Seorang Trader Wajib Tahu 2 Perkara Ini

Terlibat dalam dunia perdagangan memerlukan anda untuk ambil tahu tentang menganalisis pasaran. Ia adalah penting untuk anda tahu pergerakan harga pasaran. Sebagai seorang trader, anda wajib ambil tahu 2 perkara ini:

1. Technical Analysis

Secara umumnya, technical analysis merujuk kepada menganalisis pasaran berdasaran pergerakan harga menggunakan carta. Ia sangat penting untuk mengenalpasti trend pergerakan harga semasa dan yang akan datang.

Apabila anda dah kenalpasti trend, lebih mudah untuk anda melihat kebarangkalian pergerakan harga pada masa akan datang. Jadi, anda akan dapat lihat peluang untuk membuat keuntungan. Dalam erti kata lain, Analisis teknikal ini adalah penilaian awal berdasarkan data yang lepas sebelum membuat andaian dan membuka posisi trading.

Terdapat banyak cara untuk menganalisis secara teknikal. Banyak pengiraan dan indicator yang dapat membantu anda membuat analisa dengan lebih tepat.

2. Fundamental Analysis

Analisis Fundamental pula adalah usaha untuk mengenalpasti nilai sebenar sesebuah syarikat, atau makroekonomi sesebuah negara atau sesuatu pasaran. Analisis fundamental selalunya digunakan oleh pelabur yang ingin melabur dalam jangka masa yang panjang.

Dengan kata mudah, fundamental analisis lebih kepada perkara asas atau berkaitan subjek asas sesebuah pasaran. Perkara ini mempengaruhi permintaan dan penawaran sesebuah pasaran.

Analisis fundamental boleh dibahagiakan kepada tiga (3) perkara untama iaitu model perniagaan, prestasi kewangan dan juga nilai pulangan.

Pengkali analisa fundamental lebih cenderung untuk melabur dalam jangka masa panjang. Manakala penganalisa teknikal pula lebih cenderung berdagang dalam jangka masa pendek.

Dua cara untuk menganalisis ini boleh digabungkan untuk lebih mendapat ketepatan. Namun begitu, ia bergantung kepada matlamat dan objektif utama seseorang itu terlibat dalam dunia perdagangan. Pendekatan yang dgunakan oleh pedagang jangka masa pendek berbeza pedagang jangka masa panjang.

Anda lebih cenderung kepada analisa teknikal atau fundamental?

FCPO FAST TRACK : YOUR TRADING JOURNEY START HERE

2 Hari Zoominar untuk membantu anda bermula trade walaupun anda NEWBIE mahupun anda dah Lama.

Sabtu – 30 October 2021

First Session : 10.00AM-1.00PM

Bersediakah kita untuk Melabur?

Second session : 2.00pm-4.00pm

Hukum Asas Trader Pertama : Bagaimana Membentuk Emosi Trader Yang Stabil

Hukum Asas Trader Kedua : Bagaimana nak mengenali entry point yang baik

Hukum Asas yang ketiga : Bagaimana nak mengenali TREND yang baik

Ahad – 31 October 2021

First session

10.00 AM- 11.30 AM

Check your Financial Formation.

11.30 AM – 1.00PM

Hukum Asas Trader yang keempat : Apa itu P.A.N.T (Price Action Naked Trade)

Hukum Asas Trader yang kelima : Scalping Strategy – Entry/Exit

Second Session

2.00PM-4.00PM

Hukum Asas Trader yang Ke-6 : Persedian menjadi Trader yang konsistent Wining

Hukum Asas Trader yang ke-7: Trading FCPO untuk survival; cara nak kekal konsisten

Kami tak nak cerita banyak. Kami yakin dan percaya, anda mesti nak merasa nikmatnya, bila boleh kaut untung sehari 4 angka, 5 angka dari rumah sahaja kan?

Dah boleh plan untuk cipta kekayaan sebagai traders pro kan?

