Isu Moratorium 6 Bulan: Berapa Lebihan Interest Yang Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Masih Ambil?

Hangat juga semalam apabila kita semua dimaklumkan bahawa moratorium 6 bulan bagi pinjaman kereta dan pinjaman kadar tetap akan dikenakan faedah sepanjang tempoh 6 bulan moratorium tersebut, sekiranya kita memilih untuk mengambilnya.

Kenyataan awal BNM pada 25 Mac 2020 sudah mengatakan yang interest/keuntungan akan terus terakru dalam tempoh 6 bulan loan/pembiayaan ditangguhkan.

Kami juga sebelum ini ada melihat FAQ dari pihak bank yang menyatakan bayaran ansuran bagi pinjaman kereta selepas tempoh moratorium adalah tidak berubah. Adakah bank-bank yang buat u-turn atau ada kekeliruan daripada FAQ yang dikeluarkan? Kita tunggu saja kenyataan lanjut dari BNM.

Jom kita dengar juga penjelasan Tuan Siraj Fahmi, seorang Perancang Kewangan berkenaan dengan isu panas ini.

Melibatkan Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Peribadi

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

3 Pilihan Yang Ada

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Sumber: FB Siraj Fahmi

Jom Kita Belajar Tentang Pelaburan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, buku pertama kami bakal terbit dan akan berada di pasaran selepas tempoh PKP.

Majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

6 Sebab Kenapa Kena Beli Buku Ini

1. Sebagai tanda anda sayang kami 🙂

2. Pelbagai contoh dan bimbingan oleh mereka yang berada di sebalik keyboard laman web kewangan dan pelaburan popular di Malaysia, MajalahLabur.com.

3. Daripada beribu-ribu artikel yang telah kami terbitkan, ini adalah kompilasi wajib tahu!

4. Inilah buku yang menggabungkan ilmu, rahsia dan tips mahal; dalam bahasa santai yang senang faham.

5. Lepas habis baca, pilih dengan tenang pelaburan yang sesuai dengan jiwa

6. Dengan ilmu yang betul, barulah duit tidak hilang dan pelaburan semakin berkembang.

Cari ilmu dan melabur secara tenang untuk hidup lebih dari biasa.

Pre-order sekarang dengan harga RM28 termasuk penghantaran terus ke rumah -> https://www.majalahlabur.com/BukuMalaysiaMelabur

Buku dijangka siap dan mula dihantar pada hujung Mei 2020.

Beli sekarang sebelum harga naik menjadi RM40, dan siapa cepat dia dapat!

Iklan

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Kalau tengok pada ilustrasi BNM dan bank-bank, interest dikira atas effective rate, bukan flat rate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!