5 Syarikat Berkaitan Aeroangkasa Yang Ada Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, teknologi berkaitan dengan aeroangkasa berkembang dengan pantas. Teknologi yang melibatkan roket ini, telah menarik minat kuasa besar dunia pada ketika itu iaitu Amerika Syarikat dan juga Soviet Union.

Teknologi roket ini berasal daripada teknologi tentera Nazi. Selepas kekalahan Nazi dalam Perang Dunia Kedua, ramai saintis Nazi telah dibawa ke Amerika Syarikat dan sebahagian yang lain ke Soviet Union.

Pada pertengahan era 1950-an, ianya merupakan dekad permulaan di antara dua kuasa besar dunia ini dalam membangunkan teknologi roket bagi menguasai ruang angkasa pada waktu tersebut.

Pada dekad 1960-an pula, kedua-dua negara ini berlumba-lumba pula dalam menghasilkan roket untuk dilancarkan ke angkasa lepas.

Kini semuanya sudah berubah. Banyak syarikat terutamanya di Amerika Syarikat telah dibenarkan menghasilkan roket untuk dilancarkan ke orbit bumi. Tahun lepas, industri ini telah menyumbang sebanyak $420 bilion walaupun berdepan dengan krisis pandemik.

Di antara syarikat yang terkenal di dalam industri aeroangkasa buat masa ini adalah Space X, namun sahamnya tidak tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat.

Mari kita lihat 5 senarai syarikat yang terlibat di dalam industri aeroangkasa yang ada di dalam pasaran saham.

1. Virgin Galactic (SPCE)

Kredit Gambar: Business Insider

Syarikat ini diasakan oleh Richard Branson. Matlamat utama syarikat ini diasaskan adalah untuk membawa pelancong mengembara ke angakasa lepas.

Syarikat ini telah membuat perjanjian dengan pihak NASA untuk membawa pelancong ke International Space Station (ISS). Pesaing utama bagi syarikat ini adalah Blue Origin yang dimiliki oleh Jeff Bezos, yang turut menyediakan perkhidmatan untuk membawa pelancong ke angkasa lepas.

Setakat hari ini, Virgin Galactic masih belum berjaya melancarkan roket mereka dengan selamat ke angkasa lepas.

2. Boeing (BA)

Kredit Gambar: Business Insider

Walaupun syarikat ini berdepan dengan kontroversi pada dekad terakhir, di mana dua buah kapal terbang buatan mereka telah terhempas dalam tempoh setahun. Ini menyebabkan harga saham jatuh dengan ketara ditambah pula dengan krisis pandemik dunia yang berlaku sekarang, ia menjadikan Boeing berada dalam keadaan tidak menentu.

Boeing merupakan syarikat yang terlibat di dalam Projek Apollo. Syarikat ini telah mendapat kontrak untuk membina enjin roket Saturn V dari NASA. Dengan pengalaman yang cukup tinggi dalam industri aeroangkasa, Boeing dilihat sebagai salah sebuah syarikat yang bakal memberi cabaran yang sengit dalam industri aeroangkasa ini.

3. Northrop Grumman (NOC)

Kredit Gambar: Business Insider

Syarikat ini merupakan syarikat yang terkenal dalam menghasilkan pesawat pengebom stealth. Pada tahun lepas, Northrop Grumman berjaya memperolehi pendapatan sebanyak USD30 bilion.

Di antara produk terkenal yang dibangunkan oleh mereka di dalam industri aeroangkasa adalah sistem roket Cygnus. Ianya merupakan roket yang membawa bekalan makanan dan peralatan kepada angkasawan yang berada di ISS.

Syarikat ini jugalah yang membangunkan teleskop James Webb Space Telescope yang bakal menggantikan teleskop Hubble.

4. Lockheed Martin (LMT)

Kredit Gambar: Business Insider

Lockheed Martin merupakan syarikat yang paling terkenal dalam menghasilkan jet pejuang untuk negara Amerika Syarikat. Mereka juga merupakan syarikat pengeluar utama di dalam industri pertahanan di Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian, syarikat ini merupakan yang paling berkembang maju dan sering mendapat pelbagai kontrak ketenteraan daripada kerajaan Amerika Syarikat. Saham syarikat Lockheed Martin adalah yang termahal berbanding dengan saham syarikat yang lain di dalam industri pertahanan.

5. Procure Space ETF (UFO)

Kredit Gambar: Business Insider

Syarikat ini diasaskan oleh Andrew Chanin yang menggunakan kaedah ETF dalam melakukan pelaburan terhadap mana-mana syarikat yang terlibat di dalam industri aeroangkasa. Dijangkakan industri aeroangkasa ini bakal bernilai USD1 trilion dalam sedekad yang akan datang.