Dah tak langgar dinding lagi dah lepas ni! Tak kisahlah walaupun anda sekarang ni newbie pun ataupun traders lama.

Jom daftar program FCPO Fast Track sekarang dengan BAYARAN SEIKHLAS HATI di sini https://redcrude.onpay.my/order/form/fft dan menangi pakej percutian.

Previous ArticleNext Article

Jom Kenali Sejarah Emas Dalam Peradaban Manusia

Sebut sahaja pasal emas, pastinya ramai yang telah sedia maklum tentang betapa berharganya ia. Emas menjadi satu simbol kekayaan dari dahulu sehinggalah sekarang. Nilai emas itu sendiri begitu berharga malah strukturnya yang sentiasa bersinar, cantik dan tidak berkarat sekaligus sukar untuk diperolehi menjadikan ianya menjadi buruan ramai orang. Keistimewaan inilah yang telah menjadikan emas diiktiraf.

Tahukah anda, Greek, Rom dan Parsi menggunapakai emas sebagai mata wang mereka.

Petikan Al Quran dari surah Al-Hajj, ayat 23 ada menerangkan bahawa:

“Allah Swt akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiaranya sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.”

Petikan ini menerangkan bahawa emas bukan sahaja bernilai di dunia malah ianya juga sangat bernilai di akhirat kelak.

Sejarah emas sendiri ada menyatakan bahawa emas telah mempunyai hubungan dalam peradaban manusia sejak beribu tahun dahulu lagi. Ahli-ahli sejarah telah menemukan potongan-potongan emas di dalam sebuah gua di Sepanyol oleh manusia paleolitik lagi. Penemuan ini kira-kira 40,000 tahun sebelum masihi. Penemuan ini jelas menyatakan bahawasanya emas telah digunakan dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi.

Di Iraq, 3000 tahun sebelum masihi lagi, emas berfungsi sebagai pertukaran. Ini dibuktikan melalui penemuan hiasan dan syilling pada ketika itu.

Pada zaman tamadun Mesir tahun 2500 sebelum masihi, emas dan perak telah digunakan sebagai urusan perdagangan. Di Mesir syilling emas seberat 11.3 gram telah dihasilkan bertujuan untuk menjadi ukuran alat penukaran perdagangan antarabangsa.

Sejarah Emas Dalam Islam

Lahirnya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah membawa perubahan dalam ekonomi. Emas telah dijadikan sebagai mata wang dalam sebarang aktiviti ekonomi. Pada ketika itu, satu syilling dinar emas seberat 4.25 gram emas.

Nabi Sulaiman yang merupakan seorang nabi paling kaya, telah menghiaskan istana dan kerajaannya dengan emas.

Pada 1400 tahun ketika zaman Rasulullah SAW, 1 dinar emas bersamaan dengan seekor kambing.

Sejarah Emas Dalam Tamadun Nusantara & Tanah Melayu

Gambar : Jejak Tarbiah

Tamadun Majapahit, dan Melayu Srivijaya telah menggunapakai emas sebagai mata wang atas tujuan dalam perdagangan maritim.

Negeri –negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dikatakan mempunyai sejarah dengan Negara Siam. Negeri – negeri ini dikatakan telah menghantar Bunga Emas kepada Negara Siam.

Itulah serba sedikit pengetahuan tentang kisah silam emas. Banyak lagi kisah lama berkenaan dengan emas untuk dibungkah dan dipertontonkan kepada umum.

Sekarang telah menjadi trend orang suka menyimpan duit dalam bentuk emas. Untuk orang yang rasa susah menyimpan (bukan senang nak ubah tabiat), emas adalah ubatnya.

Atau pun jika ada masalah duit simpanan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpanlah tunai cukup sekadar 3 – 6 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik disimpan dalam bentuk emas. Modal untuk mula menyimpan emas pun dah murah sangat sekarang.

Mula dengan RM5 pun boleh sekarang! Nak tahu caranya? Baca lagi JOM BELI EMAS UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN