Labur Unit Trust Guna Akaun 1 KWSP

Sebelum ini kita ada dengar berkenaan cadangan skim bayaran dividen bertingkat atau tiered dividend untuk membantu pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai pendapatan rendah.

Tiered dividend secara ringkasnya bermaksud kadar dividen yang lebih tinggi untuk mereka yang mempunyai baki akaun yang rendah dan kadar dividen lebih rendah untuk mereka yang mempunyai baki akaun yang tinggi.

Cara ini dapat membantu pencarum dengan pendapatan rendah untuk meningkatkan dana persaraan mereka dengan jangkaan dividen lebih tinggi berbanding dividen yang sama untuk semua.

Namun begitu, sekiranya perkara ini dilaksanakan sudah pasti mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan rasa terkesan dengan dividen yang lebih rendah.

Cara lain yang boleh dilakukan adalah membuat pengeluaran Akaun 1 untuk pelaburan unit trust. Ini dapatkan memaksimumkan keuntungan dalam akaun KWSP untuk dana persaraan.

Pelaburan Unit Trust (Amanah Saham)

Pelaburan unit trust adalah pelaburan di mana dana daripada pelabur yang dikumpulkan untuk dilaburkan secara kolektif/bersama dan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.

Di antara kelebihan unit trust ialah modal permulaan serendah hanya RM1,000, menggunakan kemahiran dan pengetahun pengurus dana untuk melabur dan juga akses kepada pasaran dalam dan luar negara.

Ada 3 cara yang kita boleh gunakan untuk melabur ke dalam unit trust:

1) Lump sum investment – masukkan tunai secara terus ke dalam akaun pelaburan unit trust.
2) Regular saving plan (RSP) – buat standing instruction supaya duit ditolak secara automatik setiap bulan ke dalam akaun pelaburan unit trust.
3) Skim Pelaburan Ahli – pelaburan unit trust melalui pengeluaran Akaun 1 KWSP bergantung pada baki akaun yang mencukupi

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Akaun 1 KWSP boleh digunakan untuk pelaburan unit trust. Pencarum mempunyai pilihan untuk pelbagaikan portfolio dan meningkatkan dana persaraan melalui skim ini.

Syarat-syarat Kelayakan:
1) Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
2) Umur 55 tahun ke bawah
3) Mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi
4) Permohonan melalui kaunter, ejen atau i-Akaun (Ahli)

Simpanan Asas Akaun 1

Simpanan asas ialah jumlah simpanan yang ditetapkan mengikut umur supaya setiap ahli memperoleh sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Ahli hanya boleh membuat pelaburan sekiranya baki akaun lebih tinggi dari simpanan asas mengikut umur mereka.

Pihak KWSP tidak membenarkan pengeluaran Akaun 1 untuk pelaburan sekiranya baki akaun lebih rendah daripada simpanan asas untuk melindungi dana persaraan pencarum.

Cadangan tiered dividend merupakan cadangan yang baik mengambilkira pencarum dengan baki akaun yang tinggi mempunyai pilihan melalui pelaburan unit trust untuk meningkatkan dana persaraan mereka.

Di samping itu, mereka yang mempunyai baki akaun yang rendah boleh menikmati kadar dividen yang lebih tinggi.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.