5 Agensi Kerajaan Yang Beri Pinjaman Perniagaan Kepada Bumiputera

Menjadi usahawan dan pemilik perniagaan bukanlah mudah sekiranya banyak kekurangan dan kelengkapan dalam misi menaikkan perniagaan anda. Mana tidaknya, rancangan anda mungkin tergendala kerana modal kewangan tidak mencukupi, ilmu tidak digunakan dengan betul dan tersilap langkah membuat tindakan.

Di antara yang ditakuti oleh semua usahawan adalah kekurangan modal. Duitlah segala penyelesaian yang dapat menaikkan semula perniagaan anda, yang dapat mengurangkan beban kerja anda untuk melatih pekerja dan sebagainya.

Pendek kata, sesebuah perniagaan memerlukan wang untuk bermula, dengan adanya modal tambahan dan modal tetap, pastinya anda cuma menunggu hasil keuntungan sahaja selepas ini. Tetapi jika perniagaan masih bertatih, banyak perkara yang harus anda lakukan untuk mengembangkan bisnes anda.

Salah satu penyelesaian yang disarankan adalah membuat pinjaman perniagaan Agensi Kerajaan yang ditawarkan untuk semua. Terdapat banyak pinjaman perniagaan agensi kerajaan yang boleh kita mohon.

Jom kita lihat pilihan yang ada.

#1 Tabung Ekonomi Belia (TEB)

Objektif pinjaman perniagaan TEB diberikan adalah untuk memberi manfaat dalam perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT).

SBN memberi khidmat biayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Manakala SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, perikanan, ternakan haiwan, industri asas tani dan perkhidmatan tani yang disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, Agro Bank.

Had pinjaman bagi pinjaman perniagaan agensi kerajaan ini adalah serendah RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 dan tempoh pembayarannya adalah sehingga 7 tahun.

Laman Sesawang Tabung Ekonomi Beliawww.br1m.info

#2 Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

TEKUN dikawalselia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membantu membuat penyaluran modal kepada peniaga baru dan lama. Ia adalah khas untuk usahawan bumiputera yang berminat sahaja dan layak dengan syarat-syaratnya.

Bermula dengan nama Yayasan TEKUN Nasional pada 1998, kini ia telah menjadi TEKUN Nasional selepas penyusunan pentadbiran dilakukan.

Had pinjaman TEKUN adalah serendah RM500.00 sehingga RM50,000.00.  Anda boleh membayar balik dalam tempoh di antara sebulan sehingga lima tahun.

Laman Sesawang TEKUN: www.tekun.gov.my

#3 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh MARA ini adalah khas untuk bumiputera Melayu sahaja. 

Di antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Anda boleh mendapatkan pinjaman serendah RM5,000.00 sehingga RM250,000.00 dengan agensi kerajaan ini.

Laman Sesawang MARA: www.mara.gov.my

#4 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Tahukah anda, PUNB adalah milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras untuk aktiviti pelaburan agensi syarikat, kerajaan dan individu Bumiputera.?

PUNB juga bertujuan membantu membangunkan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Bagusnya, PUNB membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Dii antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Prosper runcit, Prosper teras dan PKS.

Laman Sesawang PUNB: www.punb.com.my

#5 TERAJU

Peneraju Bumiputera ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menawarkan beberapa skim pinjaman perniagaan untuk usahawan bumiputera. Teraju telah berjaya membantu sehingga RM14.8 bilion bagi pelaburan swasta Bumiputera sehingga Jun 2018.

Di antara skim pembiayaan yang Teraju tawarkan adalah Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Skim ini menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 kepada usahawan dan syarikat yang baru ingin bermula di Malaysia. 

Skim lain seperti Skim Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) pula membantu syarikat Bumiputera yang telah stabil untuk berkembang ke pasaran luar negara.

Laman Sesawang Terajuwww.teraju.gov.my

Akhir kata, perniagaan yang anda lakukan haruslah lengkap untuk berkembang dengan lebih besar lagi. Pohonlah pinjaman perniagaan kerajaan yang sesuai dengan perniagaan anda untuk memudahkan segala proses dilakukan.

Sumber Rujukan

Iklan

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!