Disebabkan industri ini bakal memberi pulangan yang lumayan, Procure Space ETF mula melabur ke dalam mana-mana syarikat yang terlibat di dalam industri aeroangkasa. Di antara kriteria yang ditetapkan bagi memilih syarikat untuk dilaburkan adalah, mereka perlu menjana keuntungan sebanyak 50% daripada industri aeroangkasa.

Antara syarikat terkenal yang menjadi pilihan saham untuk syarikat ini adalah Boeing, Iridium Communications, Airbus dan Maxar.

Dah lama terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia dan ingin belajar melabur di Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

The Ting Hai Effect, Fenomena Luar Biasa Yang Menggemparkan Pasaran Saham Hong Kong

Terdapat satu peribahasa dalam etnik Zhuang di China yang berbunyi seperti ini ‘八月雷公唤,五谷掉一半。(Bet nyied duzbyaj hemq, haeux gwn saet it buenq)’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud lebih kurang seperti ‘Guruh pada bulan Ogos, akan mengurangkan hasil tuaian di penghujung tahun’.

Kami akan berkongsi satu fenomena unik yang berlaku dalam pasaran saham Hong Kong, iaitu fenomena Ting Hai Effect. Ianya juga dikenali sebagai The Adam Cheng effect.

Fenomena ini telah memberi impak yang sukar dijelaskan kerana mampu menyebabkan kejatuhan mendadak pasaran saham setiap kali filem atau siri televisyen yang dibintangi oleh pelakon Hong Kong tersohor, Adam Cheng dilancarkan.

Fenomena yang luar biasa ini masih menjadi topik perbuatan yang popular di kalangan broker saham, walaupun impak Ting Hai effect bermula pada tahun 1992 selepas drama televisyen The Greed of Man disiarkan di Hong Kong.

Siri televisyen The Greed of Man pada awalnya ditayangkan di saluran TVB Hong Kong. Jalan cerita drama ini berlatarbelakangkan pasaran saham Hong Kong.

Watak utama dalam drama siri ini menampilkan plot perjalanan hidup yang sangat dramatik, dengan tujuan mengaut kekayaan yang tidak terhingga melalui perdagangan saham.

Ting Hai (watak utama yang dilakonkan oleh Adam Cheng) watak antagonis mengaut kekayaan yang tidak terhingga bersama empat orang anaknya dengan membuat short selling terhadap pasaran saham ketika Bear Market sedang berlaku.

Dalam drama tersebut, orang ramai yang terlibat dengan dunia saham telah merana dan muflis akibat pasaran saham yang mengalami fasa penurunan. Namun bukan bagi keluarga Ting Hai, mereka meneruskan kekayaan demi kekayaan dalam dunia saham.

Sehinggalah muncul watak protagonis Fong Chin-bok (Sean Lau).

Apabila Ting Hai mati, empayar kekayaan keluarga beliau musnah kerana gagal diteruskan oleh empat orang anaknya.

Kredit Gambar: SCMP

Pada mulanya, The Ting Hai effect berlaku setiap kali The Greed of Man atau sekuelnya ditayangkan oleh stesen TV Hong-Kong. Kita dapat perhatikan bahawa fenomena tersebut juga berterusan setiap kali filem baru atau siri televisyen yang dibintangi oleh Adam Cheng dilancarkan.

Namun begitu, terdapat juga fenomena The Ting Hai effect tidak berlaku. Pada bulan April 2006, terdapat kenaikan mendadak dalam indeks Hang Seng sebanyak 258 mata.

Indeks Hang Seng juga meningkat sepanjang kitaran tayangan siri berikut iaitu Chor Lau-heung (1995), The Driving Power (2003), dan The Conqueror’s Story (2004).

The Ting Hai effect merupakan satu-satunya fenomena luar biasa berkaitan filem yang menggemparkan dunia saham seluruh dunia, maka Adam Cheng telah menjadi perhatian dan tumpuan media.

Adam Cheng juga pernah menyuarakan rasa sedih dan tidak percaya beliau, kerana disifatkan sebagai punca kepada fenomena luar biasa ini. Ada juga pihak yang mengatakan The Ting Hai effect hanyalah kebetulan semata-mata.

Antara yang lantang menyuarakan pendapat tersebut adalah Bank Perancis Crédit Lyonnais, yang telah menulis laporan mengenai fenomena tersebut sebagai tidak munasabah.

Sedikit fakta menarik, tahukah anda kaitan luar biasa Adam Cheng dengan pasaran saham Hong Kong bukanlah berlaku pertama kali selepas drama bersiri The Greed of Man disiarkan?

Pada tahun 1973, ketika beliau membintangi drama bersiri yang diadaptasikan melalui novel karya Chiung Yao, Romance In The Rain telah menyaksikan pasaran saham Hong Kong kucar-kacir apabila jatuh dengan dahsyat sekali.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!