Sub Topik
Membayar hutang adalah perkara yang wajib bagi umat Islam. Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga merupakan sebuah hutang pendidikan yang sememangnya perlu dilunaskan bagi pelajar yang telah meminjamnya.
Sebahagian besar individu yang melanjutkan pelajaran sama ada di institusi swasta atau kerajaan akan memilih untuk membuat pinjaman dengan PTPTN. Ada yang terpaksa memilihnya bagi membantu membayar yuran di universiti yang kosnya agak mahal dan juga untuk menampung kehidupan harian mereka ketika belajar.
Dilema sememangnya pasti akan mula menjengah para peminjam tatkala mereka mula menamatkan pelajaran. Hal ini kerana hutang yang dipinjam itu perlu dibayar dan dilangsaikan semula selepas mereka memperolehi pekerjaan kelak.
Justeru, meskipun dengan rasa berat hati, para peminjam kemudiannya membayar semula pinjaman tersebut walaupun kewangan mereka masih tidak stabil. Dengan pembayaran hutang PTPTN ini, terdapat kadar bayaran ujrah PTPTN yang terlibat.
Tapi sebelum kita belajar mengira ujrah tersebut, kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan ujrah. Menurut laman web PTPTN:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman Ujrah?
Pinjaman Ujrah ialah pinjaman pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujrah?
Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.
3. Kenapa peminjam dikenakan Ujrah?
Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam.
Sekarang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan ujrah, jom kita tengok cara pengiraan ujrah hutang PTPTN seperti berikut.
Cara Pengiraan Ujrah Hutang PTPTN
Ujrah mula dikira pada jumlah 1 Jun 2010
Baki pada 1 Jun 2010 : RM24,000.00
Ujrah 1% untuk setahun: 1% x RM24,000.00 = RM240.00
Kadar Pengiraan Ujrah untuk tempoh sebulan : RM240.00 dibahagikan dengan 12 bulan = RM20.00.
Jadi sebulan, jumlahnya adalah RM20.00.
Boleh juga guna kalkulator ujrah yang disediakan pihak PTPTN di sini.
Ianya adalah berdasarkan kepada baki semasa, maka tips untuk kurangkan bayaran ujrah setiap bulan, adalah dengan membayar lebih daripada bayaran yang telah ditetapkan.
Jika kita dikehendaki membayar sebanyak RM300, maka bayarlah RM350 sebagai contoh. Walaupun hanya penambahan bayaran sebanyak RM50 sebulan, tapi bayaran ujrah kita akan berkurang banyak dalam jangka masa panjang.
Ingat ya, PTPTN adalah hutang dan hutang adalah wajib dibayar.
Jemput baca juga:
- 7 Cara Nak Bayar Hutang PTPTN, Pilihlah Yang Mana Sesuai
- 4 Tips Berguna Untuk Membayar Balik PTPTN
- Perkongsian Bermanfaat Melangsaikan Hutang PTPTN Secara Lump Sum
Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?
Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.
KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.
Macam nak tau jumlah yg dikehendaki perlu dibayar tu? Ptptn tetapkan?