Black Monday merujuk kepada kejatuhan pasaran saham dunia yang berlaku pada hari Isnin, 19 Oktober 1987. Market crash bermula di pasaran Hong Kong, Eropah Barat dan kemudian merebak sekelip mata ke Amerika Syarikat.
Purata Indeks Industri Dow Jones jatuh sebanyak 508 mata dalam masa beberapa jam sahaja. Terdapat beberapa kelemahan dalam pasaran kewangan yang menyebabkan kejadian tidak diingini ini berlaku.
Kebanyakan ahli profesional pasaran menyatakan bahawa kejadian kejatuhan pasaran itu sudah bermula sejak hari Rabu 14 Oktober dan ia berterusan sehingga kejadian sebenar pada 19 Oktober. Pada tarikh 14 Oktober tersebut, para pelabur sudah pun dikejutkan dengan dua berita buruk.
Pertama, ialah kemungkinan akan terjadinya perubahan cukai yang akan menyebabkan pengambilalihan korporat menjadi tidak menarik.
Kedua, defisit perdagangan Amerika Syarikat bagi bulan Ogos yang mejadi lebih buruk daripada yang dijangkakan sebelumnya. Pada hari tersebut indeks Dow Jones telah mencatatkan penurunan sebanyak 95 mata dan merupakan rekod kejatuhan tertinggi pada ketika itu.
Akibat daripada dua berita ini, keyakinan pembeli dari luar semakin menurun,. Ditambah pula dengan berita mengenai peningkatan kadar faedah pada hari Rabu sebelumnya, ia semakin memburukkan keadaan.
Dilaporkan kadar hasil bagi bon perbendaharaan untuk 30 tahun meningkat sehingga 10 peratus sedangkan saham-saham cuma memberikan pulangan kurang daripada 3 peratus. Ini adalah merupakan perbezaan pulangan yang paling besar mengikut rekod, di antara pulangan pasaran saham dan pulangan bon.
Berikut ada beberapa sebab lain yang turut menyumbang kepada kejatuhan ini:
Salah satu strategi urusniaga yang popular, iaitu insurans portfolio berjalan tanpa dikawal sepanjang hari. Ini menyebabkan harga saham jatuh sepanjang hari bagi setiap urusniaga yang dibantu oleh komputer.
Teknik urusniaga yang dikenali dengan nama indeks arbitraj tidak digunakan apabila sistem perlaksanaan berkomputer dipenuhi dengan pesanan-pesanan runcit yang kecil. Sebenarnya indeks arbitraj ini boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan daripada strategi insurans portfolio dan menolong menstabilkan harga saham.
Fidelity Investment, iaitu tabung amanah saham yang terbesar di Amerika Syarikat terpaksa menjual US$ 1 bilion nilai saham-sahamnya kerana strategi pelaburan yang begitu agresif pada ketika itu.
Pedagang-pedagang block (block traders) yang bekerja untuk syarikat-syarikat broker yang besar, tiba-tiba sahaja menjadi lebih berwaspada. Mereka menjual pegangan mereka secepat mana mereka terpaksa membeli daripada para pelanggan mereka.
Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Bursa Saham Amerika (Securities and Exchange Commission) yang beliau berkemungkinan akan memberhentikan urusniaga di Bursa Saham New York.
Pembeli terakhir yang dikenali sebagai spesialis lantai bagi Bursa Saham New York dihujani dengan pesanan-pesanan untuk menjual dan spesialis ini menghadapi kekurangan modal untuk menyokong harga.
Sumber Rujukan: Buku Menyelami Dasar Lautan Saham oleh Othman Yong, keluaran tahun 1998, ISBN: 9679424022
Sejarah Mungkin Berulang?
Setiap yang berlaku terutamanya di pasaran saham adalah merupakan satu kitaran. Jadi tidak mustahil ianya akan berlaku lagi kepada pasaran saham, malah kepada mana-mana pelaburan lain seperti amanah saham, hartanah dan juga emas.
Apa yang kita boleh buat adalah dengan mengamalkan diversifikasi dengan tidak meletakkan semua pelaburan kita dalam satu instrumen sahaja. Atau orang jawa kata, “Don’t put all your eggs in one basket”.
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.