Webinar Trick Rempit Ilmu Pelaburan (TRIP) – Emas, Saham, Kripto Dan Forex Dalam Satu Pentas

Jarang sekali kita berpeluang untuk bersama dengan sifu-sifu emas, saham, kripto dan forex dalam satu pentas. Maklumlah, masing-masing akan perjuangkan instrumen pelaburan masing-masing.

Sifu emas akan kata emas adalah pelaburan terbaik
Sifu saham akan kata pelaburan saham memang mantap
Sifu kripto pula akan kata, jangan ketinggalan untuk melabur dalam aset digital ini sebelum ianya ‘sampai ke bulan’
Eh, forex ni ada ke yang patuh syariah? Bukan fatwa kata haram ke?

Buat julung-julung kalinya, menampilkan Pakar-Pakar Muamalat & Kewangan serta Mentor Pelaburan Saham Syariah yang akan membincangkan pelbagai topik menarik:

✔️ Ilmu pantas berkaitan kewangan dan ekonomi.

✔️Tips melabur emas yang padu dan patuh syariah.

✔️Ilmu saham super-laju dan pelaburan kripto pasti padu

✔️Forex…ketahui kaedah yang tepat mengikut panduan syariat.

Sesi Webinar ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 4 April 2021 (Ahad)

Masa: 8.45 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat: Zoom

Sertai kami di dalam Webinar Trick Rempit Ilmu Pelaburan (TRIP), daftar sekarang di -> http://bit.ly/TRIP-4Apr

Sambil Belajar Sambil Menderma

Program ini adalah anjuran Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) dengan kerjasama Asri Ahmad Academy & Majalah Labur.

Kalau nak tahu, MURSHID adalah pertubuhan NGO yang banyak menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Di antara program-program yang dianjurkan MURSHID adalah:

Kutipan dana bagi membantu mangsa banjir

Sumbangan keperluan asasi asnaf

Dan bermacam-macam lagi.

Ayuh kita belajar tentang ilmu emas, saham, kripto dan forex sambil menderma.

Sertai kami di dalam Webinar Trick Rempit Ilmu Pelaburan (TRIP), daftar sekarang di -> http://bit.ly/TRIP-4Apr

Previous ArticleNext Article

KWAP Lancarkan Dana Perintis Dengan Saiz RM500 Juta

Komitmen strategik untuk memperkasa syarikat pemula dalam sektor teknologi, memacu inovasi  dan menyokong daya tahan ekonomi 

• RM250 juta diperuntukan untuk pelaburan modal teroka yang berfokuskan Malaysia • RM250 juta diperuntukan untuk pelaburan terus ke syarikat pemula Malaysia yang  berpotensi tinggi 

Kuala Lumpur, 21 September 2023 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari  ini melancarkan Dana Perintis, yang disasarkan untuk memberi sokongan kepada ekosistem  modal teroka (VC) Malaysia. Dengan komitmen untuk melabur sehingga RM500 juta dalam  tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang, KWAP mensasarkan inisiatif pemerkasaan syarikat  pemula untuk memacu inovasi dan menyokong daya tahan ekonomi.  

Dana Perintis yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Mohd Rafizi Ramli di Pejabat  KWAP hari ini telah diasaskan berdasarkan dua kategori strategik: pelaburan ke dalam modal  teroka yang memfokuskan Malaysia dan pelaburan terus dalam syarikat yang berada di tahap  permulaan. Dengan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk setiap kategori, inisiatif KWAP ini  disasarkan untuk memacu pertumbuhan dalam landskap keusahawanan selari dengan komitmen  kelestarian KWAP sebagai salah satu organisasi yang menyokong Prinsip Pelaburan  Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  

“KWAP menyedari potensi untuk berinovasi serta pertumbuhan dalam ekosistem peringkat awal  di Malaysia,” kata Encik Hazman Hilmi Sallahuddin, Ketua Pegawai Pelaburan di KWAP. “Kami  berbangga untuk memperkenalkan Dana Perintis, sebuah inisiatif yang menyokong komitmen  untuk memacu pertumbuhan industri syarikat pemula di Malaysia. Dengan Dana Perintis, kami  bukan sahaja menyalurkan modal kewangan, tetapi juga melabur kepakaran, sumber dan  komitmen untuk melihat syarikat pemula Malaysia berjaya melangkah ke pentas dunia,  terutamanya untuk syarikat yang disokong secara terus.”  

Sebagai salah satu daripada pelabur terkemuka di Malaysia, KWAP berhasrat untuk memainkan  peranan penting dalam memacu negara ke arah ekosistem peringkat awal yang 

memberangsangkan. Dengan melabur secara strategik dan menangani jurang kritikal, KWAP  menyasarkan untuk menggerakkan trajektori pertumbuhan landskap syarikat pemula, dan  memperolehi pulangan risiko terselaras yang menarik kepada pihak berkepentingannya. 

Sebahagian besar daripada dana sehingga RM250 juta akan disalurkan kepada pelaburan ke  dalam dana modal teroka dengan pendedahan berfokuskan kepada Malaysia. Ini selari dengan  wawasan KWAP untuk menyokong dan membangunkan ekosistem teroka yang mampu berdiri  sendiri. Modal teroka ini akan berfungsi sebagai pemangkin dinamik, memupuk inovasi dalam  kalangan syarikat pemula dan memberikan dana yang mencukupi bersama bimbingan yang  sewajarnya. Pelaburan strategik KWAP akan merangkumi keseluruhan spektrum perjalanan  syarikat pemula – daripada syarikat pemacu kepada syarikat pengurus pertumbuhan. Ini akan menyumbang kepada pematangan keseluruhan ruang modal teroka di Malaysia. Selari dengan  pelaburan dana, RM250 juta lagi akan didedikasikan kepada pelaburan terus ke dalam syarikat  yang berpotensi di peringkat awal. Ini membuktikan komitmen KWAP dalam memupuk syarikat  pemula melalui fasa pertumbuhan dan pengembangan.  

“Kami berdedikasi untuk memperkasa syarikat pemula dan PKS, menyokong tenaga kerja, dan  memupuk inovasi. Dalam mencapai visi ini, KWAP telah mengenalpasti beberapa syarikat pemula  berpotensi untuk dilabur, yang kini menggajikan kira-kira 1,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai  latar belakang,” tambah Hazman Hilmi. 

Pelancaran Dana Perintis ini selari dengan inisiatif Ekonomi Madani dan mencerminkan fokus  KWAP dalam memperkasa pertumbuhan PKS, memacu perkembangan ekonomi serta  menyumbang kepada masa hadapan keusahawan di Malaysia.  

Dalam fasa KWAP melaksanakan inisiatif ini, KWAP akan terus menggalas peranan dan komitmen  kepada komuniti pesara yang merupakan pemegang taruh utama kami, untuk merangsang  pertumbuhan dana pencen, dan membolehkan KWAP memenuhi amanahnya selari dengan  slogannya “Teman Persaraan Anda”.