Press Metal:

1. Bertahun-tahun syarikat labur duit besarkan kilang dan operasi – hasilnya tak nampak cantik setiap tahun pada carta harga saham.
2. Tapi bila kapasiti dah cukup besar, harga aluminium pula elok dan pelabur mula sedar skala sebenar syarikat, beberapa tahun yang kuat boleh menyumbang sebahagian besar keuntungan untuk pelabur jangka panjang.

Pengajaran penting:

“Simpan saham selama 10 tahun” tak bermaksud harga naik sikit-sikit setiap tahun secara garis lurus.

4. Bahaya kalau guna contoh ini untuk “cari saham magic”

a) Survivorship bias

Kita hanya nampak Hartalega yang pernah jadi superstar, Gamuda yang masih steady, Press Metal yang jadi multi-bagger, tapi kita tak nampak saham-saham lain dalam sektor sama yang sendu, atau jahanam bisnesnya.

Contoh macam Hartalega, Gamuda, Press Metal memang best untuk konten: “Kalau kau beli dulu-dulu…”

Kalau kita cuma tengok yang untung, kemudian kata: “Ok, aku cari satu saham macam ni, all-in, settle masa depan” itu sebenarnya lebih dekat dengan berjudi.

b) “Jadi kaya dengan cari satu saham yang tepat” adalah mindset yang berbahaya

Ramai yang tanya: “Bro, satu saham apa aku kena beli untuk 20 tahun?”

Soalan yang lebih sesuai adalah: “Macam mana aku boleh bina pelan pelaburan yang guna beberapa saham, bukannya nasib pada satu saham?”

  • Yang lebih penting: pendedahan konsisten kepada aset produktif (ekuiti patuh syariah), melalui portfolio yang diversified: dana ekuiti patuh syariah, ETF indeks, dan baru kemudian pemilihan beberapa saham individu yang berkualiti.
  • Compounding + masa + modal. Mula awal masa muda, simpan dan melabur secara konsisten setiap bulan / tahun dan bagi masa 15–25 tahun, bukan 3–5 tahun.

Terus terang, mungkin ada yang baca sampai habis akan rasa frust sikit.

“Ingatkan hujung-hujung nanti dia bagi nama satu saham yang akan meroket 10–20 tahun lagi…”

Kalau tanya ChatGPT pun, jawapan yang waras sepatutnya macam ni:

“Saya tak boleh beritahu satu nama saham yang confirm kaya 20 tahun lagi.
Yang saya boleh buat ialah bantu terangkan prinsip, tunjuk risiko dan bantu kau bina pelan pelaburan yang lebih masuk akal dengan situasi hidup kau.”

Kalau aku tulis:

“Beli je saham XYZ ni, confirm 20 tahun lagi kau kaya,” itu berangan.

Tapi kalau kau rasa frust , itu sebenarnya bagus:

Kau sedar yang tak ada jalan pintas dan kekayaan yang lebih stabil datang daripada sistem yang kau bina, bukan senarai saham yang kau harap akan naik meroket.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan. Betul tak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Kami juga menggunakan formula yang sama semasa nak pilih saham. Tapi kena fahamkan dulu. Lepas tu insha-Allah senang. Dalam ebook CANSLIM ini kami detailkan lagi ceritanya -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM